MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Wednesday, April 11, 2012

Nilai Sebuah CINTA

Alkisah di suatu pulau kecil.. ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup saling melengkapi. Suatu ketika, datang badai menghempas pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA tak dapat berenang & tidak mempunyai perahu. Ia mencuba mencari pertolongan. Tak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN.. tolong aku!!!" teriak CINTA

"Maaf CINTA!!" kata KEKAYAAN. 

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membantumu.. jika aku membantu mu perahu ku ini akan tenggelam" lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. 

"KEGEMBIRAAN tolong aku!!!" teriak CINTA. 

Namun, KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi sampai ke pinggang & CINTA semakin panik. Tidak lama, lalu pula KECANTIKAN.

"KECANTIKAN bawalah aku bersamamu!!!" Teriak CINTA

Lalu jawab KECANTIKAN, 

"Wah CINTA.. kamu basah & kotor, nanti kamu mengotori perahuku ini" sahut KECANTIKAN

CINTA mulai menangis teresak-esak. "Mengapa semua orang melupakan aku?"

Saat itu lewatlah KESEDIHAN lalu CINTA memelas

"Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu" kata CINTA lalu KESEDIHAN berkata

"Maaf CINTA, aku sedang bersedih & aku ingin bersendirian saja"

CINTA putus asa. Ia merasakan air semakin naik & akan menenggelamkannya, lalu ia berdoa kepada tuhannya.

"Oh Tuhan, tolonglah aku!! Apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA??"

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara

"CINTA!!! Mari cepat naik ke perahuku!!"

CINTA menoleh ke arah suara itu & melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.

Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA & segera meninggalkan nya. CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu

CINTA segera menanyakan kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu

"Oh dia adalah "WAKTU" kata orang itu

Lalu CINTA bertanya

"Tapi mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku" tanya CINTA hairan

"Kerana.." kata orang itu

"Hanya WAKTU lah yang tahu berapa tinggi nilainya harga sebuah CINTA"


Ok Bye!!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, April 9, 2012

Kunun-Kunun Arab Lah Kannss ^__^

Di malam yang indah ni aku nak cerita sikit pasal makanan Arab tapi Iran style. Wah tetibe menu arab pulak keluar ari ni.. First time tu beb pegi makan dekat restoren arab.. tu yang ala-ala kejakunan sedikit tu.

Makanan dia oke... at least rasa dia takdelah teruk sangat kan. Boleh diterima jugak lah masuk ke dalam tekak aku yang memang tekak melayu ni. Cuma nasi dia memang tersangat banyak. Series banyak gile beb sampai tak larat nak habiskan.

Kitorang makan terkial-kial nak habiskan nasi 1 pinggan tapi mamat arab yang duduk dekat meja sebelah rilek je makan. Sekali toleh makanan baru je sampai.. toleh lagi sekali pinggan licin.. peh gile hebat lah mamat arab tu

Pasal harga? Oh sangat-sangat berbaloi.. series berbaloi sebab harga dia bagi aku biasa je. Takde lah mahal sangat. Kiranya golongan yang berpendapatan sederhana macam aku ni mampu jugaklah nak makan dekat situ 2x seminggu.. wah :)

Parsia Restaurant

Antara menu yang ada

Antara dekorasi

Senyum tak perlu kata apa-apa :P

Hamboi possing mautt nampaknya

Iranian Mandi Chicken
aka
Berenang-renang di lautan sepi.. wah!!!

Kubideh Kebab

Spaghetti

Alamak yang ni aku lupe pulak nama die... nasi dia tu ada campur dengan sayur-sayur herba..
Kalau makanan melayu lebih kurang macam nasi kerabu

Rostat

Ayam dia memang lembut gile beb!! Series sedap!!

Yang ni kuah dengan sambal nasi-nasi tu semua

Yang ni pulak penambah perasa.. tapi aku tak tau ape benda hikhik

Air buah dia memang terbaek beb!
Segar banget deh!! Eh makan makanan Arab tapi keluar bahasa Indonesia.. 
Musykil-musykil!!

Haa lepas makan apalagi adek maniss... kasi bayar lah!!

Cak baa!!!
Nak bawak munge ni balik boleh tak.. ^___^

Nak Try? Jom Ke Sini ~ 

~ RESTAURANT PARSIA ~
> MIDDLE EAST CUISINE <

NO 63-01,
JALAN PENDIDIKAN 4,
TAMAN UNIVERSITI,
81300 SKUDAI,
JOHOR DARUL TAKZIM

NO H/P : 012-7097706

Ok Bye!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, April 8, 2012

Sekali Dapat Memang Terbaek!!

Untung kan bila ada ramai kawan dekat seluruh Malaysia. Kalau rasa nak makan je apa-apa yang takde dekat negeri sendiri, kontek je kawan-kawan dekat negeri tu for sure tak berapa hari lepas tu terus sampai barang yang kita nak tu hehehe.. Ceh cara berbual macam ramai sangat je kawan kau ngeh ngeh ^__^


Terima kasihlah dekat kawan satu tempat kerja yang berada di Northen sebab sanggup poskan jeruk yang terbaek ni. Pure dari Penang ^___^

Actually dah lama jugak sebenarnya aku dapat jeruk ni tapi macam tak berhapdet-hapdet lagi dekat belog kesayangan. So arini je la yang berkesempatan untuk aku kongsikan :P

Rasa jeruk memang sedap.. lagi-lagi air dia tu peh... memang menyentap. Kebanyakan yang aku tau orang lelaki memang jarang kita nak jumpa yang suka sangat makan jeruk.. maybe sebab rasa dia yang akak pelik.. ada masam, manis, pedas... bercampur-campur rasa dia, tapi lelaki-lelaki dekat opis aku memang sangat gilakan jeruk. Hebat kan dorang!

Jeruk ni sebenarnya lebih kepada tak memberi khasiat daripada banyak bagi khasiat. Jangan selalu makan dia sebab takut akan menjejaskan kesihatan. Tapi kalau untuk makan sekali-sekala boleh je!! :)

Tahukah anda :-

1 ~ Jeruk bukanlah makanan yang segar sebab boleh dikatakan kesemua khasiatnya telah terhakis semasa proses penghasilannya yang agak panjang

2 ~ Khasit vitamin C yang ada pada semua buah-buahan sebelum dijadikan jeruk telah terhakis sama sekali selepas jeruk dihasilkan

3 ~ Kandungan gula & garamnya memang sangat-sangat tinggi

4 ~ Pengawet yang digunakan juga adalah pengawet yang sangat bahaya. Seperti Asid Benzonik yang boleh memberi kesan kepada hati & buah pinggang. Ada juga sesetengah pengilang yang menggunakan formalin iaitu pengawet untuk mayat supaya jeruk tersebut tahan lama

5 ~ Pewarna yang digunakan boleh membuatkan seseorang itu mengalami alahan. Jika pewarna yang digunakan terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut & kulit

6 ~ Sekiranya di ambil berlebihan terutama oleh orang yang hamil, dikuatiri akan menjejaskan kesihatan diri  & juga kandungan

7 ~ Namun ramai juga yang mendakwa bahawa jeruk boleh menghilangkan pening & mual dalam perjalanan & juga boleh mengatasi mabuk hamil

Akhir kata.. nak makan boleh tapi biarlah berpada-pada..

Ok Bye!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, April 1, 2012

Sarapan Itu Sangat-Sangat Penting Ye Adik-Adik!!!

Moning semua..

Dah sarapan? Jom minum susu..

Antara khasiat susu adalah :

1. Kalsium ~ Membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Tahukah anda bahawa pertumbuhan tulang bagi badan seseorang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun!!

2. Protein ~ Sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Dapat membantu menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi otak serta tubuh. Ia juga membantu pembentukan otot & memperbaiki tisu otot

3. Vitamin A ~ Penglihatan yang baik.. pertumbuhan badan, serta mengekalkan kesihatan kulit & membantu fungsi imun... Kalau kurang minum susu nanti jadi rabun macam aku huahuahuaa ^___^

4. Vitamin B12 ~ Pembentukan sel darah merah bagi membawa bekalan oksigen & nutrien untuk keperluan tubuh

5. Vitamin B1 ~ Vitamin yang boleh larut dalam air. Membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga

6. Vitamin D ~ Membantu meransang penyerapan kalsium & mengoptimumkan kandungan mineral dalam tulang

7. Zink ~ Menyokong kesihatan sistem imun




Haa apalagi... JOM MINUM SUSU!!!

Selamat Menyambut Hari Susu Sedunia.... pada 1/6/2012 nanti... aku saja je nak wish dulu... hikhik

Ok Bye!!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails