MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Friday, April 29, 2011

Siapakah Gerangan Kau Wahai Lelaki?

Masa aku berhenti kat traffik light merah pagi tadi.. time tu OTW nak pergi kerja. Sedang mata aku duk melilau tengok kereta-kereta yang lalu lalang tiba-tiba mata aku tertumpu dekat sorang mamat motor nie. Elok je dia berhenti senget kat depan orang-orang yang naik motor kat situ. Aku tengok mata dia macam tengok kat aku. So dengan rasa pemurah dengan senyuman aku senyum lah dekat dia. Lepas tu mata aku melilau-lilau lagi tengok kenderaan yang lalu lalang kat situ.

Mata aku tertoleh lagi dekat dia. Alamak mamat ni macam tengok kat aku je.. Masa tu dalam hati, Aku yang perasan dia tengok kat aku ke ataupun dia memang betul-betul toleh kat aku? Aku dah serba-salah gila time tu... Bila pulak lah traffic light ni nak tukar kaler... Aku berani kan diri tengok dia.. aku tenung dia... Eh aku macam kenal mamat ni... rupa-rupanya orang yang aku memang selalu terserempak dengan dia time aku nak pergi kerja ataupun time aku nak keluar gi mana-mana.

Selalu jugak aku nampak dia.. tiap kali terserempak, time tu mesti dekat dengan lorong rumah aku. Aku kompem dia mesti duk berjiran dengan aku.. tapi sorry.. aku terus-terang memang aku tak tau nama dia. Rumah dia pun aku tak tau dekat mana. Tiap kali terserempak... time tu mesti aku dah masuk dalam kereta.. die akan follow dari belakang TAPI hanya sampai dekat traffic light depan rumah je.. lepas tu dia kompem akan main-main lampu... bila dah sampai depan lorong terus dia pecut laju..

SERIUS BEB... jangan lah buat macam tu.. kalau kau nampak aku kau tegur jelah.. tak yah lah senyum-senyum macam tu..serius aku seram..kalau kau tegur mesti aku tegur kau balik.. aku bukan seorang yang pemakan orang 

Aku tak makan orang.. tapi KFC aku makan.. hingga menjilat jari
^ _________ P 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

2 comments:

Nafisa81 said...

chenta dah berputik yaaa?

HaNya Aku.. said...

nafisa : hahaha.. xdelah tak kenal pun sape mamat tu

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails