MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Tuesday, January 25, 2011

Kalau Kau Tak Suka Aku.. Aku Lagi Tak Suka Kau!!!

Selalunya...

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak hot
Perempuan : Memang aku tak hot tapi aku cool je

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak cantik
Perempuan : Kau ingat muka kau banyak lah hensem

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau gemuk
Perempuan : Yang penting aku sihat dan tak kurus kedengking macam kau.. nak tengok pun tak selera

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak kaya
Perempuan : Daripada kau, nak minum air segelas pun mintak perempuan belanja

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak suka mandi
Perempuan : Aku tak mandi pun ketiak aku tak bau masam macam kau.. boleh pengsan!

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau gedik.. menyampah der
Perempuan : Aku gedik pun susahkan kau ke

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau banyak susahkan aku
Perempuan : Yang kau tak susahkan aku tu kenapa :P

..................................................................................................................................

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau tersangat lah hensem
Lelaki : Sebab tu aku digelar kasanova

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau tak de harta
Lelaki : Kau ingat harta aku tu aku nak bagi kau ke

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau tak hensem
Lelaki : Cantik sangat lah muka kau

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau jambu sangat
Lelaki : Oh kerana itu aku adalah seorang gay

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau asik nak kikis aku je
Lelaki : Sape lagi nak tolong habiskan duit kau kalau bukan aku

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau selekeh
Lelaki : Sekurang-kurangnya itu adalah diri aku yang sebenar

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau kedekut taik idung masin
Lelaki : Oh macam mana kau tau taik idung aku masin :P

Akhirnya...

Jom kapel :P



P/S : Semua manusia itu tidak sempurna. Mesti ada kekurangan dalam diri masing-masing. Sebab itu tuhan jadikan manusia itu saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Jangan sesekali kita menghina orang lain sekiranya kita tidak sukakan dia kerana besar kemungkinan orang yang kita paling benci itu akan jadi orang yang paling dekat dengan kita. 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails