MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Tuesday, July 27, 2010

60-an Style

Bila larut malam... tarakucaca... suasana sepi... huhuhuh.. sekarang mood ialah di zaman 60-an ok :P.. ni semua adalah gara-gara pada hujung minggu ini i kena menghadiri satu event yang memerlukan i ber dressap seperti di zaman 60-an & tema nya mestilah hanya menggunakan warna merah & hitam sahaja...

Aduyai... mana pulak i nak cari baju.. mengikut pada sumber-sumber yang boleh dipercayai.. akan ada pertandingan baju tercantik bagi pasangan... aktiviti menari & juga berkarok.. mak aii sangat hampeh ini program terutama bagi manusia yang sungguh-sungguh pemalu macam i ni haha... (ayat tak boleh blah)

Sesampainya i di rumah.. puaslah i selongkar baju-baju kat dalam almari...dengan baju-baju ngan tudung-tudung lama mak i bongkar... seminggu ni asyik dok fikir je nak pakai baju ape.. memang sangat membuntukan fikiran huhuh.. dalam hati nak shopping tapi mengikut kata otak i yang masih waras ni kata pulak jangan menggatal nak membazir.. almaklumlah belum gaji lagi :P

Selepas beberapa jam selongkar.. dapat lah i meng mix & match kan pakaian dalam  yang boleh dipakai nanti... walaupun kompom tak glemer langsung haha.. asalkan ikut tema dah lah.. tak payah nak membazir :P


Lepas siap berplessing (dengan muka yang hampeh.. pakai snap je gambo sebab tu buruk semacam hahaha) i pun berangan ala-ala 60-an.. tetiba dengan bangganya adik i bersuara sambil muke selamber badak mengadap tv

APESAL TUDUNG KO TU MACAM KAIN LANGSIR MAK JE...

Peh.. sungguh ketiadaan COP SIRIM punya adik..dah tentu tudung zaman dolu-dolu memang r cam gitu.. hampeh gile kan die!!!! & i dengan rasminya ambik keputusan tak nak pakai tudung tu... CIT!!!! SIOT KO WAHAI ADIKKU!!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, July 25, 2010

Terbang La Burung Terbang

Sepasang teruna dan dara sedang berkasih kasihan di bawah sebatang pokok bambu di tepi sebatang sungai. Tiba-tiba melintas seekor burung dan sebuah kapal terbang. Si dara pun bertanya pada kekasihnya


Dara : Bang Ayu nak tanya, kalau abang pandai apa beza burung dengan kapal terbang?


Teruna  : Oh kapal terbang dibuat daripada besi, burung daripada rangka ada bulu-bulu


Dara : Salah..


Teruna : Burung boleh makan, kapal terbang tidak


Dara : Lagi salah


Teruna : Burung hidup, kapal terbang mati


Dara : Sangat lah salah. Teruna terus menjadi marah kerana terasa diri diperbodohkan oleh Dara lalu bertanya pula


Teruna : Kalau kau tahu apa jawapannya


Dara : Begini.. kapal terbang kalau naik semakin tinggi semakin mengecil, burung pula kalau naik semakin lama semakin membesar.. hehehe

Teruna : Cis!!!


P/S : Lawak ni i dapat daripada emel yang dihantar oleh kawan i.. burung yang semakin membesar tu tak tau lah burung apa ye hahaha




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, July 19, 2010

Pupus

Ello guys.. stat daripada hari ni sesapa yang sekodeng blog i dah tak dapat dengar lagu MR BB lagi.. tu bukan bererti i dah tak minat ngan dia.. cuma sejak akhir-akhir ni tiap kali i sekodeng blog i ni tiap kali tu lah MR BB menyorokkan diri nya tak mau dengarkan suara die yang best tu :P... 

Tu sebab i dah buang dah lagu-lagu tu.. mungkin sebab berat sangat kot tu sebab lagunya tak keluar.. Then i gantikan dengan lagu ni... tetap di nyanyikan oleh MR BB :)

Pupus

Artist : Firdaus
(featuring Faizal Tahir)

pertemuan yang ku idam
masih belum bersua
perpisahan yang ku takutkan
hadir sudah tiada ku pinta
harapan pudar mati tuk mencari lagi
bagai lilin yang menerangi
lalu padam jua

apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
tak mampu ku mendusta hati ini lagi

cinta yang tersulam tulus
ku rasakan pupus
hingga ada terluka
pada setiap bicara ku
kasih yang mengukir mesra
hilang dalam tawa
namun ingin ku semula
merasai nikmatnya

mampukah rayuanku ini
membuatkan ia kembali
setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
hadirkanlah sekali lagi cuma
agar bernyawa cinta semula
maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Hanya Kata Dalam Hati

Pena ingin menari... jari ingin mendengarkan pelbagai irama.. minda berputar dengan pelbagai isu & cerita.. di hati hanya mampu melontarkan kata-kata yang tak bisa diluahkan.. jiwa memberontak.. perasaan bergelora..

Kepala hanya berfikir apa yang telah berlaku sedang berlaku & akan berlaku.. Jiwa ada kalanya tak tenang.. Otak menjadi kacau bilau.. 

Oh Tuhan.. semua ini adalah dugaan yang telah kau berikan.. 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, July 15, 2010

Apa Itu Cinta..

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum-senyum

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails