MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Friday, January 13, 2012

Sekali Berombak Lain Pulak Jadinya...

Aktiviti malam ni seperti malam-malam sebelumnya... berjalan, sekodeng-sekodeng, buang masa sikit... eh buang masanya bukan sikit tapi baaanyak sangat-sangat.. Walaupun setakat berjalan kat alam maya tapi terasa sangat-sangat penat.. penat mata sampaikan mata aku yang rabun ni makin bertambah-tambah pulak tahap kerabunannya.

Sejak-sejak bermud b2b ni selalu betul on9.. kat umah on9 sampaikan kat opis pun dok on9 jugak.. upss ^__^  Tq to all bloggers yang banyak bagi idea pada b2b macam aku yang masih lagi tercari-cari.. cari apa pun aku tak tau hahaha... korang semua memang sempoi wokeh!

Sedang berjalan-jalan tetiba aku terjumpe dengan video nih. Aku rasa macam best jugak dia nyanyi sebab tu aku saja nak post dekat belog aku ni haa. Macam lagi feeling daripada Hafiz dengan Adira kot :P

Harris Alif (Idola Kecil 3)

Hafiz (AF7) & Adira (AF8)

Aku dah tengok cite ni!!!! wah suka walaupun pendam perasaan je dalam hati tak dapat tengok kat wayang. Baru kunun-kunun bila part sedih tu nak nangis kat bahu incik tunang.. wah gitu hahaha.. Niat terpesong tu sebab tak dapat tengok sama-sama dia kot hahaha..

Actually memang dah banyak kali jugak planning nak tengok sama-sama tapi memandangkan masa dan time cite tu yang tak mengizinkan so aku mengizinkan jelah diri aku dok mengadap lappy tengok kat dalam bilik sorang-sorang. At least kalau aku tak dapat kawal emosi aku buang je air hingus kat merata tempat, so takde lah orang yang nak nampak kan betul tak.. ciss gile selekeh :P

Komen aku pada cerita ni... (ada hati lagi tu nak bagi kumen kan :P)

1) Kalau wat muvie berdasarkan pada novel bagi aku mesej dia macam tak sampai. Almaklumlah novel panjang berjela tapi muvie cuma lebih kurang 2 jam... better buat dalam bentuk drama lagi ok kot = pendapat aku berdasarkan novel dia yang gile best sebab aku dah pernah baca.. touching beb!)

Sumber : Pakcik Gugel

2) Lisa Surihani pegang watak gedik & seksi-seksi macam tu aku tengok macam tak kena lah beb... series aku cakap ni beb.. korang setuju tak?

                                                                 Sumber : Pakcik Gugel

3) Aaron Aziz ok jugak lah.. die memang sesuai kalau pegang watak-watak macam tu..

4) Maya Karin oh dia sangat cantik pakai tudung (komen aku ni tak de kene mengena langsung pun sebenarnya kan ^_P)

Eh kenapa dalam banyak-banyak gambar, gambar ni jugak yang kau nak letak...
budak-budak under 18 tidak dibenarkan tengok ye.. 
pi jauh-jauh!
Sumber : Pakcik Gugel
"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah"
Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails