MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, April 3, 2011

Cinta Itu Buta.. Kadang-Kadang Rabun-Rabun Ayam Je

Cinta itu buta. Cinta itu sesuatu yang indah. Cinta mampu mejadikan seseorang itu daripada celik seceliknya menjadi seseorang yang sangat buta. Buta mata, buta hati, buta iman, buta diri, buta segalanya. 

Putus cinta amat menyakitkan... benar-benar menyakitkan.. setiap manusia di muka bumi ini pasti pernah merasai apa itu indahnya cinta dan bagaimana sakitnya apabila putus cinta. Bila kita mendengar kata putus cinta atau kita sendiri yang membuat keputusan untuk melafazkan kata itu serta-merta dunia terasa gelap gelita. Tiada apa lagi yang lebih bermakna selepas telinga mendengar kata-kata putusnya ikatan cinta dunia yang telah lenyap dalam sekelip mata.

Wahai insan.. jangan jadikan itu sebagai penamat hidupmu.. kuat kuat kuat dan kuat selagi kita bergelar manusia yang punya fikiran waras.. jangan sesekali jadikan cinta itu alasan. Bila diri dicintai kamu rasa kamulah insan yang paling bahagia di muka bumi.. tetapi jika suatu hari kamu ditinggalkan & tidak lagi dicintai jangan anggap diri kamu mati. Masih ramai yang masih menyayangimu

Tiada siapa yang akan menghalang kamu dengan cinta mu itu seandainya dia memang benar-benar orang yang  betul-betul sesuai dengan mu. Seandainya dia adalah jodohmu, Insya Allah pasti tuhan akan menyatukan kamu berdua.. hati kamu, cinta mu jua semua hati keluargamu.. biarkan saja waktu & masa yang akan menentukan semuanya




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails