MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Showing posts with label MOVIE. Show all posts
Showing posts with label MOVIE. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Sekali Berombak Lain Pulak Jadinya...

Aktiviti malam ni seperti malam-malam sebelumnya... berjalan, sekodeng-sekodeng, buang masa sikit... eh buang masanya bukan sikit tapi baaanyak sangat-sangat.. Walaupun setakat berjalan kat alam maya tapi terasa sangat-sangat penat.. penat mata sampaikan mata aku yang rabun ni makin bertambah-tambah pulak tahap kerabunannya.

Sejak-sejak bermud b2b ni selalu betul on9.. kat umah on9 sampaikan kat opis pun dok on9 jugak.. upss ^__^  Tq to all bloggers yang banyak bagi idea pada b2b macam aku yang masih lagi tercari-cari.. cari apa pun aku tak tau hahaha... korang semua memang sempoi wokeh!

Sedang berjalan-jalan tetiba aku terjumpe dengan video nih. Aku rasa macam best jugak dia nyanyi sebab tu aku saja nak post dekat belog aku ni haa. Macam lagi feeling daripada Hafiz dengan Adira kot :P

Harris Alif (Idola Kecil 3)

Hafiz (AF7) & Adira (AF8)

Aku dah tengok cite ni!!!! wah suka walaupun pendam perasaan je dalam hati tak dapat tengok kat wayang. Baru kunun-kunun bila part sedih tu nak nangis kat bahu incik tunang.. wah gitu hahaha.. Niat terpesong tu sebab tak dapat tengok sama-sama dia kot hahaha..

Actually memang dah banyak kali jugak planning nak tengok sama-sama tapi memandangkan masa dan time cite tu yang tak mengizinkan so aku mengizinkan jelah diri aku dok mengadap lappy tengok kat dalam bilik sorang-sorang. At least kalau aku tak dapat kawal emosi aku buang je air hingus kat merata tempat, so takde lah orang yang nak nampak kan betul tak.. ciss gile selekeh :P

Komen aku pada cerita ni... (ada hati lagi tu nak bagi kumen kan :P)

1) Kalau wat muvie berdasarkan pada novel bagi aku mesej dia macam tak sampai. Almaklumlah novel panjang berjela tapi muvie cuma lebih kurang 2 jam... better buat dalam bentuk drama lagi ok kot = pendapat aku berdasarkan novel dia yang gile best sebab aku dah pernah baca.. touching beb!)

Sumber : Pakcik Gugel

2) Lisa Surihani pegang watak gedik & seksi-seksi macam tu aku tengok macam tak kena lah beb... series aku cakap ni beb.. korang setuju tak?

                                                                 Sumber : Pakcik Gugel

3) Aaron Aziz ok jugak lah.. die memang sesuai kalau pegang watak-watak macam tu..

4) Maya Karin oh dia sangat cantik pakai tudung (komen aku ni tak de kene mengena langsung pun sebenarnya kan ^_P)

Eh kenapa dalam banyak-banyak gambar, gambar ni jugak yang kau nak letak...
budak-budak under 18 tidak dibenarkan tengok ye.. 
pi jauh-jauh!
Sumber : Pakcik Gugel
"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah"
Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 1, 2011

Paranormal - Penunggu Istana

Oh aku dah tengok filem terbaru iaitu PARANORMAL - PENUNGGU ISTANA. Merupakan sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). 

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini

Diambil dari : SINEMA MALAYSIA


Dalam filem tu ada part masa 2 orang pelajar dibunuh oleh salah seorang kawan mereka. Tapi dia tak tunjuk waktu mereka dibunuh. So aku nak tunjuk gambar keadaan mereka. Kalau takut nak tengok sila tutup mata oke 



Gambar sumber dari : UNCLESEEKERS

Dulu pun aku pernah jugak tengok filem english tentang paranormal.. tak ingat pulak masa tu tahun berapa. Tajuk dia Paranormal Activity. Seram jugak cerita tu..





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, January 15, 2011

Orang Kata Roh Orang Yang Bunuh Diri Ni Takkan Tenteram Selagi Hajat Tak Tercapai

Wah semalam eksited gile gi tengok movie terbaru arahan Syamsul Yusuf "KHURAFAT Perjanjian Syaitan" Aku memang tau cerita ni nak keluar.. tapi tak pernah tengok iklan atau making die. Just eksited sebab ni filem seram pertama arahan Syamsul Yusuf. Disebabkan sebelum-sebelum ni aku memang tau semua filem arahan die adalah filem aksi & banyak aksi mencemaskan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok cerita ni.


Perasaan? 
~ SANGAT SERAM OK!!!! (bukan penakut - cover line tak nak ngaku padahal ko lah yang paling kuat menjerit hahaha).. aku bagi a+++ buat pengarah / penerbit / dan juga pelakon-pelakonnya.

Yang aku suka? 
~ Sume part masa hantu keluar (Nak tercabut anak tekak menjerit)
~ Hantu dalam cite tu (Sangat menyeramkan.. dah macam hantu ju-onn pun ade gak)
~ Johan bawak mayat kat dalam hutan (Peh betul-betul real lah!! tabik spring toink-toink)
~ Anna (Masa die nak bunuh diri... aduyaiii...... tak tahan)
~ Aisyah (Masa kene kacau.. peh tak hingat..)
~ Keadaan dalam bilik mayat, dalam van mayat & masa van mayat terjunam dalam gaung (Pehhhhhhhhh!!!)
Pendek kata (pendek je yang kata.. panjang tak kata pape) .. sume aku sukelah... :P

Antara kata-kata orang yang sedang menonton time tue?
~ Astagrfirullah Al Azim..
~ Peh..real gile r cite nih..
~ Sape yang bela hantu nih.. anna ke? aisyah ke? makcik cleaner tu ke? mak johan ke?
~ Kompem aku tak leh tido malam nih..
~ Tak sanggup nak tengok lagikkkk

Antara aksi-aksi yang sempat aku sekodeng?
~ Tutup muke ngan baju sejuk
~ Tutup muke ngan tangan tapi mesti ade lubang skit (bak kata kawan aku.. akak jangan tutup muke sume... tangan tu bagi bukak sikit.. rugi kalau tak tengok...citt padahal aku tengok die dah tutup muka dulu)
~ Ajak boyfriend keluar wayang sebab tak sanggup nak tengok sampai abis.. hahaha

Aku n geng seramai 8 orang gi tengok movie ni semalam (14/1/2011 Jumaat jam 8.45 malam) Sit kitorang betul-betul depan n kat tengah-tengah (memang mengadap skrin). Segala muke hantu, sound effek n jeritan orang sekeliling betul2 menyeramkan... 

Kesan?
~ Salah seorang daripada geng aku nih (seorang lelaki) sanggup tak nak balik umah n sanggup gi lepak kat cc main game perang-perang sebab takut tido sorang-sorang malam itu... memang lawak hahaha
~ Salah seorang geng perempuan lak teringat-ingat sampaikan kat umah pun boleh meseg aku bile tengok iklan tu kat tv.. aduyaaiii...ngeh ngeh




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 23, 2010

Lagenda Budak Setan

"Kalau ada sisa kasihmu.. kalau ada simpatimu.. terimalah Ayu, Syah. Ayu bersumpah kita tidak akan berpisah lagi kecuali maut menentukan! Biarlah diri ini menjadi abdi cintamu.. atau.. kematian menjadi pilihan"

Aroma cinta halus & berseni
Anggun membawa ceria di antara Kasyah & Ayu
Indah mempesona adunan kasih sayang
Teratai mula tersenyum

Andainya cinta ini layu karamlah bahtera kasih
Anai-anai meroboh istana sayang
Serindit menyanyi pilu
Hujan menangis sayu
Andainya cinta ini mekar
Hanyutkah Kasyah & Ayu ke syurga indah?



 Hilangnya Cintamu - Filianti Vlee (Ost Lagenda Budak Setan )

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan
Argh... tak sabarnya nak tunggu 3/6/2010.. sure i akan tengok cerita ni.. harap-harap cerita ni best sepertimana best & meletupnya novel hasil karya Ahadiat Akashah...



Novel ni kepunyaan kakak i.. masa dia beli ni tahun 1998.. memang dah lama sangat.. masa tu die baru tingkatan 5 sekarang dah umo 29 tahun.. walaupun cuma ada keluaran kedua tapi memang xdinafikan cerita ni memang best..tu yang tak sabar nak gi panggung...jom sama-sama serang k :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Setia Terhadap Tuannya

Cerita bermula :

Lizz : Aku ada video best nak bagi kau tengok

I : Video apa beb

Lizz : Ala jangan banyak soal la.. amik je then tengok k..

I : Emm OK.. (walaupun malas gile nak tengok :P)

Lepas seminggu :

Lizz : Zack ko dah tengok ke lom?

I : Lom lagik lah... tak de time

Lizz : Ala ko tengoklah.. cite bes ni... aku dah tengok 2 kali.. 2 kali jugak aku nangis tau

I : Emm yelah.. (Ati tisu jugak sedara aku ni ye huhuh - dalam hati :P)

Semalam baru i berkesempatan untuk tengok cerita ni.. serius beb memang sedih gile.. uwaa... then pagi ni celik je mata i ajak 1 family i tengok sekali.. dan buat kali keduanya i menangis lagik.. citt.. :P

Hachiko.. seekor anjing yang sangat-sangat setia dengan tuannya sehingga hayatnya yang terakhir. Hachiko merupakan kesayangan tuannya iaitu Dr. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo.

Hachiko seekor anjing putih lahir di Odate Jepun pada November 1923. Sewaktu berumur 2 bulan, ia dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Setiap kali Profesor Ueno pulang dari tempat kerja, Hachiko pasti akan menunggunya di stesen kereta api dan menemaninya sampai ke rumah

Pada 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena strok dan meninggal di universiti tempat dia mengajar. Namun begitu Hachiko tetap setia kembali ke stesen dan menunggu Profesor Ueno pulang dari tempat kerja setiap hari sehingga 9 tahun berlalu. Tiada siapa pun yang dapat menghalang Hachiko untuk tetap kembali menunggu tuannya. Penantian Hachiko berlaku sehingga akhir hayatnya iaitu pada bulan Mac 1934. Itulah pertama kali dan seterusnya Hachiko tiada lagi di stesen itu.

Kisah Hachiko ini adalah kisah benar. Walaupun Hachiko telah dijaga oleh keluarga Profesor Ueno namun Hachiko tetap kembali ke stesen Shibuya untuk menunggu kepulangan Profesor Ueno yang tidak pernah kembali. Isu ini heboh di kalangan masyarakat di Jepun ketika itu sehingga berita nya muncul di akhbar, majalah & berita. Setelah kematiannya, masyarakat & pemerintah Jepun membuat sebuah patung Hachiko & ditempatkan di kawasan luar Stesen Kereta Api Shibuya bagi mengenangkan kesetiannya yang tidak berbelah bagi terhadap tuannya itu.



.






BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, March 27, 2010

Jom Tengok Wayang

EVOLUSI KL DRIFT 2

Semalam i dengar kat HOTFM rata-rata pemanggil beritau cerita ni best gile, penuh dengan aksi, mencemaskan dll. Hari pertama je sume wayang full & ada jugak yang dah tengok sampai 2 3x. Hari ni i berpeluang tengok cerita ni.. ada orang belanja? ups tidak.. baya sendiri2 lah wei :P

Betul lah apa yang orang-orang tu cakap, cerita ni best tapi i lagi suka EVOLUSI KL DRIFT 1.. lebih best. Part yang paling i suka masa Aleya (Scha Al-Yahya) kena belasah ngan Ery (Shaheizy Sam), memang real woo huhuhu

Dari 5 bintang i bagi berbintang-bintang, tak cukup bintang, bintang di langit, dan di kala bulan mengambang 
~ eh u all letak lah bintang sendirik ~ ngee~


Abaikan je mata-mata yang memandang hahaha

Tak tengok pun cerita ni tapi saja je nak begambo dengannya 
~ish jangan kutuk yek.. dose tau :P~

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, March 13, 2010

One Fine Spring Day

 
 Ni CD i tapi dah lama tak tengok coz beli dah lama sangat..tak ingat tahun bape 
ONE FINE SPRING DAY

A sound engineer Sang Woo lives in Seoul with his father, aunt and a grandmother with Alzheimers. One winter he meets Eun-Soo an announcer and producer at a local radio station in Kangleung City. On their trips together to collect nature's sound for her program, they grow naturally close and one night Sang-Woo stays over at her house. They fall easily in love and Sang-Woo becomes totally taken up with her. But as their relationship, which started in winter goes from spring into summer, it begins to get shaky. When Sang-Woo speaks of taking her to see his father, Eun-Soo who has already been married and divorced once, changes the subject. Finally when Sang-Woo asks "HOW CAN LOVE CHANGE" she answers firmly with "LETS BREAKS UP" the love which he thought would last  a lifetime changed in a few seasons. He has trouble forgetting her and unable to cope with the lingering attachment and affection, Sang-Woo goes between Seoul and Kangleung. But in the end the spring days go by and the memory of love remains as just that and no more, even she comes to see him again

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, March 7, 2010

Over The Rainbow

2 hari cuti... yeeha!

Masa ni lah waktu yang paling best untuk i duk mengadap drama korea ni sehari suntuk dari pagi sampai lah ke malam.. tu pun kalau mak i tak membebel lah ngee~

I memang suka yang teramat sangat tengok drama / movies korea.. lagipun pelakon2 nya sangat cantik & handsome...~i like hehehhe~

OVER THE RAINBOW

Drama ni mengisahkan tentang sekumpulan anak muda yang meminati tarian. Chung Hee-Soo (Kim Ok-Bin) meninggalkan ayahnya dan ingin mencuba nasib menjadi seorang penyanyi di Seoul. Hee-Soo menyewa sebuah bilik di rumah Kwon Hyuk-Joo (Ji Hyeon-Woo) dan dia berjaya mencungkil bakat tarian Hyuk-Joo. Hee-Soo beralih arah kepada penyanyi popular Rex (Hwan-Hee) dan meninggalkan teman lelakinya demi mencapai kemasyuran. Terdapat juga seorang gadis pelik Sang-Mi (Seo Ji-Hye) iaitu seorang peminat setia Rex. Walapun dia miskin, tetapi dia berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perkara yang dia minati.Pada mulanya ramai orang yang amat membencinya. Namun lama-kelamaan mereka mula menyukai Sang-Mi. Begitu juga dengan Hyuk-Joo dan mula menaruh perasaan kepadanya. Namun begitu keadaan menjadi kelam-kabut apabila Rex juga meyukai Sang-Mi


I memang suka yang teramat sangat tengok drama / movies korea.. selain lakonan yang memang best.. pelakon2 nya sangat cantik dan handsome... ~i like hehehhe~



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails