Namun, apa yang mereka pasti…Nizam sudah tiada lagi di dunia ini. Hanya tuhan sahajalah yang tahu betapa hancur dan luluhnya perasaan mereka tika itu. Bagi mereka, tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan Lisa dan Nizam, namun… dengan segala perbuatan Lisa itu hidup mereka dirasakan kosong. Jiwa mereka dirasakan tidak bercahaya tanpa gelak tawa Nizam yang selama ini menjadi penyeri dalam hidup mereka sekeluarga.
Di suatu sudut, Lisa menenangkan kembali perasaannya yang dirasakan begitu berkecamuk. Masih segar di ingatannya bagaimana dialah yang menjadi punca dan penyebab kematian adik kesayangannya itu. Lisa sedar bahawa selama ini dia hanya berpura-pura menyayangi keluarganya, namun jelas kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapanya tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun.
Di suatu sudut, Lisa menenangkan kembali perasaannya yang dirasakan begitu
Lisa tahu, emak dan abahnya tidak pernah membahagikan kasih sayang diantara mereka. Lisa dan Nizam disayangi sama rata, mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan mereka akan dipenuhi walaupun dibebani dengan tugasan di tempat kerja. Namun bagi Lisa, semua itu tidak penting. Di fikirannya hanyalah keseronokan semata-mata. Tidak pernah terlintas di benaknya akan kepenatan emak dan abah mencari rezeki siang malam.
Lisa tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali di saat-saat akhir kehidupan Nizam. Dia terpaksa bersusah-payah dan sanggup mengorbankan dirinya sendiri semata-mata mahu menyelamatkan Lisa daripada terjebak ke kancah maksiat.
‘maafkan kakak Nizam, kakak berjanji…mulai dari hari ini, kakak akan berubah dan kakak akan menjaga emak dan abah sehingga ke akhir hayat mereka “Lisa malam ni kau free tak?” tanya Sally sahabat baik Lisa ketika mereka sama- sama bersarapan di kantin sekolah.
‘maafkan kakak Nizam, kakak berjanji…mulai dari hari ini, kakak akan berubah
“aku ingat…malam ni aku nak bawa kau pergi satu ‘port’ barulah…baik punyer! Aku conform, mesti kau suka punyalah. Jomlah Lisa!” beria-ia sungguh Sally mempelawa Lisa.
Jauh di sudut hati Sally, dia yakin bahawa sahabat baiknya itu tidak akan tega menolak pelawaannnya. Selama ini pun, bukan tidak pernah mereka keluar malam, boleh dikatakan saban malam mereka bersantai sambil lepak di mana-mana saja yang mereka suka.
Sally masih memandang wajah Lisa dengan penuh pengharapan. ‘fuh, mintak-mintaklah dia setuju nak ikut aku malam nanti, moga-moga taktik aku menjadi!” Sally berkata dalam hati.
Tiba-tiba… “okay, aku setuju…lagipun, buat apa aku duduk kat rumah tu! Bosan memanjang… bukannya dapat apa pun. Bila ku balik rumah je, emak dengan abah aku tak de. Adik aku tu pulak, asyik memerap dalam bilik 24 jam, huh…nak jadi ulat buku konon…apa yang aku dapat cuma tengok muka mak cik Jenab tu jelah!” akhirnya Lisa bersetuju, sambil merengus geram apabila dirasakan emak dan abah sudah tidak mengendahkan dirinya lagi berbanding dulu.
Segala yang terpendam di dalam hatinya, diluahkan kepada Sally yang dianggap sebagai sahabat. Setelah mendengar persetujuan Lisa, Sally terus menjerit keseronokan lantas memeluk Lisa.
“eh, sebelum tu aku nak tanya, kat mana ‘port’ baru kau tu? Aku tau tempat tu mesti happening okay!” Lisa bertanya dengan penuh minat.
“don’t worry babe.. aku gerenti mesti best punya! Okay malam ni kau tunggu aku kat tempat biasa pukul 8.00 malam” Sally membuat perjanjian.
“okay, set!” jawab Lisa sambil tersenyum riang . Malam itu, Lisa menunggu Sally di ‘port’ biasa mereka. Di dalam hatinya, tiada langsung perasaan bersalah. Sebaliknya dirasakan suatu keseronokan yang amat sangat apabila bebas bertemu dengan kawan-kawannya.
Selama ini bukan tidak pernah emak dan abah melarangnya darpada terus bebas bergaul dengan Sally, boleh dikatakan hamper setiap hari emak dan abah melarangnya, namun semua itu tidak pernah diendahkan oleh Lisa, baginya Sally merupakan satu- satunya sahabat yang boleh memberinya keseronokan dan kepuasan daripada terus dibelenggu oleh keluarga
Segala nasihat emak dan abah ibarat mencurah air ke daun keladi, segala kata- kata emak dan abah dibuatnya seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tiada sebarang kata-kata emak dan abah yang berjaya mencengkam ke dalam lubuk hatinya.
Dalam kejauhan Lisa melihat kelibat Sally “eh, siapa pula yang bersama Sally tu?” Tanya Lisa di dalam hati setelah melihat Sally membawa seorang kenalan yang tidak dikenalinya.
“hai Lisa, dah lama ke kau tunggu aku? Sorrylah ya. Terlambat…ni aku kenalkan kawan baru kita, Jeff” Sally memperkenalkan Jeff kepada Lisa yang kelihatannya masih terpinga-pinga.
“hai saya Jeff” Jeff menghulurkan tangannya kea rah Lisa sambil tersenyum
“hai saya Lisa, kawan Sally. Senang bertemu dengan awak” Lisa menyambut huluran tangan Jeff walaupun masih ragu-ragu dengan tindakan Sally membawa Jeff bersama.
Setelah berkenalan, Sally mempelawa mereka ke suatu tempat. “ni ke ‘port’ baru yang kau bagitau aku tadi Sally?” Tanya Lisa. “takdelah…’port’ baru tu, sekejap lagi kita pergi. Sekarang ni, kita pergi makan dulu.. si Jeff ni dari tadi mengadu lapar, lagipun dia nak belanja, meraikan perkenalan dengan kau!” kata Sally menjawab soalan Lisa sambil matanya dilirikkan ke arah Jeff yang hanya tersenyum melihat reaksi mereka, terutamanya reaksi Lisa yang begitu menarik perhatiannya.
Jeff mencadangkan sebuah hotel 5 bintang untuk mereka menjamu selera pada malam itu. Disebabkan perut sudah memainkan pelbagai rentak, lagu dan irama, Lisa dan Sally hanya menurut sahaja cadangan Jeff.
Mereka makan dengan begitu selera terutamanya Lisa, tanpa menyedari bahawa segala-galanya telah dirancang oleh Sally dan Jeff dengan rapi. Rupa-rupanya, Jeff mahukan Lisa, namun segala perbuatan dan tingkah-laku mereka yang bersahaja itu tidak sedikit pun menimbulkan sebarang syak wasangka kepada Lisa. Untuk memerangkap Lisa, Sally telah mencampurkan sejenis serbuk ke dalam minuman Lisa supaya dia tidak sedarkan diri.
Akhirnya, perancangan itu berjaya setelah Lisa tidak sedarkan diri seolah-olah pengsan “aku benci pada kau Lisa, selama ini aku mendendami kau kerana kau sentiasa mengatasi dan mengalahkan aku dalam banyak perkara. Keluarga kau kaya, tidak seperti keluarga aku yang selalu mengharapkan pertolongan daripada emak dan abah kau. Apa yang kau mahu, semuanya boleh kau dapatkan. Tapi aku, aku sentiasa kalah selagi aku tidak menghancurkan hidup kau! Selepas ni, aku harap kau tidak akan berjaya mengatasi dan mengalahkan aku lagi. Terima kasih Lisa!”
Sally berkata dengan penuh perasaan benci dan dendam yang menebal dalam dirinya terhadap Lisa. Selama ini, tanpa pengetahuan Lisa, Sally berkawan dengannya semata-mata mahu melihat kehancuran dan kemusnahan hidup Lisa. Sallylah yang telah menghasut dan mempengaruhi Lisa supaya berubah. Sejak itu, Lisa langsung tidak menghiraukan emak, abah dan adiknya.
Ketika Jeff menghampiri tubuh Lisa yang masih tidak sedarkan diri itu, tiba-tiba Nizam datang sambil menendang belakang Jeff. Lantaran itu Jeff mengaduh kesakitan kerana terkejut dengan tindakan drastik Nizam
“Jeff apa yang kau nak buat pada kakak aku ha? Selama ini aku ingatkan kau baik, rupa-rupanya kau adalah syaitan yang bertopengkan wajah manusia. Sebenarnya aku telah ikut kau sejak tadi lagi bila aku dapati kakak aku ada bersama-sama dengan kau. Sebentar lagi, pihak polis akan datang untuk menahan kau dan juga kau Sally, ke penjara… terimalah hukuman yang bakal dijatuhkan pada kamu berdua atas jenayah yang telah kamu lakukan. Segala perbuatan kamu terlibat dalam sindiket pelacuran telah lama berada dalam intipan polis!!” kata Nizam sambil matanya merenung tajam ke arah Jeff dan Sally
Sally tidak pernah mengenang jasa emak dan abahnya yang selalu membantu apabila keluarganya di dalam kesusahan. Jeff tidak dapat menahan perasaan marahnya yang semakin memuncak Nizam telah merosakkan rancangannya untuk mendapatkan tubuh Lisa. Jeff dan Nizam, masing-masing bergelut untuk mempertahankan maruah diri. Sedang asyik mereka bergelut tiba-tiba Sally yang masih terkejut dengan kejadian itu, serta-merta mencapai sepucuk pistol lalu menembak Nizam.
Tidak lama kemudian, pihak polis, emak dan abah pun tiba, Sally dan Jeff ditahan dan akan didakwa di mahkamah. Manakala Nizam dihantar ke hospital oleh emak dan abah pada malam itu juga. Tidak lama kemudian, Lisa mulai sedar.
“kak, maafkan Nizam kerana terlalu mencampuri urusan peribadi kakak. Nizam sayangkan kakak. Nizam tidak mahu lihat emak dan abah menangis kerana perbuatan kakak. Nizam juga tidak mahu kakak terjebak ke kancah maksiat yang akan memakan dan menghancurkan diri dan masa depan kakak. Kak, sekali lagi Nizam minta ampun dan maaf sekiranya selama ini Nizam ada melakukan sebarang kesalahan yang tidak Nizam sedari terhadap kakak. Nizam harap kakak akan menjaga emak dan abah sehingga akhir hayat mereka”
“berjanjilah pada Nizam kak. Mak, abah ampunkan dosa Nizam. Halalkan makan minum Nizam, terima kasih kerana emak dan abah sudi membesarkan dan mendidik Nizam. Nizam minta maaf kerana tidak dapat menjaga dan membalas jasa emak dan abah. Nizam sayangkan emak. Abah dan kakak…selamanya” kata Nizam sambil menggenggam erat tangan mereka. Ketika itu, Nizam sedang berperang dengan maut.
Akhirnya, Nizam menghembuskan nafasnya yang terakhir, diiringi dengan esak tangis orang-orang yang paling disayanginya. Lisa bagaikan tersedar dan terjaga daripada lamunan apabila didapatinya, suasana kian merangkak senja lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Air matanya
mengalir deras apabila mengenangkan peristiwa itu.
Sesampainya di rumah, Lisa terus mengambil wudhuk dan terus mengerjakan solat lalu memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Di dalam solatnya, dia berdoa sambil mengalirkan air mata. Di pohonnya keampunan dan berdoa agar roh adiknya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Tidak lama kemudian, emak dan abah menghampiri Lisa setelah Lisa selesai mengerjakan solat “sudahlah Lisa, emak dan abah tidak mahu Lisa menangis lagi. Yang sudah biarlah ianya berlalu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Usahlah iringi kematian adikmu dengan esak tangis begini. Sebaliknya…kita yang masih hidup ni, seharusnya mendoakan pemergian Nizam dengan aman. Semoga rohnya diberkati.”
“apa yang abah dan emak harapkan ialah, Lisa akan berubah dan tidak akan jadi seperti dulu. Berubahlah nak! Abah dan emak berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawab kami terhadap Lisa. Lisalah satu-satunya harta yang paling berharga bagi emak dan abah di dunia ini” terang abah dengan penuh kesayuan.
“Lisa berjanji abah, emak. Ampunkan segala dosa Lisa, ya!” kata Lisa sambil menangis di bahu emaknya. Emak dan abahnya menganggukkan kepala tanda mereka sudi memaafkan Lisa.
Akhirnya, mereka bertiga menangis sambil berpelukan sebagai tanda kesyukuran...
No comments:
Post a Comment