MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Mandi-Manda @ Desaru

Assalamualaikum.. Hai!!!

Walaupun dah tinggal kat Johor ni agak lama tapi tak pernah-pernah lagi dapat habiskan perjalanan untuk bercuti ke pelusuk Johor.. bukan setakat kat kawasan Johor Bahru tapi daerah-daerah lain pun sama... haihhhh wat malu je hihihih

Disebabkan bulan Disember ni musim hujan.. so sesaja nak cerita masa buat family trip ke Desaru bulan November haritu.. alahai family trip lah sangat kan. Kalau dari Johor Bahru nak ke Desaru ni, just lalu highway Senai-Desaru je... lebih kurang satu jam lebih dah sampai... syok sangat, siap lalu atas jambatan lagi.. jakun bebeno lah haii ^__^

Waktu pergi ni orang tersangat la ramainye... tapi best ombak kuat.. seronok sangat mandi laut sampai rasa tak nak balik je hihih.. next time boleh pergi lagi lah... dekat pun dekat kan

Laut dah melambai-lambai.. rasa macam nak terjun time tu jugak...
tapi kang laki aku tau tak ngaku bini lak kalau aku terjun kat situ ^__^

Sampai-sampai terus duduk sopan makan-makan
haa kejap lagi tengokla masing-masing excited camne :P

Yang lain sebok bermandi-manda tak hengat dunia yang si kecik ni buat hal sendiri..
kotak lama.. kotak baru.. mari sini bagi angkat.. lai lai lai

Kakak pun sama.. buat hal sendiri.. pakai baju dah seksi-seksi cam gitu tapi tak nak mandi tau..baru nak bawak gi air laut.. menjerit-jerit dia terus cakap Aina takut mandi kat sini.. ombak kuat..kalau kat swimming pool baru lah Aina tak takut.. hamboi ko.. demand tauuu

Ok bawah ni semua nak letak gambo muka-muka orang excited mandi laut ^__^




Seronok bila dapat berkumpul satu keluarga & bawak parents pergi tempat-tempat macam ni. Malam sebelum bertolak tu masak banyak-banyak lepas tu berangkut penuh dua kereta dengan makanan.. Seronok weh... insya allah plan lepas ni nak pergi PD pulak...

Pergi dekat-dekat je nanti dah abis ronda dekat-dekat kita gi obersea pulak.. wah obersea kata kau hikhik

  • Encik Hubby tak join time ni sebab kena menunaikan tanggungjawab pada negara.. pergi kerja la ape lagi.. sob sob.. takpe lain kali kita plan reramai lagi & make sure time tu kamu kena ade oke dalinggg ^__^


Ok Bye!!!



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, June 12, 2013

Gathering Big Family!!

Assalammualaikum & Selamat Malam!!! 

Hye semua... untuk pertama kalinya keluarga besar arwah Haji Jamal buat gathering for our big family... Sangat-sangat teruja & sangat tak sabar. Actually bukan semata-mata buat perjumpaan, makan-makan & bergosip antara sesama sedara je tau (upsss ^__^) tapi tujuan utama nya adalah untuk kenduri arwah, bacaan yassin & tahlil untuk semua saudara-mara kami yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh-roh mereka di cucuri rahmat.. Aminn Al-Fatihah...

Seronok bila sesekali dapat berkumpul macam ni, time ni lah kita boleh tau perkembangan sesama sendiri. Makin gemuk @ kurus ke, nak tambah anak ke, nak tunang @ kawen ke, sambung study @ penganggur terhormat ke... 

Eh eh... laki ko mana.. err alamak dia keje lah... (cian incik Ajib tak dapat join.. cari rezeki untuk anak bini katanya ^__^) xpelah next time leh join ye daling :)

Menu-menu nya memang sangat terbaek.. 
tak sangka saudara-mara saya berbakat jadi chef ^__^

Sangat meriah... 
daebak!!

Happeningg sampai peningg :)

Malam tu serius makan memang tak hengat, so esoknya kami semua berpakat nak gi rendam lemak ^__^

Kenapa tak percaya ke?
^__^
  • Plan nak buat 6 bulan sekali @ setahun sekali... harap-harap menjadi.. tak kan bila raya je nak berkumpul macam ni kan... Semoga semuanya di permudahkan.. Aminnn

Ok Bye!!


 

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, June 30, 2012

Tahniah Mak!!

Salam,

Bulan 3 yang lepas kawasan rumah aku ada anjurkan pertandingan kreatif. Aku pun dah lupe pertandingan tu sempena apa. Almaklumlah dah berbulan-bulan punye cerita..

Banyak jugak aktiviti yang diorang buat.. ada senamrobik, acara sukaneka dan macam macam lagi lah. Mak aku pun join salah satu pertandingan yang dianjurkan iaitu pertandingan gubahan sirih junjung.

Wah Mak cayalah... aku ingat nak jadi pom-pom girl masa tu tapi memandangkan time tu aku ada hal so aku terpakasa lah lupakan hasrat murni aku tu... alasan je padahal pergi tengok pun tak keh keh

Walaupun Mak aku cuma menang hadiah sagu hati je tapi aku tetap berbangga dengan mak aku... Muaaah!! Tahniah Mak!!!

Pertandingan Gubahan Sirih Junjung...

Kalau tak silap aku yang no 5 ni kot yang jadi juara


Haa ni yang Mak aku buat..cantik kan



Pertandingan Gubahan Pulut Kuning..





Jom kita close-up gubahan yang mak aku buat..



Hadiah yang diterima...
Ok Bye!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, July 26, 2011

Kisah Si Kecil Aina - Laptop

Mama.. Aina nak Laptop.. Aina nak main Facebook.. Aina nak amik gamba banyak-banyak lepas tu nak letak gamba kat Facebook.. Nanti semua orang boleh tengok gambar Aina..

Mama.. Aina nak Laptop.. Aina nak chatting dengan Aunty Lieza, Aunty Uda, Aunty Nor dengan Acu..

Mama.. Aina nak Laptop.. Aina nak tengok Upin dengan Ipin..

Mama, Papa.. Aina nak Laptop ^ __ ^ 

Mama dengan Papa tak nak belikan Aina Laptop..

Takpe.. Aina mintak Aunty Uda belikan.. 

~ Sila baca dengan bertatabahasa juga bersleng budak yang berusia 3 tahun oke! 

Ha ni gamba masa Aina baru 2 tahun.. tiap-tiap hari mintak mama dengan papa dia laptop sebab nak tengok Upin Ipin.. Almaklumlah time ni tak tau lagi FB tu ape :P

 Hambeh Kau.. Bulat Bijik Mata Mengadap Upin Ipin

  Kan Kan Kan ^ O

Yeay... Aunty Uda belikan Aina Laptop sempena besday Aina 18.7.2011 hari tu.. Tercapai jugak hasrat si kecil ni nak Laptop.. Lepas ni boleh masukkan gamba Aina dengan Ammar banyak-banyak ye :P

 Wah Cantiknye Laptop Aina.. Aunty Nak Pinjam Boleh?

 Berkilat-Kilat Lagik

 Amboi Lajunya Taip :P

 Fokusnye Cik Kak.. Tengah Buat Kertas Kerja Ke.. Uhuk 

 Cantik Tak Laptop Kakak?
(Kata Aina kepada Adiknya Ammar :P)

 

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, July 3, 2011

Kenduri Di Rumah Atuk

Alhamdulilah.. selesai sudah kenduri tahlil kat rumah atuk di Kulai hari tu. Selalunya tahlil & doa selamat memang akan menjadi kewajipan sebelum meyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Semoga semua arwah kaum keluarga dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin


 Eh eh adik aku ni.. bila dah jumpa sepupu dia mula lah tu ntah hape je yang dibualkan

 Makcik-makcik sibuk buat persiapan untuk kenduri aku sibuk amik gambo diorang hehehe

 Adik-adik sepupu.. seronok gila korang yek.. almaklumlah kenduri kali ni atuk belanja KFC
Satu KFC kitorang borong, paling tak boleh blah bila staff kat situ sound 
"beli banyak-banyak ni, nak buat berniaga ke?"
Hampeh gila la itu budak... grrr 

 Anak sepupu aku... sudah besar sudah.. tak lama lagi dapat adik no 2 pulak

Eh tak lupe termasuk dengan rumah baru hehehe.. almaklumlah rumah atuk yang lama tu dah pecah habis.. so kirenya kenduri kali ni termasuk kenduri kesyukuran sempena rumah baru lah jugak kiranya

Ni gambar masa pemecahan & pembikinan rumah baru:-



  


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, May 9, 2011

Seorang Yang Bernama Mak

Rasanya masih belum terlambat untuk aku wish Selamat Hari Ibu buat Emak yang teramat aku cintai. Seseorang yang menjaga, membesarkan dan mengajar aku erti dan nilai sebenar kehidupan. Terima Kasih Emak.. 




Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah

Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar ku bawa ke alamku
Hasil ukiranmu selama ini

Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada Junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa

Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya


P/S : Angah sayang mak sangat-sangat... 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, April 9, 2011

Oh Rindunya Pada Anak-Anak Sedara Saya

Belek punya belek gambar yang ada kat dalam lappy.. terbelek sekali gambar-gambar comel NUR AINA FAQIHAH dengan MUHAMMAD AMMAR THAQIF QAYYUM. Oh mereka itu adalah anak saudara ku yang sangat cute mute (cute seperti aunty mereka ini hikhik)




Eh apeda muka aku separuh je...





Aunty.. Aina nak jadi model boleh tak "_"


Seorang aunty bersama anak-anak sedara nya :P

Happy Family.. Papa Mama Aina & Ammar


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails