MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Wednesday, October 20, 2010

Pakaian Tradisional The Contest!!!!

Hari ni memang betul-betul aku berblogwalking ngeh ngeh... jalan punye jalan, sekodeng punya sekodeng, tetibe.. jeng jeng jeng... aku tersinggah kat 1 blog yang betul-betul merah & ownernya pun merah jugak.. warna kesukaan aku... red the power hehehe.. Terus aku jadik followers die yang ke 349 & secara tak langsung nak join kontest yang die wat tuh.. (Tak pernah lagi join mana-mana contest.. ni 1st time.. berdebar-debar pun ade nih... ngeh ngeh) 

Selepas membelek-belek gambo yang ade.. ni lah hasilnya.. (eh tutup mulut.. jangan gelak-gelak ok... senyum simpul tak pe :P)

Akibat stress sangat wat keje.. tu yang jadi mengong cam ni :P

Aku tak nafikan memang aku sengal... (kadang-kadang je ok hahaha)

Feewit.. terasa comel gitu 

Main cak-cak jap

Tag Kepada : 

Semua followers aku..

Syarat-syarat kalau korang nak join : 

1) Jadi followers Hafidzah Hafidz 
2) Letak gambo hak milik sendiri... nak letak bape banyak gambo pun boley
3) Posing ikut kretiviti sendiri dengan syarat pakai pakaian tradisional
4) Buat entry pasal contest ni
5) Letak + linkkan banner contest kat sidebar
4) Tag minimum 2 orang atau lebih



fieza 1 http://hafidzahhafidz.blogspot.com/



Hadiah buat pemenang : 


TOPUP SEBANYAK RM60!!!! ( Sangat-sangat best ok!!!!)


So apa tunggu lagik.. jom join ramai-ramai contest yang menguji kreativiti anda nih heheheh

Kalau nak tau lebih lanjut tentang kontest ni.. 


KLIK SINI


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, October 18, 2010

Cinta Pertama

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum-senyum.

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, October 17, 2010

Doa Buat Kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, October 16, 2010

Makin Hari Makin Tua

Salam All... 

Memang betul-betul blog ni dah bersawang... malas gile rasanya nak menulis hehehe... lagipun masa selalunya tak mengizinkan... tu maknanya nikmat masa sikit sebanyak dah ditarik... ish ish... Harap-harap nikmat masa tu tak kan ditarik sepenuhnya asalkan setiap umatnya itu kenal erti syukur... Amin..

Hari ni saja nak letak gambo-gambo kitorang celebrated besday sepanjang tahun 2009 / 2010... Department yang memang suka celebrated besday setiap staffnya.. tapi tu cite dulu.. hahaha isu sensitif... tetttt...











BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails