Salam.. memang sangat-sangat lama aku tak menjenguk & menconteng sesuatu dalam belog ni.
Stat 1/5/2012 berlaku satu perubahan yang besar dalam dunia pekerjaan aku. Kalau sebelum ni waktu kerja stat jam 9 am - 6 pm. Tapi mula 1/5/2012 waktu kerja untuk bahagian aku dengan 5 orang lagi kawan opis dah berubah.. start jam 8 am - 5 pm...
Time balik memang best terasa macam waktu bulan puasa.. balik awal untuk shopping makan dekat bazar Ramadhan.. wah meriahnya tapi tang nak bangun pagi tu.. alamak... agak susah jugaklah nak biasakan bangun cepat untuk gi kerja. Terasa betul macam waktu zaman-zaman sekolah.. lepas subuh kompem tak tido balik, terus siap-siap nak pergi sekolah..
Bukan tu je... hari untuk bekerja pun berubah jugak... dah tak macam waktu opis hour walaupun berkerja dalam opis... cuti kena rotate... maknenya dalam seminggu tu tak tentu dapat cuti hari apa... kena gilir-gilir dengan kawan-kawan lain & kena ikut dalam schedule...
Mula-mula memang agak susah jugaklah nak biasakan diri dengan perkara-perkara macam ni. Tapi nak tak nak kena buat jugak sebab itu adalah kerja.. semuanya kena redha sebab mencari rezeki kerana Allah.
Masuk hari ni dah 13 hari melalui waktu pekerjaan yang baru walaupun tempat kerja masih di tempat yang sama ^___^ Alhamdulilah semuanya oke... cuma tiap kali cuti kompem tak boleh duduk rumah sebab baru terasa cuti tu amat bermakna hehe..
Dan lagi satu bila difikir-fikir balik ada hikmah di sebaliknya..mungkin ini cara yang Allah bantu aku untuk aku kumpul duit bagi persiapan kawen nanti... Insya Allah...
Semoga aku diberi kekuatan untuk hadapi semua ini.. Aminn
Kalau takde orang yang nak kerja cium-cium ketiak orang ni..
jangan haraplah korang nak pakai deodorant yang wangi-wangi tau!!!
P/S : Lakukan dengan ikhlas walau apa pun kerja yang telah ditetapkan untuk anda..
Ok Bye!!
No comments:
Post a Comment