MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Friday, March 19, 2010

Adrenalin Ku

Adrenalin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal yang berada di dalam badan. Apabila hormon ini dihasilkan ia akan meransang kadar jantung, membesarkan urat-urat darah, laluan-laluan udara dan akan menghasilkan sedikit kesan-kesan kecil. Adrenalin akan dikeluarkan secara semulajadi apabila berlakunya tekanan tinggi atau secara fizikal apabila berada di dalam situasi yang sangat menggembirakan

Sebenarnya i bukan nak cerita pasal ilmu sains ni...sekadar ingin berkongsi maklumat sebelum memulakan cerita

Sekarang ni memang i rasa betul-betul hormon adrenalin telah merembes keluar disebabkan i dah dapat ADRENALIN yang sebenarnya :P

Ni la dia ADRENALIN KU :)

 Wit poscard our Rockerz FT
Beserta dengan setem 1 Malaysia 1 FT

Tak tahan betul dengan soalan-soalan yang ditanya oleh budak-budak satu pejabat i

~Diny~ 
Sape Adrenalin tu kak? Nama kereta ke atau nama skendel? 
~ soalan die memang lawak gile..ade ke adrenalin tu nama orang..huhuhu

~Fani~
Lieza ada orang bagi hadiah ke?
~ish baiknya hati orang yang nak hadiahkan tu ye...BELI SENDIRI LAH WOI..ORIGINAL TAU.. SEGAR DARI LADANG 

~Kak Jannah~
Kenapa beli sampai 2..kan membazir 
~mana ada membazir la..tu maknanya boleh dengar di mana-mana saja 

~Kak Diana~
Nak pinjam..nak burn kat CD 
~ha ni tak boleh...kalau nak dengar jom dengar sama-sama ok? :P

~Kak Kina~
Akak nak beli setem tu boleh? tawaran pertama RM10, tawaran kedua RM20, tawaran ketiga RM30 
~TAWARAN TIDAK DILAYAN SAMA SEKALI YE...SORI MADAM :p

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails