MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, April 8, 2010

Petua

Ari ahad lepas i belek-belek majalah HARMONI  BIL 131 (cover depan gambar misha omar) & kat situ ada tulis tentang beberapa petua. So kat sini i nak kongsi dengan u all  

1) MENAIKKAN SERI PENGANTIN
amalkan memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas Nabi, surah Al-Fatihah dan surah Nabi Yusuf. Insya-allah keserian wajah akan lebih terserlah 

p/s : kalau u all rasa muka u all dah serabut sangat dan memang xberseri langsung.. boleh lah cuba k :P
 
2) DAUN PANDAN HARUMKAN BADAN
ambil 15 ke 20 helai daun pandan dan kisar sehingga halus. Tapis dan jadikan jusnya sebagai mandian. Sebelum mandi campurkan dengan air biasa. Gosok keseluruhan badan terutamanya di bahagian ketiak. Amalkan sekali seminggu. Jika diamalkan selalu, badan akan berbau harum secara semula jadi


p/s : kalau rasa tak berkesan jugak, sentalkan je guna berus dawai ~ngee :P

3) HILANGKAN MATA SEMBAP (LINGKARAN MATA)
ambil telur ayam & asingkan putih dengan kuningnya. Kemudian campurkan putih telur dengan bedak sejuk & sedikit lendir daun lidah buaya. Sapukan sekeliling mata dengan iringan selawat

p/s : jangan pakai kat luar rumah lak..kang kene gelak ngan orang sia-sia je :P

4) MEMERAHKAN INAI DI JARI (UNTUK PARA-PARA PENGANTIN :p)
selepas memakai inai, tunggu selama beberapa jam sehingga inai kering. Kemudian ambil limau kasturi dan titiskan airnya ke jari. Lakukan beberapa kali sehingga inai di jari bertambah merah


p/s : merah itu menawan :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails