MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Saturday, May 12, 2012

Mengandung Ni Ada Musim Ke?

Fuhh... baru lepas buat aktiviti wajib pada setiap hari Rabu.. Futsal Time.. ahaks :P.. Makin lama main makin seronok gila. Dapat hilangkan tensen, stress lepas seharian duk kat opis.. dengan kerja berlambak-lambak... makin buat makin banyak kerja yang datang.. so kalau aku tak buat ok tak :P.. 

Ish kau LeeZack.. tak baik merungut, kalau takde kerja jadi penganggur, kalau dah jadi penganggur macam mana nak teruskan hidup yang bila nak pergi mana-mana je mesti nak kena guna duit.. bak kata nenek aku.. zaman sekarang nak mintak air suam pun kena pakai duit.. ish ish.. sadis.. nak masuk bilik air pun nak guna duit. Cuma bayangkan kalau time tu gila-gila rasa nak terkencing.. nak masuk toilet pulak kena cas, time tu pulak lah duit kau takde duit langsung... dengan muka orang jaga toilet tu muke macam penyamun, buat kau seram sejuk nak masuk toilet free.. kau nak buat ape time tu? agak-agak nak kencing jugak ke kat situ.. ish ish sadis..

Tiba-tiba terfikir nak buat entry pasal orang pregnant.. sebenarnya takde kene mengena dengan intro tu.. saja je aku membebel sekejap :). Ish kat opis aku ramai betul yang pregnant. Betul ke orang cakap pregnant ni ikut musim. Sebenarnya terpulang pada rezeki yang Allah nak bagi. Mungkin time tu ramai pulak yang nak tambah baby. Lepas je musim cuti sekolah gerenti ramai yang pregnant.. almaklumlah ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan " ____________ "

Eh wanita pregnant ni seksi oke.. suka tengok perut kawan-kawan aku yang pregnant.. ada yang bulat.. ada yang memanjang.. ada bentuk 4 segi.. eh ye ke? hahaha (almaklumlah belum ada pengalaman menjadi preggy... oh aku belum kawin lagi oke.. ngeh ngeh)



Ni my lovely sis waktu pregnant anak no 2.. seksi kan :P

~ Petua dan pantang larang ketika hamil yang masih wujud dalam masyarakat tempatan kini (samada ianya benar atau tidak wallahualam) : -

1) Bakal ibu ditegah membelitkan tuala di leher selepas mandi kerana dikhuatiri tali pusat akan terlilit pada leher bayi

2) Air dari hujung rambut selepas mandi, jika dikecap dikatakan akan memudahkan bayi keluar melalui rahim.

3) Bakal ibu ditegah memakai kain sarung dari bahagian atas kepala kerana dikhuatiri kedudukan bayi akan songsang.

4) Elakkan daripada menyediakan kelengkapan bayi berwarna kuning atau merah kerana dua warna itu dipercayai akan memberi kesan tidak baik kepada bayi yang baru dilahirkan seperti terkena sakit kuning atau terlalu aktif kerana merah melambangkan keazaman yang membara.

5) Jika mengupas mangga, hendaklah dimulakan dari bahagian tangkai supaya bayi tidak lahir songsang.

6) Jika membuka plastik yang bersimpul, buka dengan perlahan dan tidak mengoyakkannya secara kasar bertujuan mengelakkan bayi lahir secara pembedahan.

7) Ibu hamil ditegah menjahit pada waktu malam bagi mengelakkan rabun.

~ Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah : -

1) Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

2) Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

3) Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. 

4) Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

5) Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

~ Antara komplikasi kehamilan atau proses mengandung ini adalah seperti : -

1) Alahan atau alergik terhadap makanan atau haiwan

2) Muntah-muntah yang teruk (morning sickness)

3) Kuat makan sehinggakan berat badan meningkat.

4) Berat badan yang meningkat akan mencetuskan obesiti dan obesiti akan mencetuskan penyakit kencing manis kepada ibu hamil.

5) Sembelit yang teruk

6) Buasir

7) Jangkitan kuman (bakteria) pada saluran kencing.

8) Anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Apabila berlaku anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan ibu dan bayi tidak mencukupi. Jadi situasi ini cukup bahaya terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

9) Sakit urat dan kekejangan otot kaki.

P/S : Buat kawan-kawan yang sedepartment aku yang telah menjadi mak buyung.. congrats.. jaga diri & kandungan elok-elok.. jaga makan.. jangan sikit-sikit bagi alasan baby yang nak makan.. kang berat badan naik tak hingat.. Lahirkan anak ramai-ramai nanti dah besar korang boleh jadi besan sesama korang.. ups :)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

1 comment:

AzianKhalil said...

ehemm...citer org ngandung la pulakk...

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails