MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, July 7, 2011

Semangat Untuk Menghapdated Belog Kesayangan Makin Menjadi-Jadi.. Yeay Malam Ni Malam Raya Buat Aku ^ _ ^

Series.. sejak akhir-akhir ni rajin betul diriku & juga tangan aku ni nak menghapdet sesuatu kat belog ni. Padahal story takdelah gempak mana pun kan.. Ala jadi diri sendiri lagi oke pe dari sibuk menciplak kata-kata & idea dari orang lain kan.. tetttt :)

Untuk makluman semua blogger & juga kawan-kawan yang mengenali diri ini.. ececeh.. hari ini iaitu bertarikh 6 July 2011 bersamaan dengan hari Rabu, tamatlah sudah tanggungjawab aku sebagai seorang Muslimah menggantikan puasa yang terpaksa ditinggalkan tahun lepas. 14 hari oke.. peh memang betul-betul banyak dugaan masa nak abiskan ganti puasa tu. 

Mana taknya, bila masuk je waktu lunch kawan-kawan sebok tanya nak makan kat mana. Tempat makan semua yang sedap-sedap oke... pastu bila dah masuk waktu petang, ada yang mengunyah sana, mengunyah sini.. jiran aku pulak tiap-tiap petang mesti makan buah.. alamak... tergoda seyy.. (padahal takdelah tergode mana pun kan.. saja nak sedapkan cerita hahahaha)

Disebabkan hari ni hari last puasa so aku macam teringin lah pulak nak makan Mee Bandung. Tempat pilihan Restoren Che Mek.. ala sekangkang kera je pun dengan opis, berbual macam jauh sangat kan :) Kawan aku yang cakap Mee Bandung kat sini sedap. "Kalau tak sedap akak smack down ko Zeera hehehe" 

 Sumber dari : Pakcik Google

 Ni lah dia rupa Mee Bandung Che Mek..
Memang sedap.. berbaloi-baloi :)

 Mee Hoon Bandung ~ Cik Zeera yang punye oke :P

 Nasi Goreng Pattaya ~ Makcik Daya punye tauu

 Eh nape pulak tetiba diorang ni boleh ada sekali nih.. musykil-musykil :)

 Orang kat belakang tu tak payah la nak perasan sangat ye.. aku nak tunjukkan air aku tu.. 
Barli Ais dikatakan mampu menyejukkan badan.. 

 Mentang-mentang tak pose.. dia dah pakat melantak dulu.. ish ish

Selamat Berbuka Puasa.. Kepada sesiapa yang belum ganti puasa tu silalah cepat-cepat habiskan ganti oke.. Selamat Mengganti.. :P

Erk kenyang.. hahahah buruk perangai.. grrr


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

2 comments:

najiahtul syafiqah said...

selalunya time2 puasalah tekak meragam nak mcm2.. ;)

New post :Itu Awan.. Awan.. AwanBand!

cik kia said...

huwaaaaa,nak sangat mkn mee bandung yg betul betul sedap.dkt kuantan susah nak cari :(


btw,kalau sudi jom lah join contest dkt blog cik kia.hehe :)

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails