Di malam yang indah ni aku nak cerita sikit pasal makanan Arab tapi Iran style. Wah tetibe menu arab pulak keluar ari ni.. First time tu beb pegi makan dekat restoren arab.. tu yang ala-ala kejakunan sedikit tu.
Makanan dia oke... at least rasa dia takdelah teruk sangat kan. Boleh diterima jugak lah masuk ke dalam tekak aku yang memang tekak melayu ni. Cuma nasi dia memang tersangat banyak. Series banyak gile beb sampai tak larat nak habiskan.
Kitorang makan terkial-kial nak habiskan nasi 1 pinggan tapi mamat arab yang duduk dekat meja sebelah rilek je makan. Sekali toleh makanan baru je sampai.. toleh lagi sekali pinggan licin.. peh gile hebat lah mamat arab tu
Kitorang makan terkial-kial nak habiskan nasi 1 pinggan tapi mamat arab yang duduk dekat meja sebelah rilek je makan. Sekali toleh makanan baru je sampai.. toleh lagi sekali pinggan licin.. peh gile hebat lah mamat arab tu
Pasal harga? Oh sangat-sangat berbaloi.. series berbaloi sebab harga dia bagi aku biasa je. Takde lah mahal sangat. Kiranya golongan yang berpendapatan sederhana macam aku ni mampu jugaklah nak makan dekat situ 2x seminggu.. wah :)
Parsia Restaurant
Antara menu yang ada
Antara dekorasi
Senyum tak perlu kata apa-apa :P
Hamboi possing mautt nampaknya
Iranian Mandi Chicken
aka
Berenang-renang di lautan sepi.. wah!!!
Kubideh Kebab
Spaghetti
Alamak yang ni aku lupe pulak nama die... nasi dia tu ada campur dengan sayur-sayur herba..
Kalau makanan melayu lebih kurang macam nasi kerabu
Rostat
Ayam dia memang lembut gile beb!! Series sedap!!
Yang ni kuah dengan sambal nasi-nasi tu semua
Yang ni pulak penambah perasa.. tapi aku tak tau ape benda hikhik
Air buah dia memang terbaek beb!
Segar banget deh!! Eh makan makanan Arab tapi keluar bahasa Indonesia..
Musykil-musykil!!
Haa lepas makan apalagi adek maniss... kasi bayar lah!!
Cak baa!!!
Nak bawak munge ni balik boleh tak.. ^___^
Nak Try? Jom Ke Sini ~
~ RESTAURANT PARSIA ~
> MIDDLE EAST CUISINE <
NO 63-01,
JALAN PENDIDIKAN 4,
TAMAN UNIVERSITI,
81300 SKUDAI,
JOHOR DARUL TAKZIM
NO H/P : 012-7097706
Ok Bye!!
No comments:
Post a Comment