MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, May 31, 2012

Hari Untuk Perokok-Perokok ^___^

Salam,

Hari ini 31/5/2012 adalah Hari Tembakau Sedunia... kalau sebut pasal tembakau for sure orang akan totally ingat pada perokok... hubungan yang erat antara tembakau dengan perokok seerat & seibarat irama & lagu tak boleh di pisahkan... eceh cewaah ^__6

Best sangat ke sebenarnya isap rokok ni... aku tengok dah macam bakar duit dah.. lebih kurang kita bakar mercun atau bunga api time nak raya tu... yang best cuma sekejap je... kesan yang tak best tu yang kita dapat banyak..



Bila cerita pasal tembakau... teringat pulak cerita waktu aku dalam zaman hingusan lagi. Dulu masa arwah atuk masih hidup, dia suka betul isap rokok daun... Bila rokok tu dah tinggal separuh dia suka betul tinggalkan kat atas tv... oleh kerana sifat ingin tahu aku ni yang sangat tinggi... aku pun dengan rasa tak bersalahnya curik rokok atuk.. nyalakan api & kemudian isap.. tak sampai berapa minit... hambik kau batuk tak ingat.. lepas tu terus serik & tak rasa nak amik-amik rokok tu lagi... rasa dia memang serius TAK BEST LANGSUNG OKE!!!

Lagi satu cerita, satu hari aku dengan best friend aku tengah tunggu bas.. tetiba ade lah dua orang mamat ni dengan selambe badaknya hisap rokok dekat situ.. actually oke je kalau dia nak isap rokok dekat situ pun sebab tu tempat awam.. cuma maybe kawan aku ni agak sedikit terganggu lah kot dengan bau asap rokok tu.. then dengan selamber badaknya jugak dia pergi dekat mamat tu & SOUND dengan suara yang agak kuat jugak lah.. serius mamat tu memang BENGANG GILE!!.. peh beb ko MEMANG SEMPOI LAH!! tapi kalau aku jadi kau serius aku tak berani nak wat macam tu... grrr... takut!!! ^___^ 

Kepada perokok-perokok... korang nak isap rokok tu boleh sebab tu semua guna duit korang sendiri.. tapi tolong lah hormati semua orang yang berada di persekitaran... tahukah anda bahawa asap rokok tu lebih bahaya kepada orang yang menghidu daripada orang yang menghisapnya...


P/S : Sayangi diri sendiri & tolong sayangi diri orang lain jugak

Ok Bye!!!

 

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, May 23, 2012

Jom Ke Karnival Kerjaya

13.5.2012 yang lepas. Pemuda BN Pasir Gudang telah menganjurkan satu karnival kerjaya di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. 

Wah seronoknya.. rasanya macam first time kot Karnival Kerjaya anjuran Pemuda BN ni diadakan di Johor. Before ni yang aku tau dorang buat dekat KL je.

Lebih-lebih lagi bila time tu aku cuti... memang aku rasa sangat-sangat seronok. Terus aku menggoda, mengajak Incik Tunang untuk pergi tengok-tengok kerja apa yang best ada dekat sana. 

Nak tau? Jomlah...

Dengan penuh semangat waja aku amik gambo ni ^__^

Best Best..

Tengok.. banyak gile kan jawatan yang ada bukak..

Incik Tunang.. saya penat sudah ^__P

Penat meronda servey-servey kerja.. siap dapat air free lagi..
TQ lah :P

Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 13, 2012

Kerja Oh Kerja..

Salam.. memang sangat-sangat lama aku tak menjenguk & menconteng sesuatu dalam belog ni. 

Stat 1/5/2012 berlaku satu perubahan yang besar dalam dunia pekerjaan aku. Kalau sebelum ni waktu kerja stat jam 9 am - 6 pm. Tapi mula 1/5/2012 waktu kerja untuk bahagian aku dengan 5 orang lagi kawan opis  dah berubah.. start jam 8 am - 5 pm... 

Time balik memang best terasa macam waktu bulan puasa.. balik awal untuk shopping makan dekat bazar Ramadhan.. wah meriahnya tapi tang nak bangun pagi tu.. alamak... agak susah jugaklah nak biasakan bangun cepat untuk gi kerja. Terasa betul macam waktu zaman-zaman sekolah.. lepas subuh kompem tak tido balik, terus siap-siap nak pergi sekolah..

Bukan tu je... hari untuk bekerja pun berubah jugak... dah tak macam waktu opis hour walaupun berkerja dalam opis... cuti kena rotate... maknenya dalam seminggu tu tak tentu dapat cuti hari apa... kena gilir-gilir dengan kawan-kawan lain & kena ikut dalam schedule...

Mula-mula memang agak susah jugaklah nak biasakan diri dengan perkara-perkara macam ni. Tapi nak tak nak kena buat jugak sebab itu adalah kerja.. semuanya kena redha sebab mencari rezeki kerana Allah.

Masuk hari ni dah 13 hari melalui waktu pekerjaan yang baru walaupun tempat kerja masih di tempat yang sama ^___^ Alhamdulilah semuanya oke... cuma tiap kali cuti kompem tak boleh duduk rumah sebab baru terasa cuti tu amat bermakna hehe..

Dan lagi satu bila difikir-fikir balik ada hikmah di sebaliknya..mungkin ini cara yang Allah bantu aku untuk aku kumpul duit bagi persiapan kawen nanti... Insya Allah...

Semoga aku diberi kekuatan untuk hadapi semua ini.. Aminn

Kalau takde orang yang nak kerja cium-cium ketiak orang ni.. 
jangan haraplah korang nak pakai deodorant yang wangi-wangi tau!!!

P/S : Lakukan dengan ikhlas walau apa pun kerja yang telah ditetapkan untuk anda..

Ok Bye!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, May 12, 2012

Mengandung Ni Ada Musim Ke?

Fuhh... baru lepas buat aktiviti wajib pada setiap hari Rabu.. Futsal Time.. ahaks :P.. Makin lama main makin seronok gila. Dapat hilangkan tensen, stress lepas seharian duk kat opis.. dengan kerja berlambak-lambak... makin buat makin banyak kerja yang datang.. so kalau aku tak buat ok tak :P.. 

Ish kau LeeZack.. tak baik merungut, kalau takde kerja jadi penganggur, kalau dah jadi penganggur macam mana nak teruskan hidup yang bila nak pergi mana-mana je mesti nak kena guna duit.. bak kata nenek aku.. zaman sekarang nak mintak air suam pun kena pakai duit.. ish ish.. sadis.. nak masuk bilik air pun nak guna duit. Cuma bayangkan kalau time tu gila-gila rasa nak terkencing.. nak masuk toilet pulak kena cas, time tu pulak lah duit kau takde duit langsung... dengan muka orang jaga toilet tu muke macam penyamun, buat kau seram sejuk nak masuk toilet free.. kau nak buat ape time tu? agak-agak nak kencing jugak ke kat situ.. ish ish sadis..

Tiba-tiba terfikir nak buat entry pasal orang pregnant.. sebenarnya takde kene mengena dengan intro tu.. saja je aku membebel sekejap :). Ish kat opis aku ramai betul yang pregnant. Betul ke orang cakap pregnant ni ikut musim. Sebenarnya terpulang pada rezeki yang Allah nak bagi. Mungkin time tu ramai pulak yang nak tambah baby. Lepas je musim cuti sekolah gerenti ramai yang pregnant.. almaklumlah ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan " ____________ "

Eh wanita pregnant ni seksi oke.. suka tengok perut kawan-kawan aku yang pregnant.. ada yang bulat.. ada yang memanjang.. ada bentuk 4 segi.. eh ye ke? hahaha (almaklumlah belum ada pengalaman menjadi preggy... oh aku belum kawin lagi oke.. ngeh ngeh)



Ni my lovely sis waktu pregnant anak no 2.. seksi kan :P

~ Petua dan pantang larang ketika hamil yang masih wujud dalam masyarakat tempatan kini (samada ianya benar atau tidak wallahualam) : -

1) Bakal ibu ditegah membelitkan tuala di leher selepas mandi kerana dikhuatiri tali pusat akan terlilit pada leher bayi

2) Air dari hujung rambut selepas mandi, jika dikecap dikatakan akan memudahkan bayi keluar melalui rahim.

3) Bakal ibu ditegah memakai kain sarung dari bahagian atas kepala kerana dikhuatiri kedudukan bayi akan songsang.

4) Elakkan daripada menyediakan kelengkapan bayi berwarna kuning atau merah kerana dua warna itu dipercayai akan memberi kesan tidak baik kepada bayi yang baru dilahirkan seperti terkena sakit kuning atau terlalu aktif kerana merah melambangkan keazaman yang membara.

5) Jika mengupas mangga, hendaklah dimulakan dari bahagian tangkai supaya bayi tidak lahir songsang.

6) Jika membuka plastik yang bersimpul, buka dengan perlahan dan tidak mengoyakkannya secara kasar bertujuan mengelakkan bayi lahir secara pembedahan.

7) Ibu hamil ditegah menjahit pada waktu malam bagi mengelakkan rabun.

~ Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah : -

1) Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

2) Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

3) Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. 

4) Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

5) Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

~ Antara komplikasi kehamilan atau proses mengandung ini adalah seperti : -

1) Alahan atau alergik terhadap makanan atau haiwan

2) Muntah-muntah yang teruk (morning sickness)

3) Kuat makan sehinggakan berat badan meningkat.

4) Berat badan yang meningkat akan mencetuskan obesiti dan obesiti akan mencetuskan penyakit kencing manis kepada ibu hamil.

5) Sembelit yang teruk

6) Buasir

7) Jangkitan kuman (bakteria) pada saluran kencing.

8) Anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Apabila berlaku anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan ibu dan bayi tidak mencukupi. Jadi situasi ini cukup bahaya terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

9) Sakit urat dan kekejangan otot kaki.

P/S : Buat kawan-kawan yang sedepartment aku yang telah menjadi mak buyung.. congrats.. jaga diri & kandungan elok-elok.. jaga makan.. jangan sikit-sikit bagi alasan baby yang nak makan.. kang berat badan naik tak hingat.. Lahirkan anak ramai-ramai nanti dah besar korang boleh jadi besan sesama korang.. ups :)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails