MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, November 3, 2011

Kenapa Leezack??

Assalammualaikum...

Pernah suatu hari, kawan satu opis tego “kenapa guna nama Leezack?.. Oh tu mesti gabungan dengan nama BF kan.. kan.. kan..?” eh eh.. sendiri  yang tanya sendiri pulak yang jawab yek hikhik.. lucu oke!  Asal ada je sesiapa yang tau nama aku yang itu, di situ jugak lah nak ada orang yang bertanya. Pernah sampai je kat dalam toilet.. T.O.I.L.E.T sama dengan bilik air.. kat situ jugaklah dorang nak intebiu aku mana dapat nama tu… Ish tolonglah!!! Aku dah tak tahan nak ter… ni!!! Adeh! Bagi aku pegi membuang dulu boleh tak.. grr

Ish betul lah apa yang korang teka kan tu, betul… BETUL LAH sangattt kan.. Meh sini aku terus-terang sebab aku dah mula rasa malas dah nak membuka mulut nak bercerita dari A hinggalah ke Z mana datangnye nama Leezack yang sungguh glemer itu.. eh! ^______^  sebab aku kalau dah mula nak bercerita aku rasa sampai ke esok pun tak sudah..

Disebab kan aku malas nak cerita banyak-banyak lepas ni, meh sini aku pendekkan..  so sila hayati cerita aku ni ye.. 

Dolu-dolu masa zaman muda-muda (walaupun sekarang tetap muda.. eleh perasan!) aku ada geng tau..  geng bas sekolah.. walaupun semua ala-ala poyo tak nak naik bas sekolah sebab takut jatuh saham… sanggup berhitam legam pegi balik sekolah naik bas tambang.. kalau tidak pun menapak ramai-ramai.. eh best pe mana tau kot-kot time tu ada mamat hensem ke nak mengorat… ish kecik-kecik dah menggatal yek… haip!!

Geng-geng bas sekolah ni sebenarnya adalah 1 kelas dan merupakan budak-budak nakal… hehehe.. terutamanya aku lah huhuhu.. aku kalau kat dalam kelas suka duduk ikut kepala aku. Kalau aku rajin aku duduk kat meja paling depan.. kalau agak-agak masa tu penyakit malas aku datang, aku duduk kat meja paling belakang… adik-adik jangan ikut perangai yang tak berapa nak elok ni oke! :P

Time tu cikgu tengah mengajar kat depan.. tetiba aku cakap kat kawan-kawan aku… “eh apa kata nama kita semua kita panggil guna A, B, C je nak tak? Malas nak panggil panjang-panjang.. penat!” ish dasar pemalas sungguh kau ni! dari situ dah nampak yang aku ni tak fokus masa cikgu tengah mengajar hahaha… sila jangan ikut tebiat buruk ini!

So nak dipendekkan cerita, timbul lah nama Leezack ni haa… disebabkan nama aku ni start dari huruf Z so aku cadangkan kat dorang panggil aku Z je… nak lagi sedap kalau tulis guna perkataan jadinya ZACK.. aku ni yang memang suka sangat nak glemer ni telah mengupgradekan sendiri nama aku daripada Lieza kendian jadi Zack maka jadilah Leezack… ha faham tak… aku penat dah nak menaip ni haaa.. 

Kepada sesiapa yang nak glemer meh aku carikan nama untuk korang hahaha… (auta je lebey.. poodah cit!)
Kawan-kawan lain pulak, semua dah cukup amik huruf selain kepunyaan aku Z.. semua cukup korum huhuhuh.. daripada geng budak sekolah jadi lah  geng A,B,C…  ada-ada je kan :P.. 

Sampai sekarang kawan-kawan yang sekelas masa Form 5 dulu tetap panggil aku Zack.. alahai terimbau pulak masa zaman-zaman hingusan dulu…aisshh dah Form 5 pun hingus meleleh lagi ke.. adeh!

Jom belek-belek gambar.. 

Eh nak bagi warning dulu ~ korang tak usahlah nak cari mana 1 muka aku.. gila punye hitam legam muka aku masa zaman-zaman sekolah dulu..  (akibat nak glemer sangat pergi sekolah nak naik bas tambang dengan jalan kaki.. tulah akibatnya.. amik kau! Padan muka...: P)

 Ni masa aku F5.. kanak-kanak Ribena huhuhu :P

  Ni pulak masa F4.. ni jelah muka-muka yang rajin nak datang kelas tambahan..
Time tu budak-budak F5 tengah berperang dengan soalan SPM 

Oh rindunya waktu ni.. bergambo kenangan dengan cikgu Prinsip Akaun..
Pn Wan Nurul

Wah sempat lagi ye engkorang plessing kat luar ni.. grr

Tepi-tepi aku pun nak sekodeng abang-abang hensem kat bawah tu jugak..
Eh makcik sebelah aku ni yang ko tengok kasut aku tu pehal.. aduyai!!!

Alahai slim river betul aku time ni kan... Berkali-kali ganda beza dengan sekarang huhuhu
Eh yang bestnya dulu aku hitam macam bontot kuali.. tapi sekarang dah putih kan hahaha

Betul tak aku cakap sekarang aku dah putih ^__^.. muka macam nak mintak pelempang kan hahaha
(padahal cover line sapu bedak 7 lapisan ngeh ngeh)
Yang paling nyatanya.. uwaa sekarang aku dah tak kurus... sodih omak!

Ok bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails