Errkk... macam ada yang tak kena je dengan tajuk entry kat atas tu. Hari ni masuk hari yang ke 3 aku bukan gadis specky. Aduyaiii... seksa gila bila spek kesayangan patah pastu tangan meraba-raba tak nampak.. Eh tak delah.. aku bukan perabun tegar :P... rabun-rabun ayam je "_"
Dekat 2 tahun jugak spek tu tak berganti. Aku cuma setakat servis gitu-gitu je kat kedai spek. Servis manja-manja gitu "). Cuma kat dalam hati tu memang terdetik nak tukar cermin dia... tapi ntah kenapa tak buat-buat.. hinggalah pada suatu malam... jeng jeng jeng
Selepas aku menghapdate blog... aku ditimpa rasa mengantuk, lalu aku tanggalkan lah spek tu sebab nak tido.. memang betul-betul nak jadi sebab dan musabab, tangan sebelah kiri spek krekkkk ... tak dapat diselamatkan... & akhirnya riwayat dia cuma sampai hari tu. :(
Selamat Malam... eh Selamat Tinggal Sayang... uwaaaa
Oh spek ku... sayang kau... terima kasih kerana telah berkhidmat dengan aku sepanjang 2 tahun ni... Semoga kau bersemadi dengan aman
No comments:
Post a Comment