MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Showing posts with label CERITA LAWAK. Show all posts
Showing posts with label CERITA LAWAK. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Bulu..

Saya ada berkenalan dengan seorang awek ni melalui telefon.. tak pernah jumpa.. berhubung hanya melalui telefon & mesej je.. Satu hari kitorang keluar dating... Dalam pada tengah drive sempat lagi saya sekodeng kat awek tu. Muka boleh tahan... badan solid... Dalam hati saya dah rasa berbunga..

Tetiba dia cakap dengan saya nak ikat rambut...  Saya cakap oklah.. then saya berhentikan kereta dekat tepi jalan. Bergoyang-goyang kereta masa dia tengah ikat rambut dia tu. Tetiba saya tergerak hati nak toleh tengok dia ikat rambut.

Semasa saya menoleh.. mata saya terpandang sesuatu... Mak Aii!!!!! Apa tu???? 

Dalam hati saya mengucap panjang. Masya Allah bulu ketiak rupenya... Almaklumlah perempuan zaman sekarang ni suka sangat pakai baju yang lengan terbukak-bukak ni. Esoknye awek tu mesej-mesej saya, saya buat donno je. Mesti dia tertanya-tanya kenapa saya terus tak nak layan dia. Malas saya nak layan awek kempro macam tu. (Kempro maknaya selekeh)

Tepuk dada tanya lah selera ^___^

**Sebenarnya aku dengar cerita ni dari caller HOTFM pagi tadi.. Nak pecah-pecah perut aku dengar cerita dari mamat tu. Ditambah-tambah pulak gelak dari Fafau. Memang lawak sungguh jadinya. Oleh sebab teringat-ingat cerita tu ni yang aku terjemahkan dari bentuk tulisan ni. Harap-harap lawak tu sampailah ye.. Kalau tak sampai jangan mare pulak hikhik

Ok Bye! 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, April 25, 2011

Tak Sangke Adek Aku Glemer Sampai Kene Kejar Dengan Warga Asing :P

Hoolaa.... beberapa hari yang lepas, masa aku amik adik aku balik kerja, macam biasa dia semangat waja bercerita pasal kisah kat tempat kerja. Selalunya kalau die cerita aku buat bodo je.. hehehe almaklumlah aku kan pendengar yang baik sebab tu masa die cerita aku takde respon.. ups " ____ " Tapi kali ni cerita dia macam best sikit. 

Cerita die lebih kurang macam ni. Die kerja sebagai promoter kat Lovely Lace. So macam biasa kalau dah kerja promoter kenalah ringan mulut nak berbual dengan customer. Lagi-lagi bila tempat kerja die tu jual barang-barang hadiah untuk kapel-kapel. So konon-konon die nak tolong lah customer ni cari barang untuk makwe die. Agaknya adik aku ni terlebih peramah kot sampaikan orang tu boleh tersangkut kat die ngeh ngeh.

Eh lupa pulak nak beritahu, customer ni seorang lelaki yang hensem jugak la (adik aku cakap) sebab dia orang Iran. Dia ni student kat UTM (tak tau la betul ke tidak, tapi adik aku cakap die memang ade kad student) Masa hari first die datang ingatkan memang betul-betul nak beli barang untuk GF.. tapi tak sangke pulak hari esok, esok dengan esoknya dia asik datang je kat tempat kerja adik aku tu. Ish.. sungguh-sungguh seram oke.. 

Dan yang paling-paling tak sangka, masa 24hb hari tu, masa aku nak amik adik aku balik kerja aku tengok dia bawak balik beg besar.. rupa-rupanya dapat hadiah... wow romantik oke :P

Bunga 1

Bunga 2 

 Bunga 3

 Amboi tak cukup dengan bunga siap dapat hamper chupa chups lagi.. mak aihh

 

Adik aku cakap bunga yang dia terima tu dia dapat satu persatu... tapi dalam hari yang sama. Kirenya dalam hari tu asik muka dia je lah dapat bunga. Siap plus dengan hamper chupa chups lagi.. peh romantik gile lah pulak kan :P...

Hari ni rasanya adik aku dah cakap kat dia yang dia tak boleh terima mamat tu. Alhamdulilah mamat tu boleh terima dengan hati terbuka. Almaklumlah umo baru masuk 18 tahun. Lebih baik dia fikir pasal nak sambung belajar daripada fikir benda yang tak berfaedah macam ni kan. Yang lebih penting bagi akak dia ni ha lepas dulu ngeh ngeh :P

P/S : Perlu berhati-hati dengan orang yang kita tak kenal... Kalau tak suka, perlu terus terang dengan cara yang elok supaya tidak menyakitkan hati si dia. Renung-renungkan & selamat beramal " ______ "


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, July 25, 2010

Terbang La Burung Terbang

Sepasang teruna dan dara sedang berkasih kasihan di bawah sebatang pokok bambu di tepi sebatang sungai. Tiba-tiba melintas seekor burung dan sebuah kapal terbang. Si dara pun bertanya pada kekasihnya


Dara : Bang Ayu nak tanya, kalau abang pandai apa beza burung dengan kapal terbang?


Teruna  : Oh kapal terbang dibuat daripada besi, burung daripada rangka ada bulu-bulu


Dara : Salah..


Teruna : Burung boleh makan, kapal terbang tidak


Dara : Lagi salah


Teruna : Burung hidup, kapal terbang mati


Dara : Sangat lah salah. Teruna terus menjadi marah kerana terasa diri diperbodohkan oleh Dara lalu bertanya pula


Teruna : Kalau kau tahu apa jawapannya


Dara : Begini.. kapal terbang kalau naik semakin tinggi semakin mengecil, burung pula kalau naik semakin lama semakin membesar.. hehehe

Teruna : Cis!!!


P/S : Lawak ni i dapat daripada emel yang dihantar oleh kawan i.. burung yang semakin membesar tu tak tau lah burung apa ye hahaha




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, May 8, 2010

Bila Rasa Nak Kapel

Hehehe tajuk tak boleh blah.. ciplak dari entry blog seorang blogger. Sebenarnya baru kejap tadi i baca blog dia. Best pulak entry dia kali ni.. bila baca entry die sedikit sebanyak i teringat pada pakcik i. Pakcik yang muda & encem (ceh kalau dia tau ni mau tak kembang kuncup lak idong dia :P) 

Kata-kata dari blog dia 'bosan kn entri ni..saje je cerite' tak bosan lah.. serius bes heheh (mengampu lah pulak kan konon-konon dapat adiah.. :P) 

Kalau u all nak baca entry die silalah klik kat link ni ye :



Kes pakcik i tu berlaku dah lama sangat. Tak ingat lak kurun keberapa hehehe. Cuma yang paling i ingat masa tu bulan puasa. I dengan pakcik i gi bazar ramadan kat KL.. (nama tempat pun dah lupa :P) Beli punya beli tak sedar dah nak masuk waktu berbuka. Kitorang rushing masuk dalam KFC Pekerja kat dalam tu tengok badi je kat kitorang. Almaklumlah bawak makanan banyak gile daripada luar tapi dok menumpang kat tempat die :P

I malas nak balas renungan makcik tu, i gi r beli air (tujuan nak cover line sikit at least ade jugaklah makanan yang bertanda KFC kat atas meja tu hahaha). I duduk mengadap pakcik i. Masa duk syok makan tetibe pakcik i cakap kat i

Pakcik : Ade awek cun r kat belakang ko.. mintak kan no tipon die untuk aku (sambil wat muke kesian)

I : Ala malas lah.. ko mintak lah sendiri (tak tengok muke die pun.. tetap teruskan makan dengan lahapnye.. ish buruk perangai tol :P)

Pakcik : Plizz.. (muka kesian tahap maksimum) 

I : Malu r nak mintak.. aku ada idea, ko baling je apa-apa biar terkena kat badan die nanti mesti die toleh tengok ko (sambil teruskan makan)

I tak tau apa yang pakcik i baling masa tu, tiba-tiba je i dengar bunyi dan terus i toleh ke arah meja budak-budak tu. Yang paling malang sekali benda yang die baling tu nyaris termasuk dalam makanan dorang.. Ape punye pakcik daa.. memalukan sungguh. Cube u all bayangkan kalau pakcik i baling tulang ayam lepas tu terus termasuk dalam mulut dorang yang tengah rancak berbual tu.. apa jadi? kompom dengan i sekali tido dalam lokap malam tu... ish ish

Ingatkan cerita habis macam tu je, pakcik i dengan muka memang tak tau malu langsung selambe je tulis no telefon die kat tisu pastu bagi kat budak-budak tu

Pakcik : Jangan lupa telefon saya k (dengan muke romeo peringkat pertama)

Yang tak boleh tahan merah padam muka budak-budak tu hahaha.. (tapi i tau mesti dalam hati dorang bangga coz ada mamat encem ngorat dorang.. citt)



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 2, 2010

Baby-Baby Comey :P

Adoyai.. tak dapat bayangkan kalau i yang berada kat tempat baby tu.. mau nye demam seminggu :P
Comey bangat baby ni.. u all ingat orang besa je ada mandi wap? baby pun ada tau.. muat letak dalam teko je.. save cost :P
Grr.. comey gilez.. rasa macam nak kidnap due2 sekali...
Omak ko... tak kuasa eden ~ngee
Tak cakit punggung ke duk kat kusi tu dik oi huhuh
Agh... so cute lah kamoo.. sama macam i masa seumo ngan die hahaha
Sabar ye cik baby.. sama tak kan makan kamoo
Gambo ni paling i suke.. teringat masa kecik-kecik dulu... tengah tido mengigau.. bangun pagi tengok-tengok i tido sebelah pasu bunga hahahah.. nasib baik i tak masuk dalam pasu bunge tu.. mak i cume gelak kan je.. citt :P
Dasat jugak tengok dak ni.. masa i nak kena suntikan BCG dulu pun sama.. tapi i tak macam die ni.. i ok je... almaklumlah supergurl :P

 
Tengok gambo baby ni automatik teringat kat lagu MR BB.. 

MUZIK by FAIZAL TAHIR

JUSTIFIKASI KU
KOMPLIKASI KAMU
TIADA KOMPROMI 
PROPAGANDA

DUNIA BAYANGANMU
SEMPURNA SELALU
PENUH POLISI
DAN ILUSI

KELIRU... BUAT KAMU STRESS SELALU
BENARKAN KU JELASKAN
KEBENARAN

KENAPA SELALU SERIUS
DENGARLAH MUZIK
DENGARLAH MUZIK
TAKKAN KU JEMU
AKU.MUZIK.KAMU

KONKLUSI GENERIK
MEMBUNUH HARAPAN
MAHU BERSAKSI 
DUNIA BARU

RESOLUSI BASI
TAHUN JADI KURUN
GENERASIKU
REVOLUSI

DUA RIBU SEPULUH 
MENTALITI KUNO
MASIH BERTEKAK
SIAPA HANG TUAH

BAGAIMANA HARUS
MELUAHKAN SEMUA 
EDISI TERHAD
KOSA KATA

Kalau cite pasal bab potong rambut i tak penah lah pulak rasa sedih bangat cam dak ni heheh
Masa adik-adik i kecik dulu i selalu jugak buli dorang camni.. syhh jangan bilang kat dorang ye :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, April 19, 2010

Lawak Tak Lawak Sangat Lah :P

Arini sambil melayan tibi (ups televisyen aka tv :P) tetiba teringat lak kenangan masa zaman mude-mude dulu ~aww!~ ni kenangan yang boleh dikategorikan sebagai lawak jugak lah huhuuh..

Cerita 1 - Nampak bas, tahan bas, bayar tambang &.. alamak bas penuh le pulek.. so terpaksa berdiri dengan keayuan yang terserlah huhuhu.. pemandu pelancong ups pemandu bas membawa dengan cara tak berapa nak sopan .. sambil mata meliar memandang suasana di luar bas tetibe en drebar menekan brek.. kemudian suasana kembali pulih.. mata i tetibe terpaku melihat kawan i yang sedang terduduk kt dalam bas tu.. alamak malunye.. nak ngaku kawan ke tak ni ye? :P (sebenarnya i pun tak ingat sape yang jatuh terduduk tu.. i ke kawan i ye hahaah)

Cerita 2 - Nampak bas, tahan bas, bayar tambang eh belum sempat nak bayar tambang, masa kawan i baru nak melangkah masuk dalam bas tetibe kasut die tercabut lak.. hahhaha memang lawak gile ..i yang berada kat belakang dia kena tolong amikkan kasut die tu...tu lah sape suruh ko pakai kasut cam gitu ish ish

Cerita 3 - I ngan kawan i gi IOI Mall Kulai sebab nak teman die tengok KEFLI AF3.. Die yang minat kat kefli i pulak yang excited gile.. masa tu kami berada die tengah2 shopping mall tu.. betul2 depan stage tetibe i jerit nama kefli (peh memang xterbayang betapa kuat jeritan i tu sampaikan kefli atas stage boleh dengar) die tengok ke arah kami then i buat PRAAPPPPPPP (trademark kefli) tapi sekali salah buat daa hahah..(kalau nak tau boleh jumpe i nanti i tunjuk demo) :P

Cerita 4 - Kat kampung i ada kolam air panas, tapi i bukan nak cite pasal kolam air panas tu tapi kolam untuk kita cuci badan pas mandi kat kolam air panas tu. I gi kat kolam tu, duk kat tepi kolam pastu nyanyi sambil berangan. Tetibe i sedar i ada dalam kolam tu sebab lemas.. hahah ade ke orang lemas dalam kolam? orang lain memang xde tapi i ada ~ngee. Menjerit-jerit minx tolong, then pakcik i datang merangkap hero datang konon-konon nak selamatkan i.. ceh sebelum die selamatkan i ade ke sempat die kutip duit-duit yang berterabur kat dalam kolam tu? hampeh tol mentang-mentang lah kolam tu cetek je..:P





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails