MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Saturday, March 12, 2011

Cara-Cara Untuk Mengurangkan Kos Makan Anda :P

Percaya tak.. purata makan setiap orang dalam satu hari lebih kurang RM10. Zaman sekarang ni kalau makan kat mamak pun masih tak boleh nak berjimat. Time sarapan ngan makan malam mungkin masih boleh berjimat sebab sarapan cuma makan kuih yang harge RM1 untuk 3 keping (saiznya sangat ciput-ciput.. makan pukul 10 pagi.. pukul 11 pagi kompem lapar semula) Makan malam pulak cuma makan sekeping roti canai yang harga RM0.80 sekeping dengan teh tarik RM1.20 untuk 1 cawan. Kalau tidak pun, pegi kedai runcit beli meggi dalam plastik yang berharga RM0.60 untuk 1 bungkus. Air kompem jimat sebab minum air masak kat rumah je.

Sarapan jimat... makan malam jimat... makan tengah hari? Pegi tempat makan, ambik pinggan, ceduk nasi separuh, ikan sekor, sayur goreng, sambal belacan sikit dengan air sirap limau. Sekali nak bayar.. RM7.. ha ambik kau!! lepas bayar menyumpah-nyumpah tokey restoren tu sebab mahal sangat :P. Dah nasib kau lah sebab pegi tempat yang cekik darah macam tu.

Salah satu cara untuk berjimat... kumpul kawan ramai-ramai ajak makan sama-sama. Decide nak makan menu ape & mintak salah sorang dari kawan-kawan korang yang ramai tu untuk masak (make sure orang yang korang pilih tu betul-betul tau masak lah.. kalau tidak sia-sia je gi toilet pas tu :P) 

Aku ngan kawan-kawan dah cuba dah... memang kompem berjaya... kos untuk makan tengah hari waktu tu cuma RM3 sahaja untuk seorang. Makan memang bartambah-tambah... Betul-betul jimat.. Tapi malangnya hari tu je kawan aku rajin nak masak.. untuk hari-hari lain lepas tu tak de siapa yang nak merajinkan dirinya untuk memasak demi kawan-kawan termasuk aku :P... Sebagai kesimpulan semua kembali seperti biasa... kos untuk berjimat hanya diguna pakai hari tu saje :P










BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails