MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Saturday, November 5, 2011

Pesanan Dari Hati

Assalammualaikum

Esok seluruh umat Islam di Seluruh dunia akan sama-sama meraikan Hari Raya Korban.. Marilah kita sama-sama meraikan hari raya ini dengan penuh rasa kesyukuran. Bagi yang berkorban tahun ni Alhamdulilah.. telah berjaya memenuhi salah satu tuntutan agama. 

Azam tahun 2012 aku nak buat korban.. menggunakan duit sendiri.. dapat 1 bahagian pun jadilah. Insya Allah.. semoga semuanya dipermudahkan. Amin.. Kawan-kawan tolong doakan yek :) Ramai jugak sebenarnya yang fikir.. alah kalau setakat nak korban 1 bahagian, tak kan lah tak mampu.. bukan nye mahal sangat pun. Amboi memang nak kena cubit-cubit mulut orang yang cakap macam tu...

Korang kena fikir, bila kita nak buat sesuatu perkara baik kompem gila banyak halangan yang akan datang. Yelah bila nak simpan duit untuk tujuan yang baik je time tu jugaklah ada je benda-benda lain yang jadi. Contoh kereta rosaklah.. nak pergi bercuti lah.. ada-ada je... kalau korang tak percaya cakap aku korang cubalah.. baru boleh tau sendiri..

Oklah bagi yang nak pulang ke kampung, berhati-hati kat jalanraya.. don't drink & drive.. bukan tak boleh nak drink tapi drink minuman yang berkhasiat je ngeh ngeh.. no Hp time drive oke.. sangat bahaya untuk kesihatan. Semoga kamu semua selamat pulang ke kampung & selamat kembali dengan selamatnya.

Makan jangan over sangat.. kang abis raya badan pulak jadi macam tong drum kan dah susah hehehe..

 Salam Aidil-Adha untuk semua

Eh nak jugak menyibuk letak gambar sendiri ^___^

Ok bye!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

1 comment:

Juliet_iRa~" said...

salam aidiladha..:D

psss : jom join my GA! dpt ole2 CAMERON tau!:p

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails