MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, April 4, 2010

Di Ruangan Semalam

1 May, hari ini genap 2 tahun aku mengenali 2 orang insan yg amat bererti bagi diriku. mereka kuanggap segala-galanya. walaupun 6 tahun lebih tua dari usiaku yg sebenar, namun mereka dapat menyelami segala yg ku rasa dan kupendam di dalam lubuk hati.

Norhafiza dan Haryanti, masih kuingat kejadian pada suatu ketika iaitu ketika berlangsungnya hari sukan di sekolah kami. masih jelas di ingatan, ketika itu aku sedang keseorangan, kesepian tanpa seorang teman.

gelak tawa dan gurau senda yang dipamerkan membuatkan hatiku rasa terpanggil untuk mendekati mereka. namun begitu, perasaan takut mula menyerang. aku menghentikan langkah dari terus menghampiri mereka. namun disebabkan sikap peramah dan tiada rasa perbezaan usia, menyebabkan mereka menegurku.

bermula hari itu, hubungan kami menjadi rapat. dengan berbekalkan pandangan dan nasihat daripada kak fieza dan kak yanti, membuatkan aku mula berubah. aku mula menjadi seorang yg periang dan peramah.

hidupku serasa indah. duniaku kini mula dipenuhi dengan kawan-kawan yang begitu baik terhadap diriku. dan yang paling menggembirakan, aku turut mempunyai 2 orang kakak sekaligus. hidupku kini terasa lebih bermakna.

jika aku menghadapi masalah dengan rakan-rakan yg lain, mereka berdualah tempat untukku mengadu. segala perasaan yg terbuku di hati akan kucurahkan kepada mereka.

mahu tak mahu, mereka tetap akan menolongku...terima kasih kak...

pada suatu hari, kak yanti tidak hadir ke sekolah, puas aku bertanya kepada kak fieza dimanakah kak yanti mengilang. namun begitu, setiap kali ku tanya, jawapannya pasti sama "kak yanti tak sihat". semakin hari bilangan ketidakhadirannya semakin bertambah. puas aku memujuk kak fieza agar memberitahuku, apa sebenarnye yg berlaku, tetapi kak fieza enggan.

berhari-hari aku tidak menegurnya. aku nekad, aku mesti kuatkan hatiku daripada berjumpa dengannya. semua ini disebabkan perasaan kasihku ku pada kak yanti. namun begitu, tidak sanggup rasanya untuk melukakan hati kak fieza. tika itu, aku rasakan "nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak" tidak tahu apa yang harus ku lakukan saat itu.

akhirnya pada suatu hari kak fieza memberitahuku bahawa kak yanti diserang penyakit. hanya tuhan sajalah yg tahu bagaimana rasanya perasaan ku tika itu.

sejak itu,aku mula menjauhkan diriku dari kak fieza. bukan sengaja mahu menyakitkan apatah lagi melukakan hatinya. tapi aku terpaksa. aku tak mampu menguntumkan senyuman di saat-saat kak yanti sedang berperang dengan kesakitan.

aku tau kak fieza jugak turut merasa apa yg sedang ku rasa tika ini. tapi aku tahu kak fieza kuat, dia masih seperti dulu, dia sering mengirimkan sms kepadaku, namun begitu tak pernah ku layan sms nya

masih ku ingat, kata-kata yg kak fieza kirimkan kepadaku "nita, walau apa pun ketentuannya, kita terpaksa terima. tidak kira samada ianya pahit mahupun manis. segala-galanya telah pun ditentukan. setiap penyakit pasti ada penawar. setiap yg pahit pasti ada manisnya dan begitu jugak sebaliknya dan yang paling penting, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap perpisahan pula pasti ada pertemuan walaupun pertemuan itu mungkin tadak akan mengukir sinar bahagia sepertimana pertemuan yg lalu, akak sentiasa akan mendoakan kesejahteraan kak yanti dan marilah kita sama-sama berdoa agar pembedahannya berjaya. amin.."

hatiku tersentak ketika membaca msg tersebut. air mata jernih mula mengalir dan semakin deras membasahi pipi

daripada berita yg ku dengar, kak yanti akan menjalani pembedahan pada hari ini. hatiku sungguh gembira tika itu. aku cuma berdoa agar kak yanti selamat menjalani pembedahan. tidak sabar rasanya untuk aku menunggu tibanya saat-saat manis yg pernah kami bertga lalui bersama

dalam pada itu, puas aku menghubungi telefon bimbit kak fieza. puas juga aku mengirimkan sms kepadanya. tetapi semuanya hampa belaka. hanya suara operator yg menjawab setiap pangilanku.di dalam hati, aku hanya mapu berdoa agar kak yanti selamat menjalani pembedahan dan kak fieza telah pun mengetahui akan perkara tersebut.

'mana kak fieza nie tak sampai-sampai?' hanya kata-kata itu yg bermain di dalam benakku.

lebih kurang 4 jam kemudian, lampu yg berada di bilik pembedahan dimatikan, seraya itu, kelihatan doktor dan jururawat mengukirkan senyuman. tanpa sempat aku mengutarakan soalan, doktor tersebut mengatakan bahawa pembedahan telah berjaya

masih ku ingat kata-kata doktor itu, "adik boleh masuk, tapi jangan buat bising sebab pesakit masih belum sedarkan diri lagi" ujar doktor tersebut sambil berlalu pergi.

dibibirnya terukir senyuman, mungkin kerana gembira kerana pembedahan tersebut berjaya dilakukan dengan selamat.

aku memanjatkan kesyukuran...sedang aku bergegas ingin melangkah ke dalam wad di mana kak yanti ditempatkan, aku mendapat satu panggilan telefon...

"nita, kak fieza accident. dia dilanggar kereta dan meninggal di tempat kejadian. ketika itu dia dalam perjalanan ke hospital" terduduk aku tika mendengar berita itu. 
air mataku mengalir laju membasahi pipi. serta-merta segala kenangan indah yang pernah aku lalui bersama nya menerjah ke kotak fikiran...

"maafkan nita kak"

selesai……………… lee_zack85@yahoo.com


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

2 comments:

Anonymous said...

cerite sedihhhhh :)

Unknown said...

sedih? maksudnya cerpen saya berkesan.. thanks lyl :P

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails