MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, April 8, 2010

Hari-hariku

Di kala bosan pasti di hati terdetik untuk menulis. Tak kira samada dengan cara menaip ataupun menarikan pena di atas kertas. Perasaan itu pasti akan muncul. Namun setelah lama ditinggalkan pasti  akan ketandusan idea. Otak dan minda tidak mampu lagi lincah berfikir dan ligat bermain dengan kata-kata
Ketika waktu persekolahan tangan ini rajin mencoretkan sesuatu. Cerpen, madah, puisi.. ada saja yang berlari-lari di kotak fikiran untuk dimuntahkan ke luar. Itu bukan bererti jiwang atau suka syok sendiri, tetapi sekadar mengisi masa lapang & mencoretkan sesuatu yang ketika itu pasti akan berfikir sesuatu
Selepas meninggalkan alam persekolahan dan kini telah beberapa tahun bekerja dan meninggalkan bidang penulisan, tiba-tiba hati terdetik untuk menulis lagi. Kemungkinan sejak mula mengenali dunia blogger yang memerlukan seseorang itu meluahkan apa yang mereka rasa. 
Sangat rindu untuk menulis.. sangat rindu untuk menambahkan koleksi-koleksi cerpen. Sangat rindu untuk menyiapkan novel itu. Tapi segala isi cerita telah lenyap ditelan arus masa. Bagaimana untuk menyiapkan semua cerpen & novel itu..

Sangat buntu ketika ini :(



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails