MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Tuesday, March 30, 2010

Bosan Time

Aduh boringnya arini... nasib baik arini ramai RC yang ada kat cbox. Dah lama rasanya tak chatting ngan mereka kat cbox BB tu ~padahal baru 2 hari heheh :P~ RC biasalah kalau dah kumpul macam tu tak lain mesti cerita pasal our BB :p 

Semalam they all cakap BB ada join kat cbox ~WAT?~ aduh so tension, semalam i langsung tak on9, tak sangka lak masa i tak on9 tu MR BB ada join sekali kat cbox ~ish sungguh rugi ku rasa huhuhu~

Semua RC BB tegur & layan dengan baik ~tu lah yang membuatkan semua orang makin sayang kt MR BB~

Semalam BB pun ada updated kat FB jugak (ni antara kata-kata BB dalam FB nya ~sangat2 terharu~)  :- 

I am just another normal human being. I make mistakes. Forgive me. To those bashing me, tq.. U are SO perfect. U are so lucky for not making any mistakes in life. But i dont wish i was U. I am thankful to Allah for who i am and for what he has prepared for me in this life of mine. What HE gives to u is for the best. -FT-

Ini yang paling i suka :- 

Tq so much for the moral support everyone.. Terima kasih yang tak terhingga.. I love u all so much.. Tak terucap dgn kata-kata.. Terima kasih "SEMESTA"ku.. May Allah bless u all.. ;) -FT-
 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, March 28, 2010

Terperangkap

-->“Abah, emak…berilah Lisa peluang untuk menebus kembali kesalahan yang telah Lisa lakukan. Lisa tahu Lisa bersalah. Lisa berjanji, Lisa tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Ampunkanlah segala dosa Lisa, abah, emak!” dengan nada tersedu-sedan Lisa memohon keampunan daripada abah dan emaknya, sambil memeluk kedua-dua kaki mereka, namun permintaan dan tangisan Lisa tidak sedikit pun mampu melembutkan hati kedua-dua orang tuanya.

Tanpa melihat wajah Lisa, emak dan abahnya terus berlalu pergi. Kedua-duanya hanya terdiam seribu bahasa. Jauh di sudut hati mereka, terasa suatu kepedihan yang amat sangat. Semua peristiwa yang telah berlaku itu bagaikan baru semalam terjadi. Tangisan Lisa sedikit sebanyak membangkitkan ingatan mereka pada Nizam, anak kedua mereka. Mereka telah kehilangan Nizam buat selama-lamanya.

Namun, apa yang mereka pasti…Nizam sudah tiada lagi di dunia ini. Hanya tuhan sahajalah yang tahu betapa hancur dan luluhnya perasaan mereka tika itu. Bagi mereka, tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan Lisa dan Nizam, namun… dengan segala perbuatan Lisa itu hidup mereka dirasakan kosong. Jiwa mereka dirasakan tidak bercahaya tanpa gelak tawa Nizam yang selama ini menjadi penyeri dalam hidup mereka sekeluarga. 

Di suatu sudut, Lisa menenangkan kembali perasaannya yang dirasakan begitu berkecamuk. Masih segar di ingatannya bagaimana dialah yang menjadi punca dan penyebab kematian adik kesayangannya itu. Lisa sedar bahawa selama ini dia hanya berpura-pura menyayangi keluarganya, namun jelas kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapanya tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun.

Lisa tahu, emak dan abahnya tidak pernah membahagikan kasih sayang diantara mereka. Lisa dan Nizam disayangi sama rata, mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan mereka akan dipenuhi walaupun dibebani dengan tugasan di tempat kerja. Namun bagi Lisa, semua itu tidak penting. Di fikirannya hanyalah keseronokan semata-mata. Tidak pernah terlintas di benaknya akan kepenatan emak dan abah mencari rezeki siang malam. 

Lisa tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali di saat-saat akhir kehidupan Nizam. Dia terpaksa bersusah-payah dan sanggup mengorbankan dirinya sendiri semata-mata mahu menyelamatkan Lisa daripada terjebak ke kancah maksiat.

‘maafkan kakak Nizam, kakak berjanji…mulai dari hari ini, kakak akan berubah dan kakak akan menjaga emak dan abah sehingga ke akhir hayat mereka “Lisa malam ni kau free tak?” tanya Sally sahabat baik Lisa ketika mereka sama-sama bersarapan di kantin sekolah.

“aku ingat…malam ni aku nak bawa kau pergi satu ‘port’ barulah…baik punyer! Aku conform, mesti kau suka punyalah. Jomlah Lisa!” beria-ia sungguh Sally mempelawa Lisa.

Jauh di sudut hati Sally, dia yakin bahawa sahabat baiknya itu tidak akan tega menolak pelawaannnya. Selama ini pun, bukan tidak pernah mereka keluar malam, boleh dikatakan saban malam mereka bersantai sambil lepak di mana-mana saja yang mereka suka. 
Sally masih memandang wajah Lisa dengan penuh pengharapan. ‘fuh, mintak-mintaklah dia setuju nak ikut aku malam nanti, moga-moga taktik aku menjadi!” Sally berkata dalam hati. 
Tiba-tiba… “okay, aku setuju…lagipun, buat apa aku duduk  kat rumah tu! Bosan memanjang… bukannya dapat apa pun. Bila ku balik rumah je, emak dengan abah aku tak de. Adik aku tu pulak, asyik memerap dalam bilik 24 jam, huh…nak jadi ulat buku konon…apa yang aku dapat  cuma tengok muka mak cik Jenab tu jelah!” akhirnya Lisa bersetuju, sambil merengus geram apabila dirasakan emak dan abah sudah tidak mengendahkan dirinya lagi berbanding dulu.  
Segala yang terpendam di dalam hatinya, diluahkan kepada Sally yang dianggap sebagai sahabat. Setelah mendengar persetujuan Lisa, Sally terus menjerit keseronokan lantas memeluk Lisa. 
“eh, sebelum tu aku nak tanya, kat mana ‘port’ baru kau tu? Aku tau tempat tu mesti happening okay!” Lisa bertanya dengan penuh minat. 
“don’t worry babe.. aku gerenti mesti best punya! Okay malam ni kau tunggu aku kat tempat biasa pukul 8.00 malam” Sally membuat perjanjian. 

“okay, set!” jawab Lisa sambil tersenyum riang. Malam itu, Lisa menunggu Sally di ‘port’ biasa mereka. Di dalam hatinya, tiada langsung perasaan bersalah. Sebaliknya dirasakan suatu keseronokan yang amat sangat apabila bebas bertemu dengan kawan-kawannya.

Selama ini bukan tidak pernah emak dan abah melarangnya darpada terus bebas bergaul dengan Sally, boleh dikatakan hamper setiap hari emak dan abah melarangnya, namun semua itu tidak pernah diendahkan oleh Lisa, baginya Sally merupakan satu-satunya sahabat yang boleh memberinya keseronokan dan kepuasan daripada terus dibelenggu oleh keluarga 

Segala nasihat emak dan abah ibarat mencurah air ke daun keladi, segala kata-kata emak dan abah dibuatnya seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tiada sebarang kata-kata emak dan abah yang berjaya mencengkam ke dalam lubuk hatinya. 

Dalam kejauhan Lisa melihat kelibat Sally “eh, siapa pula yang bersama Sally tu?” Tanya Lisa di dalam hati setelah melihat Sally  membawa seorang kenalan yang tidak dikenalinya. 

“hai Lisa, dah lama ke kau tunggu aku? Sorrylah ya. Terlambat…ni aku kenalkan kawan baru kita, Jeff” Sally memperkenalkan Jeff kepada Lisa yang kelihatannya masih terpinga-pinga.

“hai saya Jeff” Jeff menghulurkan tangannya kea rah Lisa sambil tersenyum 

“hai saya Lisa, kawan Sally. Senang bertemu dengan awak” Lisa menyambut huluran tangan Jeff walaupun masih ragu-ragu dengan tindakan Sally membawa Jeff bersama.

Setelah berkenalan, Sally mempelawa mereka ke suatu tempat. “ni ke ‘port’ baru yang kau bagitau aku tadi Sally?” Tanya Lisa. “takdelah…’port’ baru tu, sekejap lagi kita pergi. Sekarang ni, kita pergi makan dulu.. si Jeff ni dari tadi mengadu lapar, lagipun dia nak belanja, meraikan perkenalan dengan kau!” kata Sally menjawab soalan Lisa sambil matanya dilirikkan ke arah Jeff yang hanya tersenyum melihat reaksi mereka, terutamanya reaksi Lisa yang begitu menarik perhatiannya. 

Jeff mencadangkan sebuah hotel 5 bintang untuk mereka menjamu selera pada malam itu. Disebabkan perut sudah memainkan pelbagai rentak, lagu dan irama, Lisa dan Sally hanya menurut sahaja cadangan Jeff.  

Mereka makan dengan begitu selera terutamanya Lisa, tanpa menyedari bahawa segala-galanya telah dirancang oleh Sally dan Jeff dengan rapi. Rupa-rupanya, Jeff mahukan Lisa, namun segala perbuatan dan tingkah-laku mereka yang bersahaja itu tidak sedikit pun menimbulkan sebarang syak wasangka kepada Lisa. Untuk memerangkap Lisa, Sally telah mencampurkan sejenis serbuk ke dalam minuman Lisa supaya dia tidak sedarkan diri. 

Akhirnya, perancangan itu berjaya setelah Lisa tidak sedarkan diri seolah-olah pengsan “aku benci pada kau Lisa, selama ini aku mendendami kau kerana kau sentiasa mengatasi dan mengalahkan aku dalam banyak perkara. Keluarga kau kaya, tidak seperti keluarga aku yang selalu mengharapkan pertolongan daripada emak dan abah kau. Apa yang kau mahu, semuanya boleh kau dapatkan. Tapi aku, aku sentiasa kalah selagi aku tidak menghancurkan hidup kau! Selepas ni, aku harap kau tidak akan berjaya mengatasi dan mengalahkan aku lagi. Terima kasih Lisa!” 

Sally berkata dengan penuh perasaan benci dan dendam yang menebal dalam dirinya terhadap Lisa. Selama ini, tanpa pengetahuan Lisa, Sally berkawan dengannya semata-mata mahu melihat kehancuran dan kemusnahan hidup Lisa. Sallylah yang telah menghasut dan mempengaruhi Lisa supaya berubah. Sejak itu, Lisa langsung tidak menghiraukan emak, abah dan adiknya. 

Ketika Jeff menghampiri tubuh Lisa yang masih tidak sedarkan diri itu, tiba-tiba Nizam datang sambil menendang belakang Jeff. Lantaran itu Jeff mengaduh kesakitan kerana terkejut dengan tindakan drastik Nizam 

“Jeff apa yang kau nak buat pada kakak aku ha? Selama ini aku ingatkan kau baik, rupa-rupanya kau adalah syaitan yang bertopengkan wajah manusia. Sebenarnya aku telah ikut kau sejak tadi lagi bila aku dapati kakak aku ada bersama-sama dengan kau. Sebentar lagi, pihak polis akan datang untuk menahan kau dan juga kau Sally, ke penjara… terimalah hukuman yang bakal dijatuhkan pada kamu berdua atas jenayah yang telah kamu lakukan. Segala perbuatan kamu terlibat dalam sindiket pelacuran telah lama berada dalam intipan polis!!” kata Nizam sambil matanya merenung tajam ke arah Jeff dan Sally 

Sally tidak pernah mengenang jasa emak dan abahnya yang selalu membantu apabila keluarganya di dalam kesusahan. Jeff tidak dapat menahan perasaan marahnya yang semakin memuncak Nizam telah merosakkan rancangannya untuk mendapatkan tubuh Lisa. Jeff dan Nizam, masing-masing bergelut untuk mempertahankan maruah diri. Sedang asyik mereka bergelut tiba-tiba Sally yang masih terkejut dengan kejadian itu, serta-merta mencapai sepucuk pistol lalu menembak Nizam. 

Tidak lama kemudian, pihak polis, emak dan abah pun tiba, Sally dan Jeff ditahan dan akan didakwa di mahkamah. Manakala Nizam dihantar ke hospital oleh emak dan abah pada malam itu juga. Tidak lama kemudian, Lisa mulai sedar. 

“kak, maafkan Nizam kerana terlalu mencampuri urusan peribadi kakak. Nizam sayangkan kakak. Nizam tidak mahu lihat emak dan abah menangis kerana perbuatan kakak. Nizam juga tidak mahu kakak terjebak ke kancah maksiat yang akan memakan dan menghancurkan diri dan masa depan kakak. Kak, sekali lagi Nizam minta ampun dan maaf sekiranya selama ini Nizam ada melakukan sebarang kesalahan yang tidak Nizam sedari terhadap kakak. Nizam harap kakak akan menjaga emak dan abah sehingga akhir hayat mereka” 

“berjanjilah pada Nizam kak. Mak, abah ampunkan dosa Nizam. Halalkan makan minum Nizam, terima kasih kerana emak dan abah sudi membesarkan dan mendidik Nizam. Nizam minta maaf kerana tidak dapat menjaga dan membalas jasa emak dan abah. Nizam sayangkan emak. Abah dan kakak…selamanya” kata Nizam sambil menggenggam erat tangan mereka. Ketika itu, Nizam sedang berperang dengan maut. 

Akhirnya, Nizam menghembuskan nafasnya yang terakhir, diiringi dengan esak tangis orang-orang yang paling disayanginya. Lisa bagaikan tersedar dan terjaga daripada lamunan apabila didapatinya, suasana kian merangkak senja lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Air matanya
mengalir deras apabila mengenangkan peristiwa itu. 

Sesampainya di rumah, Lisa terus mengambil wudhuk dan terus mengerjakan solat lalu memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Di dalam solatnya, dia berdoa sambil mengalirkan air mata. Di pohonnya keampunan dan berdoa agar roh adiknya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Tidak lama kemudian, emak dan abah menghampiri Lisa setelah Lisa selesai mengerjakan solat “sudahlah Lisa, emak dan abah tidak mahu Lisa menangis lagi. Yang sudah biarlah ianya berlalu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Usahlah iringi kematian adikmu dengan esak tangis begini. Sebaliknya…kita yang masih hidup ni, seharusnya mendoakan pemergian Nizam dengan aman. Semoga rohnya diberkati.” 

“apa yang abah dan emak harapkan ialah, Lisa akan berubah dan tidak akan jadi seperti dulu. Berubahlah nak! Abah dan emak berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawab kami terhadap Lisa. Lisalah satu-satunya harta yang paling berharga bagi emak dan abah di dunia ini” terang abah dengan penuh kesayuan. 

“Lisa berjanji abah, emak. Ampunkan segala dosa Lisa, ya!” kata Lisa sambil menangis di bahu emaknya. Emak dan abahnya menganggukkan kepala tanda mereka sudi memaafkan Lisa.
Akhirnya, mereka bertiga menangis sambil berpelukan sebagai tanda kesyukuran...



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, March 27, 2010

Jom Tengok Wayang

EVOLUSI KL DRIFT 2

Semalam i dengar kat HOTFM rata-rata pemanggil beritau cerita ni best gile, penuh dengan aksi, mencemaskan dll. Hari pertama je sume wayang full & ada jugak yang dah tengok sampai 2 3x. Hari ni i berpeluang tengok cerita ni.. ada orang belanja? ups tidak.. baya sendiri2 lah wei :P

Betul lah apa yang orang-orang tu cakap, cerita ni best tapi i lagi suka EVOLUSI KL DRIFT 1.. lebih best. Part yang paling i suka masa Aleya (Scha Al-Yahya) kena belasah ngan Ery (Shaheizy Sam), memang real woo huhuhu

Dari 5 bintang i bagi berbintang-bintang, tak cukup bintang, bintang di langit, dan di kala bulan mengambang 
~ eh u all letak lah bintang sendirik ~ ngee~


Abaikan je mata-mata yang memandang hahaha

Tak tengok pun cerita ni tapi saja je nak begambo dengannya 
~ish jangan kutuk yek.. dose tau :P~

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Anak

Petang tadi i gi rumah kawan i sebab nak bagi dia present wedding. Kelaka kan wedding dia bulan 9 2009 tapi baru harini 27 3 2010 i bagi dia present hahaha punyelah lama sampai tarikh wedding dia pun i dah tak ingat dah huhuhu :P

Tapi oklah walaupun dia dah jadi pengantin basi & buruk (ups sory dear :P) tapi i still ingat jugak pasal present wedding dia kan, so i xbolehlah dikategorikan sebagai seseorang yang teruk walaupun teruk jugaklah sikit-sikit ~ngee

Present untuk dia i import dari Kedah tau tu pasal lah take time skit.. nak tau hadiah apa? upss biarlah rahsia ~wewewe :P. Lepas i bagi dia hadiah tu dia lak nak bagi hadiah kat i ~wow bestnya wat u give u get back haa~

Dia offer i untuk menjaga 1 anak dia. Alamak nak jaga anak? mana i reti beb, i sendiri pun xpernah ada anak kang kalau mati terkiok anak dia tu camna.. gerenti i kena sue ngan dia nanti kan. Banyak masalah yang akan  i hadapi kalau i sanggup terima antaranya :-

1) Nak mandikan dia camne?
2) Makan & minum? takkan nak bagi dia minum air gas lak hahahaha
3) Ni yang paling i tak suka tak suka & tak suka, bila dia nak membuang lak.. cmne?

Kawan i cakap anak dia ada 3, 1 dia dah bagi pada CIK LIZZ then ada lagi 2, dia nak 1 je sebab tu yang lagi 1 dia nak bagi kat i.. emm camne ye i tak tau nak ambil ke tidak. Nantilah CIK AI ye bagi i fikir dulu :P

Jom tengok anak-anak PN AZRIANA BINTI ABD GANI yang comel-comel ni :P

 
 
 Ni lah kedua-dua anak dia. Yang warna itam tu dia nak bela yang kaler oren tu lah yang dia nak bagi kt i. 

Setelah i membuat meeting tergempar dengan family i  mengenai isu penjagaan ni, i ambil keputusan TIDAK DAPAT MEMBELA aka MENJAGA NYA.. Kepada PN AI, I'M SORY :p lagipun family i memang tak berapa nak gemar kalau bela kucen sebab bulu-bulu yang berada di badannnya itu (makna tersembunyi i pun tak berapa nak minat jugak hahaha)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, March 25, 2010

Mistik

Seumur hidup i tak pernah menghadapi perkara-perkara yang mistik. Selalunya juz tengok kat dalam tv je, cerita-cerita seram? hanya sekadar mendengar cerita orang ataupun melihatnya di dalam kaca televisyen (ceh wah ayat tak tahan tol ~ngee~) tapi cerita seram yang i paling suka tengok ialah cerita seram korea walaupun ceritanya sedikit lembap tapi tetap best ~i like~ 

Dalam minggu ni i dan beberapa orang teman telah terlibat dalam perkara mistik ni tapi terus terang i cuma ambil tau dari jauh je (peh sungguh tak berani woo) siapa orangnya better i tak payah cerita lah k.. kepada sesiapa yang tau pasal hal ni di harap simpan je untuk dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran bagi diri sendiri

Apa yang i boleh kongsikan ialah kita sebagai umat islam umat Nabi Muhammad SAW seharusnya redha dan sentiasa tabah menghadapi segala ujian dan rintangan yang telah tuhan turunkan buat kita. Apabila bercerita tentang jodoh, JODOH ITU TAKDIR ALLAH siapa kita untuk tentukan siapa jodoh kita memang benar kita sebagai umatnya perlu berusaha untuk mencari jodoh tetapi biarlah semua itu ditentukan oleh yang maha esa. 

Dalam dunia yang serba moden menuju wawasan 2020 kenapa masih ada lagi orang yang sanggup menganiaya orang lain dengan cara-cara begini? Seandainya kamu sayangi dia biarkan dia mencari haluan hidupnya sendiri dan kamu mencari haluan hidupmu, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya

Cinta adalah keabadian & kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki
-->
BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Baby-Baby Junior

Ello guys.. saje je nak tulis kat blog arini pasal baby-baby terbaru team i almaklumlah nak tulis pasal anak sendiri takde lagik hehehe.. eh i belum kawin lah tu pasal i takde baby lagi huhuhu

Ok lah jom kita sama-sama tengok wajah-wajah baby yang terhasil daripada ibu dan bapa mereka :P

A. ALMI BIN TUGIMAN & SITI NURHAYATINA BTE YAACOB
MOHD AIRIL HAKIMI BIN A.ALMI
KARIM & NUR AZEAN BINTI BACHOK
NUR SHIFFA SOLEHA BINTI KARIM

Comel kan baby-baby ni.. tanda kekuasaan ALLAH SWT gabungan daripada wajah kedua ibu bapa maka terhasillah wajah-wajah yang comel :P

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, March 22, 2010

So Addict

Semalam kua ngan family gi jenjalan kat Plaza Angsana, Johor. Mak oii ramai nye orang.. almaklumlah arini kan ada promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Manusia bersesak-sesak dah macam ape dah. Pening kepala tengok. Sampai je kat sana Saiful Apek ngan Along Raja Lawak kat stage. Tak dapat tangkap dorang tengah cite pasal apa alih-alih dengar orang gelak je huhuh

Manusia penuh sesak, memang pack gile bila dah ramai-ramai camtu biasa r bau memang tak leh tahan r.. bermacam-macam bau ada.. cis.. korang ni tak mandi ke ha wat sakit idung je ~grrr~

Selama i berada kat situ ramai gak artis yang ada Saiful Apek, Along Raja Lawak, Leya & Kieran HOTFM, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Aaron Aziz, Fizo, Black & Meet Uncle Hussen, Akim & Hafiz AF7, Hazama, Sixth Sense, Saujana, Hijjaz, Tiz Zakyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak 

I just tengak dari jauuh je..AKU DATANG DARI JAUH AKU DATANG MENCARIMU huhuhu.. eh tu kan lirik lagu tu ~ngee~

macam-macam bau ada bila dah bersesak cmni..eiii 
gambo jadi shacking sebab kene tolak ngan orang huhuhuh
ish ish agaknye kalau kumpulan nasyid yang punye show adakah akan ramai seperti ini?
kat sume bahagian penuh
tengok tu lautan manusia dah macam semut dah huhuhu
orang lain sibuk ambil gambo artis tapi i sibuk ambil gambo orang ramai 
~ceh jangan ingat korang tu cun/ensem sangat i nk ambil gambo korang ye heheeh~

P/S : Jangan lupa Vote FT for Penyanyi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular in ABPBH09

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, March 21, 2010

Di Kala Bosan

Tengah-tengah syok tido sambil bermimpikan MR BB ketika itu jam menunjukkan tepat kul  7 pagi tetiba 'ANGAH BANGUN TEMAN MAK GI PASO' oh mak ko!! tokojut eden terbantut mimpi huhuhuhu aduh malasnya nak bagun berat sungguh biji mata ni nak terbukak huhuh tapi disebabkan i ni anak yang baik so 
'SAYA MENURUT PERINTAH WAHAI MUMMY KU SAYANG' ~ngee~

Nak mandi? alamak sejuk lah pulak huhuhu...Oit lek r walaupun tak mandi tapi yang penting gosok gigi, basuh muka tukar baju pun ok lah huhuhu (ish selekeh gak i ni kadang2 hahhaha) capai tudung then capai kunci  MEERA terus bedesup bawak my mom gi paso. Sampai je kat sana i stay je dalam MEERA (tau tak mandi tu yang malas nak ikut mak tu hahahah) 

Sementara tunggu my mom shopping i da tak tau nak watpe disebabkan biji mata ni masih lagik berat pe lagik lelap jap lah :P tengah-tengah dok terlelap tetibe teringat OH MY BB hehehe pe lagi capai CD BB pasang & melalak kuat-kuat hahah ~bestnye macam berduet ngan MR BB lak hehehe 

Sambil berhibur ngan MR BB tangan sebok snap barang2 yang ada dalam MEERA

i memang addict ngan warna merah 
disebabkan spiderman ni warna merah so i beli lah huhuhu..selepas mendengar suggest dari  CIK LIZZ :p
(ni yang pertama i beli.. ingat lagik masa tu i ngan Lizz gi klinik sebab demam.. masa nak balik tetibe mata terpandang kedai perhiasan kat sebelah klinik.. pe lagik amik kesempatan gi shoping jap.. syhh diam-diam tau hahaha)

bila dah stat beli kotak tisu siperman tu ha mula lah pantang nampak sume nak beli huuhhu
(dua-dua ni i beli kat Giant Skudai masa tu tengah shopping tingkap then ternampak orang kedai tu wat display pe lagik sambar jelah hahahah)
ha yang ni adalah bantal ye kawan-kawan dah bermacam-macam orang yang peluk bantal i ni kawan2 yang masuk dalam MEERA suke peluk bantal ni sebab best..tak caya? jom masuk MEERA :p
(bantal ni i beli masa i kat kedah hehehe jauh kan i import bantal ni :) )
Ni pulak bekas CD :p
Ok yang ni pun bantal vs gebo (johor mali panggil gebo orang lua panggil selimut :P) 
See betul tak i cakap dia 2 dalam 1 so kalau gi umah sedara selimut / bantal takde i dah ada spare sendiri kan :P
(dua2 ni i beli kt pasar malam je huhuhu)
yang ni pulak i beli kat Brothers saja je nak tambahkan koleksi kat MEERA, bila boring capai je CD dalam tu sebab letak nya hanya di atas kepala hahahha
(tengok tu ada CD BB A.M.K, ADRENALIN of course r i tgh pasang :) )
Yang ini? ups..ianya boleh menggigit kamoo kamoo dan juga kamoo :P
(semalam dapt lagik 1, PN TINA hadiahkan sempena besday, so keluarganya telah bertambah menjadi 3.. ada sape2 lagik nak besarkan kuarge die x ngee)

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, March 20, 2010

Penghijrahan Seorang Teman

Selamat Pengantin Baru..Semoga Kekal Abadi Bahagia Ke Anak Cucu..lalalalala..eh ternyanyi lah pulak hehhehe sepatutnya hari ni i ada jemputan ke majlis perkahwinan seorang kawan lama masa tingkatan 5 dulu dan juga ke majlis pertunangan kawan sepejabat i..

Mengikut plan dalam pukul 11 i akan bertolak ke majlis perkahwinan kawan lama yang bertempat di Kulai, Johor dan dalam pukul 2 i akan terus ke majlis pertunangan kawan sepejabat i bertempat di Kangkar Pulai, Johor yang majlisnya bermula pada pukul 3 petang, kiranya plan dibuat dengan baik lah kan

Tapi last minute semua plan tak menjadi..sedihnya memang betul-betul takde rezki nak pegi kan..hadiah pun dah beli dah tapi takpe...hadiah tu boleh kurier je..tulah orang-orang tua dulu selalu cakap 

'JANGAN RANCANG SESUATU PERKARA TU TERLALU AWAL DAN JANGAN SESEKALI TERLALU EXCITED TAKUT NANTI SEMUA RANCANGAN TU TAK MENJADI'

Tengok tu siapa cakap kata-kata orang tua tak betul sekarang kan dah kena kat batang idung sendiri :P

Ok sekarang berbalik pada majlis yang kedua iaitu Majlis Pertunangan kawan satu pejabat i..

SELAMAT BERTUNANG BUAT PAYED & IEZA, CONGRATS TO BOTH OF U 
SEMOGA KEKAL HINGGA KE JINJANG PELAMIN 
TABAH MENGHADAPI SEMUA DUGAAN YANG BAKAL MENDATANG SEPANJANG TEMPOH PERTUNANGAN INI



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, March 19, 2010

Adrenalin Ku

Adrenalin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal yang berada di dalam badan. Apabila hormon ini dihasilkan ia akan meransang kadar jantung, membesarkan urat-urat darah, laluan-laluan udara dan akan menghasilkan sedikit kesan-kesan kecil. Adrenalin akan dikeluarkan secara semulajadi apabila berlakunya tekanan tinggi atau secara fizikal apabila berada di dalam situasi yang sangat menggembirakan

Sebenarnya i bukan nak cerita pasal ilmu sains ni...sekadar ingin berkongsi maklumat sebelum memulakan cerita

Sekarang ni memang i rasa betul-betul hormon adrenalin telah merembes keluar disebabkan i dah dapat ADRENALIN yang sebenarnya :P

Ni la dia ADRENALIN KU :)

 Wit poscard our Rockerz FT
Beserta dengan setem 1 Malaysia 1 FT

Tak tahan betul dengan soalan-soalan yang ditanya oleh budak-budak satu pejabat i

~Diny~ 
Sape Adrenalin tu kak? Nama kereta ke atau nama skendel? 
~ soalan die memang lawak gile..ade ke adrenalin tu nama orang..huhuhu

~Fani~
Lieza ada orang bagi hadiah ke?
~ish baiknya hati orang yang nak hadiahkan tu ye...BELI SENDIRI LAH WOI..ORIGINAL TAU.. SEGAR DARI LADANG 

~Kak Jannah~
Kenapa beli sampai 2..kan membazir 
~mana ada membazir la..tu maknanya boleh dengar di mana-mana saja 

~Kak Diana~
Nak pinjam..nak burn kat CD 
~ha ni tak boleh...kalau nak dengar jom dengar sama-sama ok? :P

~Kak Kina~
Akak nak beli setem tu boleh? tawaran pertama RM10, tawaran kedua RM20, tawaran ketiga RM30 
~TAWARAN TIDAK DILAYAN SAMA SEKALI YE...SORI MADAM :p

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, March 18, 2010

Makan Free

 

U all suka tak kalau dapat makan free? heheheh.. apeda punye soalan mestilah suke kan... tak kirelah orang tu tua/muda, gumuk/kurus, tinggi/rendah, pandai/kureng sikit pandainye dan yang sewaktu dengannye

Ketika waktu lunch menjelma tetibe ada orang ajak makan sama dan offer nak belanja.. yieha... seronoknya.. makan free lagik.. bile masa lah nak diet kalau camni huhuhu

Sape yang baik hati sangat nak belanje ni... ups jangan salah sangke.. bukan skendel/sugar daddy tau.. tapi my luvly sis (Pn Diana) selaku cip team i yang sangat baik hati nak belanje we all makan..sempena meraikan dapat bonus heheheh

 Setelah berdiscuss..cewah sume memberi kata sepakat makan kat SECRET RECIPE... nyum nyum

Aktiviti sementara tunggu makanan tiba
Plessing lebey lah kamoo :)

Jom tengok menu yang menjadi pilihan
Alamak ni bukan menu..tapi gambo kat dinding... terlebih sudah ~ngee~
 
Betul2 menu sihat ni heheh dan setelah makan erkk...inilah hasilnya (ish buruknye perangai kamoo huuhu)




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, March 13, 2010

One Fine Spring Day

 
 Ni CD i tapi dah lama tak tengok coz beli dah lama sangat..tak ingat tahun bape 
ONE FINE SPRING DAY

A sound engineer Sang Woo lives in Seoul with his father, aunt and a grandmother with Alzheimers. One winter he meets Eun-Soo an announcer and producer at a local radio station in Kangleung City. On their trips together to collect nature's sound for her program, they grow naturally close and one night Sang-Woo stays over at her house. They fall easily in love and Sang-Woo becomes totally taken up with her. But as their relationship, which started in winter goes from spring into summer, it begins to get shaky. When Sang-Woo speaks of taking her to see his father, Eun-Soo who has already been married and divorced once, changes the subject. Finally when Sang-Woo asks "HOW CAN LOVE CHANGE" she answers firmly with "LETS BREAKS UP" the love which he thought would last  a lifetime changed in a few seasons. He has trouble forgetting her and unable to cope with the lingering attachment and affection, Sang-Woo goes between Seoul and Kangleung. But in the end the spring days go by and the memory of love remains as just that and no more, even she comes to see him again

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails