Salam untuk semua bloggers & juga silent readers.. P
Pejam celik pejam celik harini dah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa. Disebabkan kesibukan yang melanda dan juga saja-saja nak buat sibuk, so ni lah entry pertama aku sepanjang kita semua berpuasa pada tahun ni.
Malam sebelum puasa ramai jugak yang hantar sms untuk wish Selamat Berpuasa kat aku. Thanks a lot, semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik berbanding dengan Ramadhan di tahun-tahun sebelum ini. Amin..
1) Sista Lily
~ Ya Allah, aku telah banyak berdosa, ampunilah dosa-dosaku. Namun begitu, aku juga banyak berdosa dengan kenalan-kenalanku. Bukakan lah hati mereka ini untuk menerima kemaafanku di atas segala salah & silapku kepada mereka selama ini. Kurasakan tidak sempurna ibadatku tanpa kemaafannya. Di kesempatan ini, aku juga ikhlas memaafkan mereka. Maafkan lah aku.. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..
2) Fwens Ibrahim
~ Semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran, 4 minggu keimanan, 30 hari keberkatan, 720 jam kasih sayang & 43200 saat penuh senyuman.. Salam Ramadhan Al Mubarak
3) Cousin Hakim & Wife
~ Kian jauh tirai Syaaban, kian dekat lambaian Ramadhan, luhur iman ikhlas amalan. Luhur ibadat diberkati tuhan. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
4) Fwens Raop
~ Assalam, saya memohon ampun & maaf sekiranya ada salah & silap. Yang baik datang dari-Nya, yang kurang dari kelemahan diri saya. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
5) Fwens Ain
~ Salam Ramadhan Al-Mubarak, semoga ibadah di bulan yang penuh barakah ini dapat dilipat ganda dari tahun sebelum ini. Amin
6) The Gang Payed
~ Salam, Selmat Menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Di sini saya ingin memohon ampun & maaf kalau ada salah & silap. Harap Ramadhan kali ini penuh
7) The Gang Abe Topik
~ Salam, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Minta maaf banyak-banyak ye andai ada tersalah kata & laku. Jangan lupe terawih malam ni ^ ___ ^
8) Sista Art
~ Assalam, Hi selamat berpuasa untuk kawan-kawan semua. Semoga Ramadhan kali ini dapat jadikan kita semua lebih baik baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Mohon maaf atas apa jua kesilapan yang ada.
Gambar : Sumber By Pakcik Google
SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT HARI RAYA
2 comments:
hehe,selamat menjalani ibadah puasa yg da nak masuk hari 15 =)
jaya jr : hehehe.. lum berkesempatan nak hapdated belog.. :P
Post a Comment