Lizz : Aku ada video best nak bagi kau tengok
I : Video apa beb
Lizz : Ala jangan banyak soal la.. amik je then tengok k..
I : Emm OK.. (walaupun malas gile nak tengok :P)
Lepas seminggu :
Lizz : Zack ko dah tengok ke lom?
I : Lom lagik lah... tak de time
Lizz : Ala ko tengoklah.. cite bes ni... aku dah tengok 2 kali.. 2 kali jugak aku nangis tau
I : Emm yelah.. (Ati tisu jugak sedara aku ni ye huhuh - dalam hati :P)
Semalam baru i berkesempatan untuk tengok cerita ni.. serius beb memang sedih gile.. uwaa... then pagi ni celik je mata i ajak 1 family i tengok sekali.. dan buat kali keduanya i menangis lagik.. citt.. :P
Hachiko.. seekor anjing yang sangat-sangat setia dengan tuannya sehingga hayatnya yang terakhir. Hachiko merupakan kesayangan tuannya iaitu Dr. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo.
Hachiko seekor anjing putih lahir di Odate Jepun pada November 1923. Sewaktu berumur 2 bulan, ia dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Setiap kali Profesor Ueno pulang dari tempat kerja, Hachiko pasti akan menunggunya di stesen kereta api dan menemaninya sampai ke rumah
Pada 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena strok dan meninggal di universiti tempat dia mengajar. Namun begitu Hachiko tetap setia kembali ke stesen dan menunggu Profesor Ueno pulang dari tempat kerja setiap hari sehingga 9 tahun berlalu. Tiada siapa pun yang dapat menghalang Hachiko untuk tetap kembali menunggu tuannya. Penantian Hachiko berlaku sehingga akhir hayatnya iaitu pada bulan Mac 1934. Itulah pertama kali dan seterusnya Hachiko tiada lagi di stesen itu.
Kisah Hachiko ini adalah kisah benar. Walaupun Hachiko telah dijaga oleh keluarga Profesor Ueno namun Hachiko tetap kembali ke stesen Shibuya untuk menunggu kepulangan Profesor Ueno yang tidak pernah kembali. Isu ini heboh di kalangan masyarakat di Jepun ketika itu sehingga berita nya muncul di akhbar, majalah & berita. Setelah kematiannya, masyarakat & pemerintah Jepun membuat sebuah patung Hachiko & ditempatkan di kawasan luar Stesen Kereta Api Shibuya bagi mengenangkan kesetiannya yang tidak berbelah bagi terhadap tuannya itu.
.
2 comments:
bestnyer if de binatang peliharaan cmnie..but kecian la pak bl tlalu setia..hurmmm
citttt...podaahhh!! mandai jer ckp aku ati tisu..ko pon samer la..
tp aper² pon citer nie mmg d besh laa..
Post a Comment