MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, August 15, 2011

Ada Masalah Ke Kalau Asik Wat Entry Pasal Makan?

Pernah di suatu hari, salah seorang rakan asik tanya je kat aku bila aku nak hapdated belog. Wah tak sangka followers baru je ada 150 orang tapi dalam diam aku punya silent readers, hahaha riak ke hape kau Leezacks.. Eh jangan salah faham, aku buat belog bukan nak jadi femes ataupun nak orang kenal sangat.. (bukan sama je ke makna dua-dua tu? :P) tapi lebih kepada aku suka menulis.. membebel.. dan segala-galanya yang aku suka buat.. grrr

Dulu masa zaman muda-muda aka zaman sekolah-sekolah.. hingus masih meleleh lagi :O aku suka tulis cerpen.. pernah jugak nak buat novel tapi tak siap...sampai sekarang masih ada dalam simpanan aku cuma idea untuk menulis tu dah kering kontang.. almaklumlah sejak-sejak dah bekerja dan meningkat dewasa ni macam dah takde masa je nak menulis cerpen atau novel.. yang aku sempat cuma membebel kat belog ni je ha P

Eh ape aku merepek daa.. berbalik kepada soalan kawan aku pasal bila nak hapdated belog tu ye... 

Kawan - Lieza, bila kau nak hapdated belog?

Aku -  Eleh kalau aku hapdated pun bukan nya kau nak baca.. (kunun-kunun je :P)

Kawan - Eh apa pulak.. aku baca lah.. aku suka baca penulisan kawan-kawan aku (Almaklumlah cita-cita dia ni nak jadi pengarah filem terkenal macam Aziz M Osman hehehe)

Aku - Ok ok jap lagi aku hapdated ko komen yek (hati berbunga-bunga... ececeh)

Kawan - Ok...

Beberapa minit selepas aku menulis..

Aku - Wei aku dah hapdated... bacalah.. ok tak...

Kawan - Ok.. 

Tak lama lepas tu..

Kawan - Aku dah baca dah belog ko..

Aku - Eh amacam, ok tak? (gluppp...)

Kawan - Ko ni tiap kali hapdated mesti nak cerita pasal makan..

Aku - La.. kenapa pulak.. dah aktiviti aku dengan kawan-kawan memang banyak pergi makan.. (sob..sob) 

Kawan - Ala.. cerita la pasal lain pulak

Aku - Ko nak aku cerita pasal apa?

Kawan - Cerita la pasal BF ko ke.. ko dating kat mana ke.. best sikit aku nak baca..

Aku - Ups.... (ceh... tu pun jadi isu ke... sadis sadis.. ) 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

3 comments:

ada mokhtar said...

cerita pasal makan la best.. i suka sebab boleh try tempat makan yg blogger lain suggest.. as example dpt tahu menu apa yg best kat situ..

Unknown said...

ada mokhtar : tau takpe kan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails