MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, March 8, 2010

Hanya Kerana Emylia

          “Mak, Along nak RM300. Cikgu dah banyak kali tanya pada Along, bila nak bayar yuran periksa. Along malulah mak. Kawan-kawan Along semuanya dah bayar, Cuma Along sorang je yang belum” Emylia menghampiri ibunya. Nak tak nak, dia terpaksa. Dia tak sanggup menanggung malu apabila dirinya sering dipersendakan.

“Kau ni, sikit-sikit duit, sikit-sikit duit. Apa kau ingat RM300 tu sikit? Aku ni pagi petang, siang malam cari duit, kau pulak senang-senang je mintak daripada aku!” bentak Mak Munah tiba-tiba. Matanya tajam merenung Emylia. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia terlalu membenci Emylia walaupun Emylia adalah anak kandungnya. Mungkin kerana dia menganggap Emylia sebagai pembunuh suaminya.


Segala-galanya bermula semasa Emylia berumur 4 tahun. Masih segar lagi di ingatan Mak Munah kejadian 13 tahun dahulu. Hampir pengsan dia apabila melihat tubuh suaminya kaku di bilik mayat. Semuanya gara-gara Emylia. Seandainya Emylia tidak mendesak ayahnya supaya membelikan kek hari lahirnya, pastinya Pak Ahmad tidak akan dilanggar lori dan meninggal.

          
“Kalau kau nak duit tu, kau usahakanlah sendiri. Tak kuasa aku nak melayan kau. Dari dulu aku dah cakap, tak payah sambung belajar. Cukuplah dengan keputusan SPM kau tu. Kalau kau kerja boleh jugak kau tolong aku. Ni tak, menyusahkan aku lagi ada!” Mak Munah berlalu pergi setelah menghamburkan kata-kata yang terpendam di lubuk hatinya selama ini.

Emylia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir keluar. Ditahan dan dibendung air matanya agar tidak mengalir, namun dia gagal. Perasaan dari lubuk hatinya semakin terluka dan tersiat-siat dengan kata-kata ibunya itu.

Akhirnya, Emylia gagal menghalang, dan akhirnya, air matanya mengalir laju dan semakin deras. Dadanya berombak kencang. Tersedu-sedan Emylia apabila tidak dapat menahan sebak di dada.

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa hambamu ini Ya Allah. Mengapa emak terlalu membenci aku? Apakah dosa dan salahku Ya Allah? Ya Allah, tabahkan hati hamba-Mu ini. Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi semua dugaan dan cabaran yang telah Kau tetapkan buat ku. Amin” Emylia menadah tangan, memohon agar dirinya diberikan kekuatan. Akhirnya, Emylia melelapkan matanya dalam kesedihan.

Keesokan harinya, Emylia menemui Pn.Maznah. Emylia tekad. Walau apa pun reaksi dan pandangan Pn.Maznah terhadapnya, dia akan terima. Dihampirinya bilik Pn.Maznah dengan hati yang berdegup kencang…

“Masuk” Pn.Maznah memberikan arahan setelah mendengar pintu biliknya diketuk orang.

“Assalamualaikum, cikgu. Saya minta maaf sekiranya saya mengganggu” terang Emylia. Hatinya berasa berdebar.

“Waalaikummussalam, oh Emylia. Tak mengapa. Silakan duduk” Pn.Maznah mengarahkan Emylia duduk. Di biliknya terukir senyuman. Dia senang dengan kehadiran Emylia. Baginya Emylia seorang murid yang baik dan rajin. Emylia juga pelajar harapan sekolahnya dalam mencapai sasaran cemerlang dalam peperiksaan S.T.P.M di sekolahnya pada tahun ini.

“Cikgu, saya ada sesuatu yang ingin saya katakana” Emylia memulakan perbualan. Mukanya tertunduk.

Pn.Maznah merenung wajah Emylia. Perasaannya memberontak ingin tahu. Dia menunggu sehingga Emylia kembali bersuara.

“Cikgu, saya minta maaf kerana saya tak dapat meneruskan persekolahan saya” Emylia berterus-terang. Suaranya dirasakan bergetar.  Akhirnya dia berjaya juga menyatakan hasratnya walaupun hatinya berkeras tidak merelakan. Pn.Maznah tersentak. Tidak disangka-sangka olehnya Emylia sanggup berkata begitu. Pengucapan Emylia sebentar tadi seakan-akan telah menyentap jantungnya.

“Emylia, awak sedar tak apa yang telah awak katakan?” Tanya Pn. Maznah. Tidak terdaya dia untuk memarahi Emylia kerana dia sedar mungkin Emylia mempunyai sebab yang membolehkan dia mengambil keputusan begitu.

“Saya terpaksa cikgu…saya tak sanggup untuk menyusahkan emak saya lagi. Saya sedar, sejak ayah meninggal, emaklah yang telah banyak berkorban dan menghabiskan duitnya untuk saya. Saya ta sanggup lagi menyusahkan emak. Saya dah ambil keputusan untuk bekerja” Emylia mencurahkan segala-galanya kepada Pn.Maznah, dengan disaksikan air matanya yang semakin deras mengalir.

“Emylia, kalau betul awak nak membalas jasa emak awak, bukan begini caranya. Awak mesti tunjukkan dan buktikan bahawa awak mampu mengubah kehidupan awak, kehidupan emak awak dengan membawa keputusan cemerlang. Awak merupakan harapan emak awak dan juga harapan saya, harapan sekolah. Tunjukkan pada semua yang awak boleh, Emylia!” Pn. Maznah memberikan semangat. Tidak disangka-sangka air matanya juga mengalir keluar.

“Tapi cikgu…”

“Sudah Emylia, saya tak naka dengar lagi awak cakap begitu. Awak mesti berjanji pada saya yang awak akan belajar bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan nanti” Pn Maznah memotong percakapan Emylia.

Emylia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dihampiri dan dipeluknya Pn Maznah tanda rasa kasihnya  pada gurunya itu. Dihatinya berbunga harapan. Walaupun Pn Maznah tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan begitu, sekurang-kurangnya masih ada insan yang mengambil berat terhadap dirinya. Masih ada insan yang sanggup berkongi masalah da duka lara di hatinya.

‘Terima kasih, cikgu’. Hati Emylia berkata. Sebak rasanya. Bibirnya menguntumkan senyuman..dalam tangisan.

“Emylia, kau nak stay back tak hari ni? Tanya Linda sahabat baik Emylia pada suatu hari.

“Emm, tak naklah Linda…hari ni aku tak bolehlah. Sorry ok!” Emylia memberikan jawapan. Dia segera mengemaskan beg sekolahnya lalu bergegas pulang. Linda menggelengkan kepala apabila melihat tingkah-laku Emylia. Sejak akhir-akhir ini, dia merasakan ada banyak perubahan ke atas diri Emylia. Kalau dulu, Emylia sering bersama-samanya mengulang kaji pelajaran, tapi kini tidak lagi. Emylia juga sering mengantuk ketika di dalam kelas. Wajahnya juga semakin pucat.

‘Aku mesti siasat puncanya!’ fiir Linda.

Keesokan harinya, Linda dapati Emylia tidak hadir ke sekolah. Berbagai-bagai persoalan bermain di benaknya. Sakitkah dia? Tiba-tiba perasaan Linda jadi tidak tentu arah. Petang itu, Linda mengambil keputusan untuk ke rumah Emylia. Lebih kurang 50 meter daripada rumah Emylia. Lida terdengar sesuatu.

“Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku! Dari kau kecil sampai kau besar, yang kau tau menyusahkan hidup aku je!” jeritan suara emak Emylia terpanah ke telinga Linda. Tidak disangka-sangka olehnya emak Emylia sanggup menghamburkan kata-kata sebegitu.

“Mak, maafkan Along mak, Along janji tak buat lagi!” tersedu-sedan suara Emylia memohon keampunan daripada emaknya.

Linda yang mendengar segala-galanya tidak sanggup menunggu lagi. Terasa sebak di hatinya apabila mendengar sahabatnya di marah begitu. Linda bergegas pergi berbekalkan air jernih yang mengalir di pipi.

Pada keesokan harinya, Linda menemui Emylia

“Emy, aku minta maaf kalau selama ni aku tak sedar derita yang kau tanggung. Rupa-rupanya selama ni kau berselindung si sebalik gelak dan tawa kau!” Linda memeluk Emylia. Terasa sebak hatinya apabila mengetahui derita yang ditanggung Emylia.

“Linda, hidup aku bukan ditakdirkan untuk menyusahkan kau dengan memaksa kau membantu aku. Cukuplah sekadar kau sudi menjadi sahabat dan teman di kala aku memerlukan. Aku cukup menghargainya” Emylia membalas pelukan Linda. Hari itu, segala-galanya terbongkar. Sekali lagi air mata menjadi saksi luahan dua sahabat sejati. Tiada lagi rahsia di antara mereka.

“Cuma satu pintaku Linda, aku harap kisah ini manjadi rahsia di antara kita. Walaupun emak selalu memarahai aku, namun aku tetap sayangkan dia dan aku tau tentu masih ada sekelumit rasa kasih dan sayang dia  terhadap aku. Aku juga harap, selagi belum tiba masanya, jangan biarkan cikgu Maznah tau segala-galanya, kerana yang pasti tak nak hampakan perasaan mereka” Emylia memegang erat tangan Linda lantas kejujuran daripada sahabatnya itu.

“Aku berjanji demi kau Emy, dan aku juga nak kau berjanji pada aku yang kita sama-sama akan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM kita nanti” Linda juga mengharapkan sesuatu daripada  Emylia. Sekali lagi mereka berpelukan.

Peperiksaan telah pun berlalu. Hari ini keputusan STPM akan diumumkan. Emylia gagahi juga dirinya untuk mengambil keputusan peperiksaan walaupun kepalanya dirasakan berat dan berpinar-pinar.

Sesampainya di sekolah, Emylia dapati semua guru dan kawan-kawan tersenyum ke arahnya.

“Tahniah Emylia, awak merupakan pelajar yang mendapat keputusan paling cemerlang di sekolah kita. Tahniah!” Pn Maznah menghampiri Emylia dan mengucapkan tahniah dengan diiringi senyuman yang terukir di bibirnya.

“Tahniah, Emylia kerana kita sama-sama telah mengotakan janji” hanya pengucapan itu yang mampu dilafazkan oleh Linda. Walaupun mereka berdua sama-sama memperolehi kejayaan, namun tidak sanggup rasanya dia melihat wajah Emylia yang semakin pucat. Tubuh Emylia juga semakin kurus. Linda memeluk Emylia dengan dihujani air mata.

Tiba-tiba…

“Emy, Emy!” Linda tersedar apabila dia merasakan Emylia tidak memberikan sebarang reaksi.

“Cikgu, Emylia…” Linda menjerit. Air matanya dihambur keluar. Pn Maznah dan beberapa orang pelajar yang berada di situ segera mengerumuni mereka.

“Aku dekat mana ni Linda?” Emylia memerhati sekeliling. Terasa janggal rasanya apabila dikerumuni ramai orang. Namun begitu, bibirnya tetap mengukir senyuman.

Linda tidak mampu menjawab pertanyaan Emylia. Dadanya berombak kencang. Lidahnya kelu untuk bersuara. Emylia juga begitu. Matanya merenung jernih satu persatu kearah semua yang ada. Matanya beralih ke arah Pn Maznah.

“Terima kasih cikgu, terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya. Tolong halalkan semuanya!” kata Emylia sambil memegang erat tangan Pn. Maznah

“Cikgu halalkan, Emylia!” jawab Pn Maznah dengan hiba.

“Linda, terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Maafkan aku seandainya selama ini aku banyak menyusahkan kau. Tolong kirimkan surat dan keputusan peperiksaan ni pada mak aku. Katakan padanya aku terlalu menyayanginya!” kata Emylia sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Emylia…!!!” jerit Linda. Tidak sanggup rasanya dia apabila kehilangan sahabat karibnya itu, buat selama-lamanya.

Emak, Along minta maaf sekiranya selama Along hidup, Along selalu menyusahkan emak. Along tahu, emak bencikan Along. Tapi emak, percayalah tidak pernah terlintas di hati Along untuk membenci emak walau sedetik pun. Emak, Along minta maaf kalau selama ini Along merahsiakan penyakit Along. Along telah disahkan menghidap penyakit Leukemia kira-kira setahun yang lalu. Maafkan Along mak. Along terpaksa bekerja untuk menanggung persekolahan Along. Along tak pernah menyalahkan emak. Along tahu, Along akan menyusahkan emak dengan membiarkan emak menanggung beban Along. Tanda terima kasih Along kepada emak kerana emak sudi menjaga Along, Along sertakan baki gaji Along selama beberapa bulan Along bekerja. Maafkan Along, halalkan makan minum Along dan terima kasih kerana sudi menjaga Along.

Salam sayang,
Along…

“Along…ampunkan mak nak!” dalam esak tangis, Mak Munah memanggil nama Emylia yang telah kembali ke Rahmatullah. Bergetar dadanya menahan sebak. Tangan Mak Munah memegang erat surat dan keputusan STPM Emylia. Hatinya kesal, namun dia tidak dapat melawan takdir.

Mak doakan agar kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.” Al-Fatihah…


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails