MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Mak :P

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia.. terutamanya buat Salimah binti  Haji Jamal iaitu mak i. Seseorang yang paling i sayang dalam dunia ini, dulu kini & selama-lamanya. Semalam berlaku sedikit krisis kecil antara i dengan mak.. oh no.. sedihnya rasa hati bila bertengkar dengan seseorang yang i panggil mak. 1 hari senyap je takde berbual.. serba-salah membelenggu jiwa i masa tu & juga mungkin terselit perasaan ego.. wahai ego pergilah kau jauh-jauh sesungguhnya kau adalah perosak manusia. Mak pun takde tegur i.. mungkin sedikit terasa hati dengan anak nya ni. Ampunkan anakmu ini wahai mak. 

Hari ini i dah lupakan kisah semalam..dan mak juga telah lupakan krisis kecil itu. I ambil hati mak dengan bawa dia jalan-jalan :P. I bawak mak pergi ke SUARASA anjuran TV9 yang buat kat angsana johor hari ni.. Yeay mak i tersenyum happy hehehe. terima kasih TV9 huhuhuh. Barulah lega sikit hati i hehehe :P

Wajah mak kesayanganku bersama Farah Deeba TV9

 Nak amik gambo jugak ~ngee :P


 Kek yang adik i beri pada emak.. oklah tu coz budak sekolah lagi... 
mak i makan dengan penuh rasa happy :P (i pun ngecek sikit huhuh)

UNTUKMU MAK
Emak, Kau yang paling aku sayang
Kerana kau yang mengendongkan aku selama 9 bulan, melahirkan aku dengan menanggung rasa sakit & menjaga aku dengan penuh rasa kasih & sayang
Kau sentiasa bersamaku ketika aku gembira, sedih, takut dan juga ketika aku ingin menangis
Kita bersama berkongsi cerita
Tanpa kau disisi ku aku terasa lemah, diriku terasa kosong, jiwaku terasa tiada erti
Tahukah kau bahawa kau amat bererti buatku..
Sayang kamu selalu emak.. SALIMAH BINTI HAJI JAMAL


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails