MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Wednesday, April 21, 2010

Kawin Oh Kawin

Truut truut..bunyik mesej kat handphone i.. (ye ye je bunyik mesej cam gitu.. mcm xglemer je..aduyaii :P) ok lagu sebenar.. I'm yours FT feat DSN baru cara :P

Contoh mesej berbunyik begini :-

Salam.. dijemput menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saya pada blablabla bertempat di blablablabla. Semoga kehadiran anda dapat memeriahkan majlis ini. Sekian :P

Ok tu contoh je :) sekarang ni menjadi trend bagi jemputan guna FB / FS / MS @ menggunakan surat layang..ups? huhuuh. Bila i bukak je FB mesti ada je jemputan yang i dapat..tapi ok pe..i pun tumpang gembira untuk dorang.. tu maknaya jodoh mereka cepat..jodoh i? huhuhu hanya tuhan jelah yang tau

Untuk orang yang single n available soalan ni memang femes untuk dorang.. 

Bila nak kawin??... 
Jawapan untuk soalan kali pertama - tahun depan
Jawapan untuk soalan kali kedua - tunggu u kawin dulu (untuk orang yang belum kawin)
 Jawapan untuk soalan kali ketiga - tunggu u dapat baby (untuk orang yang dah kawin tapi lum ada baby)
  Jawapan untuk soalan kali keempat - tunggu baby u besar (untuk orang yang dah kawin & dah ada baby)
   Jawapan untuk soalan kali kelima - tunggu u ada anak no 2 (untuk orang yang dah kawin & dah ada sorang baby)
 Jawapan untuk soalan kali keenam - yang ko sebok pehal?? (nada : tensen tahap gaban)
 Jawapan untuk soalan kali ketujuh & seterusnya - bagi pelempang sudah.. kompom terus insaf nak bagi soalan lagi :P

Apa yang pasti :-

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana ianya akan menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan akan musnah. Tertariklah kepada seseorang yang akan membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari  kamu yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu. Amin amin ya rabbal alamin





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails