MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, April 1, 2012

Sarapan Itu Sangat-Sangat Penting Ye Adik-Adik!!!

Moning semua..

Dah sarapan? Jom minum susu..

Antara khasiat susu adalah :

1. Kalsium ~ Membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Tahukah anda bahawa pertumbuhan tulang bagi badan seseorang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun!!

2. Protein ~ Sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Dapat membantu menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi otak serta tubuh. Ia juga membantu pembentukan otot & memperbaiki tisu otot

3. Vitamin A ~ Penglihatan yang baik.. pertumbuhan badan, serta mengekalkan kesihatan kulit & membantu fungsi imun... Kalau kurang minum susu nanti jadi rabun macam aku huahuahuaa ^___^

4. Vitamin B12 ~ Pembentukan sel darah merah bagi membawa bekalan oksigen & nutrien untuk keperluan tubuh

5. Vitamin B1 ~ Vitamin yang boleh larut dalam air. Membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga

6. Vitamin D ~ Membantu meransang penyerapan kalsium & mengoptimumkan kandungan mineral dalam tulang

7. Zink ~ Menyokong kesihatan sistem imun




Haa apalagi... JOM MINUM SUSU!!!

Selamat Menyambut Hari Susu Sedunia.... pada 1/6/2012 nanti... aku saja je nak wish dulu... hikhik

Ok Bye!!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

2 comments:

Sherry said...

Ya need breakfast since me breastfeeding

New follower here

NAmesherry.com

HaNya Aku.. said...

Sherry : Betul tu!!! ^__^

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails