MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, January 30, 2012

Biru Mata Hitamku!

Sebagai seorang perempuan tak lari kalau muka tak selalu mengadap cermin. Tengah buat kerja pun mesti nak letak cermin depan-depan muka. Walaupun tenung lama-lama kat cermin tu pun muka tetap sama jugak. Lain lah tengok sekali muka jadi Siti Nurhaliza ke.. lepas tu berubah pulak jadi Erra Fazira ke... tengok lagi sekali muka berubah jadi osbon.. tak ke naya hahaha

Paling-paling tak best bila tengok kat muka tumbuh jerawat.. peh sepuloh malam tak lena tido. Kalau agak-agak risau sangat sental je muka tu dengan berus jamban.. kompem semua bakteria mati hikhik. Sebenarnya ari ni bukan aku nak cerita macam mana cara nak bunuh jerawat-jerawat tu sume... bio jelah mereka tumbuh dengan aman hahaha

Korang pernah tak bila belek-belek muka dekat cermin korang tengok dekat area mata korang tu ada warna hitam. Eh bukan kat dalam mata tau... kalau dalam mata tu semua warna putih kompem korang berada di alam lain hehehe. Maksud aku dekat bawah mata. Macam dekat gambo bawah ni


Mata jadi lemah dan tak bermaya je kan. Kalau mata dah tak sihat macam tu macammana kita nak buat orang jatuh cintan pada kita. Kan orang kata dari mata turun ke hati... kalau nak tackle seseorang cuba kenyit-kenyit mata kat dia. Kalau tidak dia balas dengan kenyit mata balik.. dia bagi penumbuk sebijik hahaha

Antara penyebab nya ialah :

1) Selari dengan umur yang semakin meningkat
2) Sekiranya ada alahan
3) Jenis-jenis kulit
4) Letih yang amat sangat
5) Kurang nutrisi dalam badan
6) Faktor genetik
7) Pengaliran darah yang tak stabil
8) Tekanan
9) Terdedah kepada cahaya matahari
10) Penurunan berat badan yang terlalu mendadak
11) Masalah pinggang dan perut
12) Tisu lemak & cecair
13) Sinus
14) Masalah kesihatan
15) Perokok tegar

Antara cara untuk menghilangkannya :

1) Banyak kan minum air kosong

- Antara kesannya ialah dapat membuang segala toksid dalam badan. Mencuci badan dan akan berkurang lah puffyness under eyes korang tu. Cuma ingat!!!! Jangan sekali-kali amalkan minum air 1-2 jam sebelum tidur. Tak kira lah air manis ke... air suam ke.. air sejuk ke... jangan dan jangan amalkan sebab air yang korang minum tu akan berkumpul di bawah mata sebab dekat bawah mata kita ada kantung mata. So semua air-air yang korang minum tu akan berkumpul kat situ.. itu lah punca utama korang menjemput lingkaran hitam bawah tu datang dekat bawah mata korang.


2) Tea Bag

- Buat-buat lah baik dengan buat air untuk mak, ayah, suami, mertua, adik-adik & jiran tetangga. Walaupun diorang tak tau apa sebenarnya muslihat korang tapi yang penting dalam hati mereka mesti akan cakap korang rajin & sesuai untuk dijadikan menantu ^__^. Ambik tea bag yang korang dah buat air tadi, baring dan kemudian tekapkan pada mata lebih kurang 20-30 minit. Lepas tu terus pergi cuci muka


3) Timun atau Tomato

- Hiris timun atau tomato nipis-nipis tapi jangan lah nipis sangat, sedang-sedang je.. lepas tu lekapkan dekat mata. Nanti mata rasa sejuk je... best tau... macam pergi spa... eh pergi spa rasa sejuk ke hikhik... Haa lagi satu boleh elakkan pembaziran.. lepas korang tekapkan timun or tomato tadi.. korang boleh terus makan.. kan jimat tu.. sesuai untuk awet muda :P


4) Cold Eye Pads

- Oh ini yang paling-paling aku suka buat.. Lepas bangun pagi, ambil masa sekejap lebih kurang 20-30 minit untuk tepek kan cold eye pads ni dekat mata korang sebelum siap-siap untuk mulakan hari. Cold eye pads ni korang kena simpan dia kat dalam peti ais sebelum guna... Rasa sejuk je mata tu.. macam tak nak bukak pulak hihihi.. korang boleh dapatkan dekat farmasi. Sangat senang untuk dapatkan dia, harga pun murah je. Tujuan dia adalah untuk bagi kesegaran pada mata.

Dah macam alien dah hahaha

5) Eye Cream

- Kalau nak amalkan kena amalkan pemakaian setiap pagi dengan petang. Aku tak tau sangat ada brand apa dekat pasaran, sebab yang aku tau cuma garnier je. Pernah jugak aku try pakai benda ni.. rasa sejuk je.. best!


6) Computer / Laptop / TV / HP

- Tiap-tiap hari dekat opis mengadap computer.. balik rumah tengok tv pulak.. lepas tu bukak laptop pulak sebab nak hapdet belog & bergosip-gosip liar dekat FB... tengah-tengah malam pulak tutup lampu lepas tu main sms sampai tertido.. pehh kompem mata letih gile beb! So cara yang terbaik ialah letak tumbuhan hijau dekat meja anda dan pandang selama 10-15 minit. Tujuannya untuk merehatkan mata & sekaligus menyihatkan mata yang dah tak berapa nak sihat tu

7) Tidur

- Tido kena cukup.. jangan terlebih tido atau terkurang tido... parah jadinya nanti. Sangat tak elok untuk kesihatan.. ceeh pandai nasihatkan orang.. aku punye tido pun ikut suka hati aku je hikhik

8) Pemakanan

- Kurangkan makanan berempah & juga makanan pedas. Kalau tak percaya cuba tengok diri sendiri. Kalau korang memang gile makan pedas dengan gile dengan makanan berempah kompem bawah mata korang memang hitam.. Eh macam kena dengan diri sendiri je hahahaha. Tapi serius walaupun aku ni sebenarnya tak delah tahan mana pun makan pedas tapi disebab kan aku sangat gile dengan makanan pedas sampaikan aku tahan je pedas tu. Amacam terer tak aku :)

Lagi satu tips aku nak bagi.. buat semua B2B dengan sesiapa sahaja yang nak bertunang. Ada tips yang tersangat bagus untuk anda.

Jangan pakai apa-apa sahaja jenis foundation atau compact powder 3 bulan sebelum majlis besar anda. Ini sangat penting oke kerana ianya akan merosakkan kulit muka anda. Bayang kan muka korang tu tiap-tiap hari kena tepek dengan foudation yang tebalnya sebanyak 5 inci.. macamana muke korang nak bernafas. Kesian dekat liang-liang dekat muka korang tu. Then kalau cuci pun tak semestinya muke korang tu semua bersih kan.. kadang-kadang dah cuci pun tetap tertinggal jugak foundation tu sikit-sikit tanpa korang sedar. So dalam tempoh 3 bulan tu akan kembalikan kebersihan kulit muka kita hari demi hari..

Selamat Mencuba..

Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails