MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, May 1, 2011

Paranormal - Penunggu Istana

Oh aku dah tengok filem terbaru iaitu PARANORMAL - PENUNGGU ISTANA. Merupakan sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). 

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini

Diambil dari : SINEMA MALAYSIA


Dalam filem tu ada part masa 2 orang pelajar dibunuh oleh salah seorang kawan mereka. Tapi dia tak tunjuk waktu mereka dibunuh. So aku nak tunjuk gambar keadaan mereka. Kalau takut nak tengok sila tutup mata oke 



Gambar sumber dari : UNCLESEEKERS

Dulu pun aku pernah jugak tengok filem english tentang paranormal.. tak ingat pulak masa tu tahun berapa. Tajuk dia Paranormal Activity. Seram jugak cerita tu..





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

5 comments:

Shira Mary Jenn said...

best ke penunggu istana cite tu???

hans said...

owh...ada kata seram filem nih tapi malas nak pergi tgok...hohoo

Unknown said...

mary ann : best jugak... sila lah tengok hehehe pomot :P

hans : seram jugak lah.. ni pun ada orang nak belanje.. kalau tidak, tak pergi jugak huhuhu

Mar said...

sekunk byk betol filem seram yang ditayangkan kt pawagm kan,belom lagik yang menunngu tuk ditayangkan.

tingin jugk nk tgk..

Unknown said...

aah tau takpe... tapi kadang-kadang cerita seram kat malaysia ni boleh tahan jugak seramnya...

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails