MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, November 28, 2010

Nak Yang Berasap????

Petang tadi pekena nasi ayam penyet.. sedap gile.. kesedapannya hingga jilat ibu jari kaki :P.. Tak percaya? Sila pastikan ibu jari kaki anda itu bersih bagi mengelakkan anda menjilatnya ngeh ngeh..

Jom ronda-ronda Taman Universiti, Skudai. Nasi ayam penyet yang betul-betul Hao Liaw... Tempatnya kat belakang Jusco Taman Universiti (dekat ngan opis aku jugak ngeh ngeh). Harga baru RM4.50.. murah kan?

Kalau makan sambal belacan die memang rasa nak menangis... sila sediakan tisu bagi mengelakkan hingus anda mengalir keluar :P. Disebabkan sambal belacan die jugak lah yang membuatkan aku ngan member-member opis tiap-tiap hari nak makan kat sini (tapi still tak dapat diskaun :P.. >>sudah murah maa mana boleh mintak itu diskaun.. tokey kaya pun boleh bengklap kalau dapat customer macam u woo :P)

Tiap kali aku ngan kawan-kawan makan kat sini mesti.. 

1) Dik, bagi sambal lebih...
2) Bagi teh ais tambah..
3) Ayam kosong 1..

Tu maknanya.. tak sah kalau tak duk situ sampai kul 10 malam huhuhu (tapi bukan aku lah.. kawan-kawan aku hehehe)




P/S : Kak Julie....... nak komisyen :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, November 25, 2010

Perginya Seorang Sahabat Al-Fatihah

25 November 2010
8.30 pagi 

Sedang aku bersiap-siap nak gi keje tetiba aku dapat 1 panggilan yang sangat-sangat mengejutkan.. 

E-In : Zack, ko tau tak yang kawan kita Mieza dah meninggal? 
Aku : APE?????? (rasa jantung betul-betul nak gugur time nih), weh ko bia betul...
E-In : Tu yang aku nak kompom ngan ko betul ke..
Aku : Tak pelah nanti aku tanya kat kawan-kawan ofis betul ke berita tu..

Tak sampai 10 minit E-In telefon balik..

E-In : Zack.. betul.. kawan kita Amiza ngan husband dia dah takde... tadi aku baru lepas telefon kakak ipar dia... Akak dia tengah menangis... Ikut cerita dia, dorang meninggal sebab accident malam tadi

Ya Allah.. tuhan jelah yang tau perasaan ni... semoga arwah mieza, suaminya juga anak di dalam kandungan yang baru berusia 3 bulan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin

Sayu sangat hati bila tengok muke kedua2 arwah sebelum dikebumikan. Teringat saat-saat manis kami bersama. Segala kenangan bersama akan aku ingat sampai bila-bila.

Memang dah lama aku kenal arwah.. sejak dari sek men lagi. Habis F5 aku ngan die keje kat tempat yang sama. Masuk F6 aku ngan die dapat sekolah & kelas yang sama.. siap duduk sebelah die lagi selama hampir 2 tahun. Habis F6 tak sangka kami bekerja di bawah company yang sama sehingga kini. Semua tu memang secara tak sengaja. Memang banyak sangat kenangan di antara kami.

Daripada apa yang diberitahu, kejadian berlaku masa tu arwah & suami baru balik dari makan malam lepas balik dari kerja. Ketika nak U-turn ada kereta rempuh dari arah belakang. Arwah suami meninggal di tempat kejadian manakala arwah isteri meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Yang paling menyedihkan arwah sedang mengandung & usia kandungan itu baru masuk 3 bulan selepas kandungan nya yang pertama gugur. Betapa gembiranya arwah bila dapat tahu yang dia mengandung. Arwah selalu tanya bila aku nak kawin & tak sabar nak datang ke majlis kawin ku nanti :(

Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg Melayu, Kangkar Pulai petang tadi.

Hubungan mereka berdua bermula dari zaman persekolahan, kemudian bersatu hingga ke jinjang pelamin dan akhirnya kedua-duanya kembali ke rahmatullah bersama-sama. 

BAHU KE BAHU 
(lagu kenangan kami ketika F6)
Bila marahku berapi
Kau selalu dekati
Menyiramkan bagai air

Wajahmu yang sejuk dan tenang
Buatku rasa nyaman ohh
Bila ku muram berduka
Kau datang berjenaka
Bersama gula cinta
Alangkah manisnya terasa
Bila kita sama-sama ketawa

Alangkah manis bersatu
Bila berganding bahu ke bahu
Usik mengusik (di) kau dan aku
Dibawah langit luas membiru
Untuk waktu bersenang-senang
Setelah pahit yang kita buang
Setelah jauh kita berjalan
Riang rasa semanisnya
Usik usikan



Tuhan sememangnya sayang kan kamu. 
Kamu sehidup dan semati bersama-sama. 
Cinta kamu berdua bersatu hingga ke hujung nyawa.
Semoga kamu bertiga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah

Salam Takziah buat keluarga arwah.. semoga tabah menghadapi dugaan yang sangat-sangat berat ini. 
Dari DIA kita datang dan kepada NYA juga lah kita kembali.

P/S : KEPADA SEMUA.. MARI KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ARWAH.. SEMOGA ROHNYA TENANG DI SANA.. AMIN


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails