Time-time CNY macam ni semua orang berebut nak makan limau. Limau-limau jugak jangan sampai sakit perut sudahlah. Almaklumlah limau ni berasid. Kalau salah makan akan memudarat kan kesihatan jugak kan. So hari ni aku nak share sikit info makan limau dengan cara yang betul.. lebih kepada panduan sebelum makan limau..
Eh makan limau pun ada protokol jugak ke? Apa susah.. buang kulit sumbat dalam mulut terus telan je lah.. kan senang :)
Bagi yang nak ikut, boleh lah ikut.. bagi yang tak nak ikut tu... eh lantak korang lah!
~Rendam limau semalaman ATAU cuci kulit limau sebersih-bersihnya sebelum mengupasnya
~Basuh tangan dengan sabun selepas mengupas kulit limau & sebelum memakannya
~Membaca doa bagi menghindarkan kemudaratan sepanjang hari & membaca doa sebelum makan
~Rendam limau semalaman ATAU cuci kulit limau sebersih-bersihnya sebelum mengupasnya
~Basuh tangan dengan sabun selepas mengupas kulit limau & sebelum memakannya
~Membaca doa bagi menghindarkan kemudaratan sepanjang hari & membaca doa sebelum makan
Pesanan / panduan ini sangat berguna kerana ianya boleh menghindarkan diri kita daripada terkena penyakit Tonsil
Jika kita amalkan sungguh-sungguh, ianya sangat-sangat berkesan kerana apabila kita rendam atau basuh buah tersebut, khasiatnya adalah antidot atau penawar yang ada pada kulit luar buah tersebut akan menyerap masuk dan menawarkan segala 'racun' pada buah tersebut
Masa yang paling sesuai untuk kita makan buah-buahan masam seperti limau ini adalah dalam waktu ASAR (4.30ptg-6.30ptg) sahaja kerana pada waktu ini enzim-enzim yang bekerja untuk menghadamkan makanan yang bersifat asidik. Antara faedahnya ialah kita akan dapat sepenuhnya vitamin C dari limau itu mencantikkan kulit
Tidak digalakkan makan limau di waktu pagi kerana akan memanaskan darah. Nanti cepat mengantuk kerana otak kita akan kekurangan oksigen. Jika kita rasa dah terlebih makan limau, maka disyorkan kita makan sedikit garam bagi meneutralkan kesan asidik dalam darah kita kerana garam itu bersifat alkali
No comments:
Post a Comment