MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, March 28, 2011

Semoga Adam Cepat Sembuh

Siang tadi aku terima sms daripada makcik aku. Sms yang agak sedikit mengejutkan 

"Salam, Adam kat HSA tingkat 5 kanak-kanak. Jatuh motor dah 3 hari. TQ"

Dalam fikiran waktu tu, oh mungkin dia main-main kat motor lepas tu terjatuh kot. Adam seorang kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun & dia merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pintar & bijak berkata-kata. Petang tu aku dengan mak aku pergi ziarah Adam dekat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Terkejut sangat tengok keadaan dia. Teruk jugak keadaan dia. Menurut kakak sepupu aku (Mummy Adam), Adam ikut pakcik dia jalan-jalan naik motor lepas tu tak tau macam mana boleh accident. Pakcik dia alhamdulilah tak kena apa-apa, setakat luka ringan je. 

Semoga Adam cepat sembuh. Amin..




Sedih sangat bila tengok kat dalam wad kanak-kanak ni... ada yang masih baby dah kena tahan wad... ish tak sanggup rasanya... semoga mereka semua cepat sembuh & buat family semoga tabah menerima ujian yang diberi. Amin



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails