Bulan ni memang bulan aku.. apa yang aku buat semua tak kena.. aku memang dah agak suatu hari akan tiba jugak hari tu... Kawan-kawan lain dah jadi mangsa.. sekarang giliran aku... Ye giliran kau Leezack.. Gile-gile aku kena tiaw.. Ya Allah malunya aku... Aku ni manusia yang ada perasaan.. Aku tak boleh berlagak kuat depan orang padahal aku bukan orang yang jenis macam tu..
Aku dah cuba buat yang terbaik.. aku dah jalankan tangunggjawab aku dengan sebaiknya tapi... entahlah.. cakap salah tak cakap lagi lah salah... Aku redha je dengan apa yang bakal berlaku lepas ni. Semoga Tuhan beri kan aku kekuatan.. Semoga pintu rezeki aku akan lebih terbuka luas.
Kepada orang itu semoga dia bahagia & selesa dengan apa yang dia dah ada sekarang. Tuhan lebih mengetahui segala-galanya... Sesungguhnya pangkat & kemewahan tak akan bawa seseorang itu kemana-mana.. Kepada yang kaki-kaki ampu.. tolonglah.. kau ingat kau mengampu satu hari nanti kau tak kena macam apa yang kami semua kena.. please lah jangan cuba nak jadi hipokrit..
Jangan sesekali nak menghalang atau cuba nak tutup periuk nasi orang. Sekali kau buat pada orang selama-lamanya orang yang teraniaya itu akan ingat segala dosa kau pada dia. Kalau orang yang teraniaya tu tak maafkan dosa kau buat selama-lamanya macam mana? Ingat.. kita ni insan kerdil.. sangat-sangat kerdil di sisi Allah.. Jangan nak tunjuk baik depan orang bagi alasan kau bekerja kerana Allah... Satu je kau kena ingat.. orang yang baik tak kan mengaku diri dia baik...
No comments:
Post a Comment