MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Saturday, January 15, 2011

Orang Kata Roh Orang Yang Bunuh Diri Ni Takkan Tenteram Selagi Hajat Tak Tercapai

Wah semalam eksited gile gi tengok movie terbaru arahan Syamsul Yusuf "KHURAFAT Perjanjian Syaitan" Aku memang tau cerita ni nak keluar.. tapi tak pernah tengok iklan atau making die. Just eksited sebab ni filem seram pertama arahan Syamsul Yusuf. Disebabkan sebelum-sebelum ni aku memang tau semua filem arahan die adalah filem aksi & banyak aksi mencemaskan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok cerita ni.


Perasaan? 
~ SANGAT SERAM OK!!!! (bukan penakut - cover line tak nak ngaku padahal ko lah yang paling kuat menjerit hahaha).. aku bagi a+++ buat pengarah / penerbit / dan juga pelakon-pelakonnya.

Yang aku suka? 
~ Sume part masa hantu keluar (Nak tercabut anak tekak menjerit)
~ Hantu dalam cite tu (Sangat menyeramkan.. dah macam hantu ju-onn pun ade gak)
~ Johan bawak mayat kat dalam hutan (Peh betul-betul real lah!! tabik spring toink-toink)
~ Anna (Masa die nak bunuh diri... aduyaiii...... tak tahan)
~ Aisyah (Masa kene kacau.. peh tak hingat..)
~ Keadaan dalam bilik mayat, dalam van mayat & masa van mayat terjunam dalam gaung (Pehhhhhhhhh!!!)
Pendek kata (pendek je yang kata.. panjang tak kata pape) .. sume aku sukelah... :P

Antara kata-kata orang yang sedang menonton time tue?
~ Astagrfirullah Al Azim..
~ Peh..real gile r cite nih..
~ Sape yang bela hantu nih.. anna ke? aisyah ke? makcik cleaner tu ke? mak johan ke?
~ Kompem aku tak leh tido malam nih..
~ Tak sanggup nak tengok lagikkkk

Antara aksi-aksi yang sempat aku sekodeng?
~ Tutup muke ngan baju sejuk
~ Tutup muke ngan tangan tapi mesti ade lubang skit (bak kata kawan aku.. akak jangan tutup muke sume... tangan tu bagi bukak sikit.. rugi kalau tak tengok...citt padahal aku tengok die dah tutup muka dulu)
~ Ajak boyfriend keluar wayang sebab tak sanggup nak tengok sampai abis.. hahaha

Aku n geng seramai 8 orang gi tengok movie ni semalam (14/1/2011 Jumaat jam 8.45 malam) Sit kitorang betul-betul depan n kat tengah-tengah (memang mengadap skrin). Segala muke hantu, sound effek n jeritan orang sekeliling betul2 menyeramkan... 

Kesan?
~ Salah seorang daripada geng aku nih (seorang lelaki) sanggup tak nak balik umah n sanggup gi lepak kat cc main game perang-perang sebab takut tido sorang-sorang malam itu... memang lawak hahaha
~ Salah seorang geng perempuan lak teringat-ingat sampaikan kat umah pun boleh meseg aku bile tengok iklan tu kat tv.. aduyaaiii...ngeh ngeh




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

1 comment:

AzianKhalil said...

dah lama tak update blog...

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails