MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Wednesday, March 9, 2011

Hati Manusia Memang Sukar Untuk Dijangka & Sangat Sukar Untuk Dibaca

Malam yang mendamaikan.. Namun begitu hati tak sedamai itu.. peh statement tak boleh blah heheheh... Sebenarnya aku tak faham dengan segelintir sikap manusia nie. Kadang-kadang luaran kita tengok die baik je tapi dalaman mak oit... tuhan jelah yang tau.

Aku tak delah nak cakap sesiapa cuma setiap perkara yang dah berlaku walaupun bukan pada aku tapi pada kawan-kawan aku membuatkan aku terfikir... kenapalah manusia ni sebegitu... Tapi tu lah di namakan manusia.. rambut sama hitam tapi hati lain-lain (walaupun zaman sekarang dah tak ramai rambut kaler hitam :P) 

Orang-orang yang macam ni kita akan tau perangai sebenar dia bila kita rapat dengan dia. Yelah kalau orang yang tak pernah rapat mestilah tak kan tau perangai dia hantu tak hantu :P & kita yang dah tau perangai die tu tak payahlah nak cerita-cerita kat orang...tak baik menjatuhkan air muka orang sampai tergolek-golek kat longkang... berdosa tau.. diam-diam je sudah... cuma kita sebagai kawan perlu doakan je dia supaya dia berubah. Amin...

P/S : Jangan tersalah pilih kawan... jangan pilih semata-mata pada muka sebab muka yang cantik / encem / comel / menawan & yang sewaktu dengannya hingga akhirnya memakan diri sendiri. Nak kawan tak salah cuma patut berpada-pada.. renung-renungkan & selamat beramal... peace!!!!




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

1 comment:

sueRAFE said...

betul faktor salah pilih kawan tulah yang paling bahaya.

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails