MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Showing posts with label JIWA KACAU. Show all posts
Showing posts with label JIWA KACAU. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Ada Masa Sihat Ada Masa Sakit... Itu Perkara Biasa

Maaflah sebab dah lama tak hapdated belog. Baru-baru ni aku diserang demam. Demam tu normal.. selalunya dalam satu rumah kalau dah sorang demam gerenti akan berjangkit pada ahli keluarga yang lain. Betapa kuatnya pertalian darah dalam sebuah keluarga. Kalau tak berjangkit pada ahli keluarga pun, kadang-kadang kawan se-opis, kalau tidak pun faktor cuaca atau persekitaran.

Ari tu masa nak bawak adik aku pergi amik ubat dekat Hospital Sultanah Aminah JB, tetiba ada sorang brader ni datang dekat kitorang. Time tu baru je nak lock kereta.

Brader : Makcik tolong saya makcik. Saya nak mintak derma ikhlas sebab saya kena rompak

Kitorang masa ni dah terpinga-pinga. Bio betul brader ni

Mak : Kena rompak?

Brader : Betul makcik, saya kena rompak semalam. Malam tadi saya tidur dalam surau dekat hospital ni. Habis semua beg duit dengan HP saya kena ambik

Aku : Awak ni orang mana?

Brader : Saya orang Negeri 9. Ni saya nak mintak tolong makcik dengan akak derma ikhlas dekat saya sebab saya nak beli tiket buat balik kampung. Ni bukti laporan polis saya

Aku dengan mak aku bagi lah duit sikit dekat brader tu. Maybe betul kot dia memang kena rompak. Tapi masa tu dia ada pegang beg balik kg. Maybe perompak tu just ambik wallet dengan HP dia je kot. Then kitorang terus jalan, aku sempat lagi toleh kat brader tu, tengok masa tu dia cium duit tu & ucapkan syukur.

Dalam hati aku seronok sangat sebab dapat tolong orang. Terdetik jugak dalam hati kalau-kalau aku berada kat tempat dia macam mana agaknye ye... ish mintak dijauhkan...  

Esoknya aku pulak berjangkit demam dari adik aku. Melepek gile-gile. Last aku demam aritu 9/9/2011. Time demam tu lagi dasat. Aduhh dokte terbagi ubat yang tak sesuai dengan aku. Sabar jelah. Baru berapa minit aku makan ubat ni terus mata aku jadi bengkak. Terkejut aku. Terus mintak cuti then pegi wat check-up dekat klinik kerajaan. 

Rupa nya memang betul aku alegik dengan ubat ni. Dokte cakap ubat yang aku dapat tu sebenarnya ubat untuk demam otot. Ciss tak guna betul lah... bahaya beb kalau tersalah makan ubat. Lagi-lagi bila dos dekat ubat tu tak sesuai dengan kita. Kadang-kadang boleh bawak mati tau.. Ish mintak dijauhkan


Sebenarnya macam banyak lagi yang aku nak story. Tapi memandangkan hari ni aku penat & kebantutan idea so aku nak stop dulu. Lain kali aku sambung cerita oke ye..

Ok Bye!




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, January 10, 2012

Aku Ado.. Kau Adoo?

Jiwa & perasaan seorang blogger

1) Aku banyak menda nak tulis tapi aku tak tau nak tulis macam mana... Kalau merepek & panjang sangat.. ada ke orang yang nak baca? 

2) Nak letak gamba je tapi tak nak tulis apa-apa? Eh kau ingat ni buku bergamba untuk budak-budak kecik yang tak tau baca ke?

3) Nak cerita pasal.. Diri sendiri? Family? Kawan-kawan? Isu semasa? Percintaan yang sangat jiwang-jiwang? Makanan? Eh suka hati aku lah!!!

4) Nak BACA & FOLLOW? Mestilah boleh... I loike beb!!!!... kan memang belog ni untuk dibaca... tapi kan.. kalau dah baca tu baca jelah... boleh tak jangan nak kecoh-kecoh sampai satu dunia tau... wa bingit jugak lah kan kadang-kadang... Adeh!!!

5) Sebenarnya tak semua apa yang ditulis dalam belog ni meliputi semua hal.. masih ada perkara-perkara penting yang wajib disimpan.. eh beb tak kan cerita dalam kain pun nak publish kat dalam belog kan... agak-agak lah!

6) Memang seronok sebab kita tau kita ada followers & silent reader. Tapi kenapa ye.. pergi mana-mana... buat apa-apa.. akan ada suara-suara sumbang.. Maksud aku orang yang suka nak bertanya dengan cara nak memerli.. Nak updated dekat belog la tu! Eleh sikit-sikit belog... belog belog belog.. bukan best sangat pun belog kau tu. 

7) Eh eh.. kan mak dah cakap tadi tak semua bende mak nak hapdet & nak story dekat belog!!! Kau tak nak baca dah lah tak payah nak sound-sound sangat lah! Adeehhh tolonglah fahami sikit jiwa & perasaan blogger macam aku nih!!!  

Oklah Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, June 12, 2011

Gile Siot.. Bad Day.. Argh!!!!!!!!!!!!!!!

Bulan ni memang bulan aku.. apa yang aku buat semua tak kena.. aku memang dah agak suatu hari akan tiba jugak hari tu... Kawan-kawan lain dah jadi mangsa.. sekarang giliran aku... Ye giliran kau Leezack.. Gile-gile aku kena tiaw.. Ya Allah malunya aku... Aku ni manusia yang ada perasaan.. Aku tak boleh berlagak kuat depan orang padahal aku bukan orang yang jenis macam tu.. 

Aku dah cuba buat yang terbaik.. aku dah jalankan tangunggjawab aku dengan sebaiknya tapi... entahlah.. cakap salah tak cakap lagi lah salah... Aku redha je dengan apa yang bakal berlaku lepas ni. Semoga Tuhan beri kan aku kekuatan.. Semoga pintu rezeki aku akan lebih terbuka luas.

Kepada orang itu semoga dia bahagia & selesa dengan apa yang dia dah ada sekarang. Tuhan lebih mengetahui segala-galanya... Sesungguhnya pangkat & kemewahan tak akan bawa seseorang itu kemana-mana.. Kepada yang kaki-kaki ampu.. tolonglah.. kau ingat kau mengampu satu hari nanti kau tak kena macam apa yang kami semua kena.. please lah jangan cuba nak jadi hipokrit.. 

Jangan sesekali nak menghalang atau cuba nak tutup periuk nasi orang. Sekali kau buat pada orang selama-lamanya orang yang teraniaya itu akan ingat segala dosa kau pada dia. Kalau orang yang teraniaya tu tak maafkan dosa kau buat selama-lamanya macam mana? Ingat.. kita ni insan kerdil.. sangat-sangat kerdil di sisi Allah.. Jangan nak tunjuk baik depan orang bagi alasan kau bekerja kerana Allah... Satu je kau kena ingat.. orang yang baik tak kan mengaku diri dia baik... 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, April 29, 2011

Siapakah Gerangan Kau Wahai Lelaki?

Masa aku berhenti kat traffik light merah pagi tadi.. time tu OTW nak pergi kerja. Sedang mata aku duk melilau tengok kereta-kereta yang lalu lalang tiba-tiba mata aku tertumpu dekat sorang mamat motor nie. Elok je dia berhenti senget kat depan orang-orang yang naik motor kat situ. Aku tengok mata dia macam tengok kat aku. So dengan rasa pemurah dengan senyuman aku senyum lah dekat dia. Lepas tu mata aku melilau-lilau lagi tengok kenderaan yang lalu lalang kat situ.

Mata aku tertoleh lagi dekat dia. Alamak mamat ni macam tengok kat aku je.. Masa tu dalam hati, Aku yang perasan dia tengok kat aku ke ataupun dia memang betul-betul toleh kat aku? Aku dah serba-salah gila time tu... Bila pulak lah traffic light ni nak tukar kaler... Aku berani kan diri tengok dia.. aku tenung dia... Eh aku macam kenal mamat ni... rupa-rupanya orang yang aku memang selalu terserempak dengan dia time aku nak pergi kerja ataupun time aku nak keluar gi mana-mana.

Selalu jugak aku nampak dia.. tiap kali terserempak, time tu mesti dekat dengan lorong rumah aku. Aku kompem dia mesti duk berjiran dengan aku.. tapi sorry.. aku terus-terang memang aku tak tau nama dia. Rumah dia pun aku tak tau dekat mana. Tiap kali terserempak... time tu mesti aku dah masuk dalam kereta.. die akan follow dari belakang TAPI hanya sampai dekat traffic light depan rumah je.. lepas tu dia kompem akan main-main lampu... bila dah sampai depan lorong terus dia pecut laju..

SERIUS BEB... jangan lah buat macam tu.. kalau kau nampak aku kau tegur jelah.. tak yah lah senyum-senyum macam tu..serius aku seram..kalau kau tegur mesti aku tegur kau balik.. aku bukan seorang yang pemakan orang 

Aku tak makan orang.. tapi KFC aku makan.. hingga menjilat jari
^ _________ P 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, April 24, 2011

Adeh.. Kenapalah Cuai Sangat

Kejadian berlaku pada 21/4/2011 yang lepas. Lebih kurang pukul 9 malam...



Uwaa.. sungguh aku sedih... aku pun tak perasan yang aku bawak ke tepi sangat. Ni semua gara-gara nak mengelak daripada jalan yang dah rosak. Dahlah gelap, takde lampu jalan pulak tu. Disebabkan nak mengelak lubang-lubang tu, aku bawak lah ke tepi sikit... aku memang tau kat situ ada tembok. Tapi betul-betul nak jadi punca. So dengan bangganya aku pun terlanggar tembok tu. Bawak slow gila pun boleh pecah sampai macam ni sekali. Agaknya kalau aku bawak laju gila ntah dah jadi apa dah dengan kereta kesayangan aku ni.. Aduyaiii... Uwaa... nak nanges :(

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, April 16, 2011

Hepi Besday Dearest Dia Juga Teman, Mengerah Keringat, Selamat Tinggal Kawan & Dot Dot Dot

Mood hari ni bercampur baur. Dari semalam aku rasa hangin je satu badan.. sebenarnya susah kita nak tafsir perangai manusia. Ada yang begitu, ada yang begini. Bak kata orang-orang tua.. rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Cuma zaman sekarang rambut dah tak hitam.. semua berkarat... hati pun jadi karat jugak :P 

Banyak & banyak sangat kejadian. Lepas satu, satu perkara yang berlaku. Semakin hari kita semakin mengenali apa itu erti kawan & juga lawan. Semakin hari kita menjadi matang dan dapat menilai apa itu kaca, apa itu permata. Semakin hari kita semakin terjebak dalam rencah permainan politik.. dan semakin hari berlalu semakin banyak perkara yang kita pelajari. Samada ianya akan menjadi kenangan, pembelajaran juga iktibar di masa hadapan.

15/4/2011.. 

~ Hari ini merupakan hari lahir 2 orang yang sangat istimewa. SELAMAT HARI LAHIR BUAT KALIAN BERDUA. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI & DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA HAL. AMIN

BUAT SITI NURHAYATINA BINTI YAACOB
< Semoga selamat melahirkan baby yang ke-2 ni. Lepas ni jangan lupe buat baby banyak-banyak lagi oke hehehe ( eh boleh ke bagi ucapan macam tu "____ " ) >

BUAT DEAREST DIA
< Tak de ucapan nak bagi hahahha (kejam kau leezack :P) >

Ni gambar masa celebrate besday last year.. tadi punya gambar tak masuk kom lagi :P

~ Peh letih satu badan bila kena kemas dokumen kat dalam stor. Ini semua gara-gara mau audit punya pasal. Berhari-hari, berminggu-minggu masuk berbulan-bulan kemas stor.. dan akhirnya... yess!!! stor canggih dah bersih.... siap boleh menari-nari kat dalam tu ""__ "" 



3 gambar kat atas ni time dokumen berlambak lagi kat dalam stor... tengok muke masing-masing.. berkilat-kilat. Wat goreng pun sodap ngeh ngeh

Bukti kami boleh menari cha-cha lepas siap kemas semua sampah-sampah.. eh dokumen-dokumen itu (cover line bagi ayat sedap sikit didengar hehehehe) ... yieehaa :P 

~ Waktu yang tidak mahu tiba dah tiba jugak akhirnya.. dua orang, orang kuat kat opis aku last day hari ni. OMG mereka berdua ni merupakan orang-orang kuat jugak lah kat dalam opis aku tu & merupakan staf-staf lama... Tapi nak buat macam mana, masing-masing punya hala tuju masing-masing. Kemungkinan jugak staff lama dah tak penting lagi kot... (ayat pasrah huhuhuhu). Sangat-sangat sedih sebab diorang dah berenti tinggal lagi berapa kerat je staff lama yang tinggal... :(

BUAT KAK ART & KAK LINA
< Yang Indah Itu Pertemuan,
Yang Manis Itu Kemesraan,
Yang Pahit Itu Perpisahan,
Yang Tinggal Hanyalah Kenangan >

I ALWAYS LUV BOTH OF U.. KEEP IN TOUCH... SABAR KERANA SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK NYA

KHAS UNTUK KAMU BERDUA

Wif Kak Art...
Gambar ni kalau tak silap tahun 2006... buruk gile muka aku.. hahahaha.. eh jangan gelak.. aku gelak tak pe :P


P/S : Hanya dalam satu hari pelbagai peristiwa boleh berlaku. Oleh itu hargailah masa yang kita ada kerana setiap saat yang berlaku itu lah perkara yang paling berharga. 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, April 5, 2011

Mudah Tak Untuk Kita Memaafkan Orang Lain?

Semalam mood tak berapa oke.. hari ni oke hahaha.. berlaku sedikit kemisunderstandingan antara aku dengan makcik dayah... kelmarin dia mintak tolong aku bawak jemu.. eh salah.. JMU :p. Aku dah bitau dia yang aku takut tak sempat nak pick up dia kat umah sebelum pegi keje. Almaklumlah kalau time nak pegi keje time tu tak kelam-kabut memang lah tak sah huhuhu. Antara kesilapan yang berlaku ialah.. aku cuma sempat beritahu yang aku takut tak sempat nak pick up dia.. 

Esoknya.. kunun-kunun rajin lah kan nak wat sarapan sebelum gi keje... Hp macam biasa dalam mode senyap dan tiada getaran. Siap punya siap.. baru nak capai sarapan... mata terpandang jam... alamak dah pukul 8.50 pagi.. ambik kau.. dah start dah kelam kabut. Tak sempat nak sarapan... uwaa :) Aku capai handbag.. capai Hp..   

Time tu aku perasan banyak gile miscal ngan mesej.. alamak tak sangka pulak aku makcik dayah tunggu. Aku nak mesej kredit takde... adehh... apa lagi.. aku rempit r gi umah dia.. sampai-sampai peh bingit.. orangnya dah pegi pulak.... tensen!!!!!!!!!!!

Sampai ofis mood dah hilang tahap maksimum... tensen beb... dengan Hp takde bateri.. peh bikin gua panas je huhuhuh.. Dalam pukul 2 lebih macam tu (lepas lunch time). Akak yang kat recept panggil aku turun bawah. Dah lah tak de mood ni... paksa-paksa orang turun pulak.. ish... 

Eh terkejut pulak ada orang bagi bunga siap dengan coklat lagi oke... hati dah berdebar 'adakah aku punya secret admire' hahahah.. perasan tak boleh blah :P.. sekali aku bukak kad.. 

i'm sorry...
from : daya & zeera..

Eleh.. nak pujuk lah tu konon hahahah.... kelako r dorang ni... macam nak pujuk boyfriend lah pulak kan... hati baru nak berbunga-bunga.. yelah mana lah tau kot-kot ada peminat misteri yang malu nak cakap suka kat aku hahahah... rupe-rupenya dorang yang bagi... ceh :P.. 

Anyway thanks a lot kat korang sebab sudi bagi bunga n coklat tu kat akak ye... lain kali nak merajuk lagi lah... boleh dapat hadiah lain pulak.. ngeh ngeh (gelak jahat)





Rasa macam minah kuntum bila pegang-pegang bunga macam ni.. awww :P

P/S : Sangat-sangat tak boleh blah bila ada budak ofis yang cakap dengan penuh rasa eksited... "wah akak bestnya dapat bunga dengan coklat... bunga 3 kuntum pulak tu... siapalah agaknya yang bagi kan " Apa kau ingat aku ni artis, sampaikan ada peminat misteri yang nak bagi aku bunga?.. hahahah.. pelawok pelawok :P



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, March 29, 2011

Tiada Tajuk...

Di dalam kehidupan penuh dengan emosi.. rasa sakit, pedih, gembira, duka, sebak, syahdu... Pelbagai rasa dalam diri, pelbagai warna dalam hidup. Hidup umpama roda.. adakala kau di puja.. diri di sayangi.. bila kau jatuh ke bawah.. kau di pandang hina.. tiada siapa yang ingin memuliakan kau seperti mana ketika waktu kau berada di puncak kemegahan.

Hidup hanya sekali... pandang ke hadapan... jadikan hadapan itu satu impian satu cita-cita... kejarlah hadapan itu dengan penuh rasa upaya... sesekali toleh juga ke belakang.. apa yang ada di belakang jadikan sebagai pedoman... jadikan sebagai pengajaran...

Jika inginkan warna ceria perlukan sedikit coletan warna suram. Jika inginkan keindahan perlukan sedikit kepahitan. Jika inginkan kesempurnaan perlukan sedikit cela. Saling berbagi itu penting.. Hiasi diri, sayangi jiwa..



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, March 27, 2011

Aduhai Wahai Selsema... Dah Berhari-Hari Kau Bersama Aku.. Tolonglah Jauhkan Diri Kau Dari Aku Sekarang......... Accchummmm

Aduyai.. terasa lemah tenaga batin.. eh bukan bukan :P diri terasa sangat-sangat lemah bila diri dilanda selsema. Adeh.. dah dekat seminggu kena selsema.. batuk.. sakit tekak. Ubat selsema dah makan, panadol soluble dah makan... tapi tak jugak ok-ok


Achummmmm....



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, March 9, 2011

Hati Manusia Memang Sukar Untuk Dijangka & Sangat Sukar Untuk Dibaca

Malam yang mendamaikan.. Namun begitu hati tak sedamai itu.. peh statement tak boleh blah heheheh... Sebenarnya aku tak faham dengan segelintir sikap manusia nie. Kadang-kadang luaran kita tengok die baik je tapi dalaman mak oit... tuhan jelah yang tau.

Aku tak delah nak cakap sesiapa cuma setiap perkara yang dah berlaku walaupun bukan pada aku tapi pada kawan-kawan aku membuatkan aku terfikir... kenapalah manusia ni sebegitu... Tapi tu lah di namakan manusia.. rambut sama hitam tapi hati lain-lain (walaupun zaman sekarang dah tak ramai rambut kaler hitam :P) 

Orang-orang yang macam ni kita akan tau perangai sebenar dia bila kita rapat dengan dia. Yelah kalau orang yang tak pernah rapat mestilah tak kan tau perangai dia hantu tak hantu :P & kita yang dah tau perangai die tu tak payahlah nak cerita-cerita kat orang...tak baik menjatuhkan air muka orang sampai tergolek-golek kat longkang... berdosa tau.. diam-diam je sudah... cuma kita sebagai kawan perlu doakan je dia supaya dia berubah. Amin...

P/S : Jangan tersalah pilih kawan... jangan pilih semata-mata pada muka sebab muka yang cantik / encem / comel / menawan & yang sewaktu dengannya hingga akhirnya memakan diri sendiri. Nak kawan tak salah cuma patut berpada-pada.. renung-renungkan & selamat beramal... peace!!!!




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, October 18, 2010

Cinta Pertama

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum-senyum.

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, August 6, 2010

Blurrr

Tolong... semalam i tido kul 2 am.. kelmarin i tido kul 3 am... i sangat-sangat blurr masa ni... otak senoneng gile... mata terasa layu... kepala rasa berat... 

Tak tahu nak tulis ape... skang ni i nak kemas leptep... tutup lampu... tido puas-puas.. semoga esok bangun pagi nak gi keje kembali segar macam baru kuakan buah dari dalam peti ais... hahaha tetibe :P 

Bye all i nak membute huhuhu



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, July 19, 2010

Hanya Kata Dalam Hati

Pena ingin menari... jari ingin mendengarkan pelbagai irama.. minda berputar dengan pelbagai isu & cerita.. di hati hanya mampu melontarkan kata-kata yang tak bisa diluahkan.. jiwa memberontak.. perasaan bergelora..

Kepala hanya berfikir apa yang telah berlaku sedang berlaku & akan berlaku.. Jiwa ada kalanya tak tenang.. Otak menjadi kacau bilau.. 

Oh Tuhan.. semua ini adalah dugaan yang telah kau berikan.. 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, July 15, 2010

Apa Itu Cinta..

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum-senyum

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, June 17, 2010

Mata Oh Mata

Aduyai..

Selagi jam tak tunjuk pukul 2am selagi tu lah mata ni tak mengantuk..

Tolong.. tolong i nak tido...

Eh jam dah menunjukkan pukul 2.05 am.. mata i pun dah berat semacam dah ni

Nak tido dulu... moning all :P

P/S : Nak mimpi Faizal Tahir... bluwekk.. perasan tak sudah :P




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, June 5, 2010

Adess.. Banyaknye Saman Aku...

31/5/2010 tepat pukul 6.20 ptg..

I kena saman.. aduyai... tensennya.. ni semua gara-gara i cross kat laluan jalan sehala.. masa tu lepas ofis hour.. macam biasa tiap kali nak pegi jusco i akan lalu kat jalan tu.. lebih mudah & cepat.. bukan i je yang akan lalu kat situ tapi sesape yang tempat keje die berhampiran dengan ofis i pun akan lalu kat jalan tu jugak.. susah nak explain kat u all macam mana laluan nya.. ok tak pe.. tutup mata & bayangkan je ye :P

Sebelum tu macam biasa i akan pastikan takde kenderaan yang lalu kat situ.. tapi masa tu kawan i dah cakap kat i.. " eh macam ada polis je tu tengah saman motor " i dah kecik-kecikkan mata i dah tengok betul ke tak ade polis kat situ.. (walaupun pakai spek :P)

Bila i dah pasti polis tu tengah khusyuk saman orang.. i pun dengan selamber dek nye melintas.. konon-konon polis tu tak perasan (i perasan tere huhuh) betul-betul nak amik tiket paking tetibe..

"alamak... polis ni ikut kita lah" muka i dah gabra gile dah... tapi masih tetap teruskan perjalanan.. turun masuk ke kawasan parking dengan selambernye..

2 orang abang polis tetap follow i sambil idup-idupkan lampu kat motor die mintak i berhenti.. "adeh en polis ni aku tau lah nak benti" i membebel.. telinga kawan i yang jadi mangsa huhuhu

Kat kawasan parking tu kete i dah kene blok dengan motor 2 orang abang polis... i bukak tingkap.. "lesen & ic please" i bagi pastu abang polis tu mintak i keluar.. gi kat motor die..

I keluar  dengan muka tensen gile... i tengok kawan i duduk dalam kete sambil makan keropok... cit.. huhuh. Soalan yang ditanya oleh abang polis..

" Tau tak salah awak ape.." " Tau.."
" Keje kat mana?" "Dekat situ je.."

I ambil surat saman lepas tu terus i blah dari situ..

Esoknya i cek saman i melalui sms.. 

- Speeding RM300
- Traffic Obstruction RM30 

Aduyai... tak sangke banyak jugak saman aku ni... 

Cek Saman : 
Taip PDRM < ruang> NO IC hantar ke 37773
atau


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, May 25, 2010

Penuh Kepura-Puraan

Dunia..
Penuh dengan lakonan
Penuh dengan  drama
Penuh dengan kepura-puraan

Manusia..
Penuh dengan hipokrasi
Penuh dengan rasa benci
Penuh dengan  rasa iri hati

Aku..
Berada di tengah-tengah dunia juga manusia
Dihimpit dengan penuh rasa di jiwa
Bergelodak membara & membakar
Tetap bertahan & terus bertahan

Diri..
Dikhianati
Kelemahan diri dijadikan alasan
Lemah dijadikan punca

Hubungan..
Kegelapan membawa gelapnya
Kesuraman membawa suramnya
Tawar semakin kuat
Pedih semakin hebat

AKU BENCI DENGAN SEMUA DRAMA INI!!!!



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, May 7, 2010

Kenapa Jadi Begini

Sejak akhir-akhir ini i punya moral sedikit down.. rasanya dah takde keluar huha dengan kawan-kawan. Gelak ketawa macam dulu. Kenapa ya? i sendiri tak pasti. Banyak perkara yang i lalui sejak akhir-akhir ni. Bagi i kawan bukan segala-galanya untuk i. Kawan untuk ketawa memang senang kita nak cari. Bila kita nampak orang lain tengah ketawa, mesti kita pun akan ketawa sama betul tak.. kadang-kadang kita yang tak tahu hujung pangkal cerita pun boleh tergelak sakan.. join sama.. nak ada je :P 

Kawan bila kita bersedih / ketika kita susah memang sukar untuk kita cari. Semua orang pun tahu pasal benda ni. Kalau kita tengok seseorang tengah bersedih.. pernah tak kita bersedih sama dengan mereka? Selalu yang ada di fikiran.. gaduh dengan suami / bf / gf ... itulah minda orang-orang kita (i pun termasuk dalam golongan itu jugak) so bermakna i jadikan diri i sebagai apa yang i lihat di keliling i
Keadaan sekeliling  / Input / Output yang diperolehi saban waktu ada kalanya akan mempengaruhi  minda & diri kita dalam mencapai kejayaan. Adakalanya juga kata hati / perasaan sendiri mampu mengubah cara hidup kita. Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, April 16, 2010

Penantian 1 Penyeksaan

Penantian itu satu penyeksaan.. u all sokong tak dengan pepatah ni? i memang 100% sokong. I memang paling tak suka menunggu orang. Biarkan orang yang tunggu i.. tu tak pe huhuhu.. jahat tol :P Bagi i bukan tak boleh langsung nak tunggu tapi berpada-pada lah kan. Kalau kena tunggu sampai 2 3 jam, sape pun akan meyirap tol tak.

Bak kata orang-orang tua, lembu berpegang pada talinya manusia berpegang pada janjinya. U all nak ke jadi macam lembu? Sentiasa kena ikat kat tali.. mesti tak nak kan? So kalau rasa manusia kenalah berpegang  pada janji.

Pernah dulu masa zaman muda-muda (muda skit r dari sekarang ~ngee) I ade lah wat janji ngan kawan i ni. peh nak menunggu die punya lah berejam.. i sampai kat umah die, die leh rilek je bukak pagar ngan pakai baju tido (i bukan nak citer pasal baju tido die tu seksi ke tak k huhu) tu maknenya die tak mandi lagi lah..

Masa tu darah dah naik kat kepala, hantu dah masuk ke seluruh badan i, i mengamuk kat situ jugak.. (dasat kan? sape leh bayangkan i mengamuk hahahaha) U all agak-agak i macam hulk ni tak hahaha


Pas i marah-marah die tu i tak rasa bersalah pun.. lagi rasa puas adalah :P bes pe kan sekali-sekala marah kat orang hahahah...Kepada sesape yang selalu kena marah tu cubelah sekali-sekala marah kat orang. Mesti rasa bes gile hahaha (gelak setan :P)



P/S : i pun selalu jugak wat orang tunggu i hehehehe :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, April 11, 2010

Impian, Cita-Cita & Harapan

Beberapa hari yang berlalu ini, otak i pening dan serabut memikirkan tentang sesuatu perkara. Ianya tentang masa depan. Adakah kehidupan selepas ini akan berlalu dengan kemewahan.. kesenangan & kegembiraan yang berpanjangan ataupun sebaliknya? I sendiri pun tak pasti. 

Setiap orang akan berharap dapat mengubah kehidupan sekarang menjadi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Bagi yang dah kahwin, nak kan keluarga yang bahagia dengan adanya anak-anak & kehidupan yang selesa hingga ke hari tua. Bagi yang belum berkahwin.. selagi belum tiba masa untuk berkahwin mesti impian mereka selain berumah tangga ialah untuk membantu keluarga. Itu merupakan salah satu cara untuk membalas jasa mereka yang pasti tak akan dapat kita balas sampai bila-bila.

Tersangat sukar untuk seseorang membuat keputusan..tak kira lah dalam hal yang betul-betul menguji kita ataupun sekadar dalam hal yang remeh-temeh

Diharap keputusan yang i ambil ini betul..

Ya Allah bantulah hambamu ini & semoga kau permudahkan segalanya.. Amin..


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails