MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, April 8, 2012

Sekali Dapat Memang Terbaek!!

Untung kan bila ada ramai kawan dekat seluruh Malaysia. Kalau rasa nak makan je apa-apa yang takde dekat negeri sendiri, kontek je kawan-kawan dekat negeri tu for sure tak berapa hari lepas tu terus sampai barang yang kita nak tu hehehe.. Ceh cara berbual macam ramai sangat je kawan kau ngeh ngeh ^__^


Terima kasihlah dekat kawan satu tempat kerja yang berada di Northen sebab sanggup poskan jeruk yang terbaek ni. Pure dari Penang ^___^

Actually dah lama jugak sebenarnya aku dapat jeruk ni tapi macam tak berhapdet-hapdet lagi dekat belog kesayangan. So arini je la yang berkesempatan untuk aku kongsikan :P

Rasa jeruk memang sedap.. lagi-lagi air dia tu peh... memang menyentap. Kebanyakan yang aku tau orang lelaki memang jarang kita nak jumpa yang suka sangat makan jeruk.. maybe sebab rasa dia yang akak pelik.. ada masam, manis, pedas... bercampur-campur rasa dia, tapi lelaki-lelaki dekat opis aku memang sangat gilakan jeruk. Hebat kan dorang!

Jeruk ni sebenarnya lebih kepada tak memberi khasiat daripada banyak bagi khasiat. Jangan selalu makan dia sebab takut akan menjejaskan kesihatan. Tapi kalau untuk makan sekali-sekala boleh je!! :)

Tahukah anda :-

1 ~ Jeruk bukanlah makanan yang segar sebab boleh dikatakan kesemua khasiatnya telah terhakis semasa proses penghasilannya yang agak panjang

2 ~ Khasit vitamin C yang ada pada semua buah-buahan sebelum dijadikan jeruk telah terhakis sama sekali selepas jeruk dihasilkan

3 ~ Kandungan gula & garamnya memang sangat-sangat tinggi

4 ~ Pengawet yang digunakan juga adalah pengawet yang sangat bahaya. Seperti Asid Benzonik yang boleh memberi kesan kepada hati & buah pinggang. Ada juga sesetengah pengilang yang menggunakan formalin iaitu pengawet untuk mayat supaya jeruk tersebut tahan lama

5 ~ Pewarna yang digunakan boleh membuatkan seseorang itu mengalami alahan. Jika pewarna yang digunakan terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut & kulit

6 ~ Sekiranya di ambil berlebihan terutama oleh orang yang hamil, dikuatiri akan menjejaskan kesihatan diri  & juga kandungan

7 ~ Namun ramai juga yang mendakwa bahawa jeruk boleh menghilangkan pening & mual dalam perjalanan & juga boleh mengatasi mabuk hamil

Akhir kata.. nak makan boleh tapi biarlah berpada-pada..

Ok Bye!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails