MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, April 29, 2010

Ngee ~ Wee ~ Wee











Ha ha saja je nak letak.. boring punye pasal :P..  Tak suke? Tutup mata sudah.. ngee ngee

Cute gile Miow ni... 
Merenung masa depan kot.. orang lain sibuk makan ngan bf / gf .. die lak sibuk tunggu gf die timbul kat dalam air tu huhuh


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

7 Ciri Insan Cemerlang

Bila i rasa down kawan i selalu akan pesan, ingat 7 ciri insan cemerlang. Terima kasih buat yang selalu bagi i semangat dan kata-kata perangsang. Memang i salute sangat-sangat dengan semangat mereka & keprihatinan yang mereka beri pada i.. thanks a lot guys.. love u all

Di sini i nak share 7 ciri insan cemerlang tu dengan u all


"Waktu saya budak-budak dahulu, setiap 10 perkara yang saya buat, 9 gagal. Saya tidak mahu menjadi seorang yang gagal. Sebab itu, saya berusaha 10 kali ganda daripada biasa." – George Bernard Shaw

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang yang positif. 

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
 
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai! Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea (pencetus penyelesaian masalah) yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersifat semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam Dr. Mahathir. 

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
 
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan! Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa; ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Ia telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dan minyak yang diperdagangkan. 
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan. 

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
 
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian. Seperti pesanan Paul Getty; untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu / mesti membuat dua perkara ini: 
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Untuk penjelasan lanjut, silalah klik di sini.
4. Tidak Menyalahkan Keadaan
 
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain. Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis. Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

5. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
 
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk membaiki kehidupannya. Selaras dengan itu, Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia." 

6. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
 
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita. Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi. Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah dalam keadaan yang mengaibkan. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
 
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap berputus asa. Orang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh, akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan. Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.
Penulis: Taidin Suhaimin
 
Dikemaskini pada 23 Februari 2010. 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, April 28, 2010

Sebarkan Dengan Keikhlasan

Petang tadi masa kat ofis, i terima e-mel ni. sangat-sangat menyentuh kalbu.. Disini i nak share e-mail tu dengan u all. 

Copy n Paste From Blog Zel
KAWAN AKU MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim. 


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, April 27, 2010

Mari Berheboh

24hb 4 2010 & 25hb 4 2010 baru berlangsung nya acara jom heboh di Johor Bahru.. wah memang meriah gile.. Bangganya i menjadi anak johor ni ialah bila ada je event pape sure penuh bukan setakat di majlis yang berbentuk hiburan.. di majlis yang berbentuk keagamaan pun i pasti sure penuh~ kembang kuncup idung sebab bangga jadi anak johor :P ~

Untuk Jom Heboh tahun 2010 ni 2 kali i pegi.. hari sabtu i pegi ngan family i.. masa otw nak gi sana hujan selebat-lebat tidak.. tapi disebab kan i berniat nak bawak family i jalan-jalan kat sana alhamdulilah hujan reda :P (tu berkat pegi ngan family, cube niat nak dating.. sure hujan makin lebat :P)

Hari ahad pulak i pegi dengan kawan.. tapi sekejap je sebab nak teman die beli teh sabah.. (beli 1 je tapi balik bawak 2 beg coz i tere dapat jawap soalan :P bangga lagik sekali heheheh) teh ni bau die wangi.. sape nak? boleh minx kat i tapi kena bayar... dalam dunia ni takde mende free maa :P 

2010
(Aida Juara Gadis Melayu Musim Pertama) U all rasa i boleh jadi pengganti die tak ~ngee
(Maria Tunku Sabri) 
2009
 (Anne HOTFM)

(Azizah Ariffin TV3)

(Kieran HOTFM)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

2 Minggu Telah Berlalu

Salam All..

Dah lama betul i tak updated i nye blog ni.. kawan sepejabat aka sedara i sibuk mintak i updated entry baru.. ada peminat nampaknya huhuuhu... ~shy shy apple lah pulak :P~ 2 minggu yang berlalu ni memang i busy sangat kalau dah busy tu maknaya mudah kecapek an..bak kata orang putih mudah penat.. Dalam 2 minggu ni i perasan life i memang dah lain & tersangat lain.. mybe sesapa yang rapat dengan i tu akan perasan.. tapi kalau tak perasan tu buat2 perasan sudah hahhaha   

Mungkin inilah permulaan bagi kehidupan.. bila i fikir-fikir balik mungkin ni jugak berkat kiriman doa yang dibaca oleh Ustaz Sairaji ketika menunaikan umrah tempoh hari & juga berkat doa dari mak & abah.. amin...

Untuk berjaya pasti akan ada langkah untuk bermula... dan disinilah langkahku telah bermula...


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, April 21, 2010

Arggghhhhh Tolong

I penat hari ni..tu je yang i nak bitau sebenarnya :P
Penat mengalahkan ape lak kan i ni kan heheheh

Adik i penah tengah makan tetido.. u all boleh bayangkan x hahaah.. tido sambil duduk lak tu ~ngee

Syoknye kalau ada orang nak urutkan camni :P

Ha i ada idea... xde orang kan? line clear kan? tido jap lah.. syhh jangan bilang orang ya :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Kata-Kata Indah

  -->

 “Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah, apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain, untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.”

“Ketahuilah, ada cinta yang tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal tapi ia tetap suci dan menyucikan.”

-->
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang benci sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Kawalan adalah untuk selamat dan menyelamatkan. Cinta dalam Islam tetap indah walau dalam kawalan.

Apabila peribadi yang baik diperkuatkan dengan cinta sejati, tenaganya akan menguasai alam semesta.





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Kawin Oh Kawin

Truut truut..bunyik mesej kat handphone i.. (ye ye je bunyik mesej cam gitu.. mcm xglemer je..aduyaii :P) ok lagu sebenar.. I'm yours FT feat DSN baru cara :P

Contoh mesej berbunyik begini :-

Salam.. dijemput menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saya pada blablabla bertempat di blablablabla. Semoga kehadiran anda dapat memeriahkan majlis ini. Sekian :P

Ok tu contoh je :) sekarang ni menjadi trend bagi jemputan guna FB / FS / MS @ menggunakan surat layang..ups? huhuuh. Bila i bukak je FB mesti ada je jemputan yang i dapat..tapi ok pe..i pun tumpang gembira untuk dorang.. tu maknaya jodoh mereka cepat..jodoh i? huhuhu hanya tuhan jelah yang tau

Untuk orang yang single n available soalan ni memang femes untuk dorang.. 

Bila nak kawin??... 
Jawapan untuk soalan kali pertama - tahun depan
Jawapan untuk soalan kali kedua - tunggu u kawin dulu (untuk orang yang belum kawin)
 Jawapan untuk soalan kali ketiga - tunggu u dapat baby (untuk orang yang dah kawin tapi lum ada baby)
  Jawapan untuk soalan kali keempat - tunggu baby u besar (untuk orang yang dah kawin & dah ada baby)
   Jawapan untuk soalan kali kelima - tunggu u ada anak no 2 (untuk orang yang dah kawin & dah ada sorang baby)
 Jawapan untuk soalan kali keenam - yang ko sebok pehal?? (nada : tensen tahap gaban)
 Jawapan untuk soalan kali ketujuh & seterusnya - bagi pelempang sudah.. kompom terus insaf nak bagi soalan lagi :P

Apa yang pasti :-

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana ianya akan menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan akan musnah. Tertariklah kepada seseorang yang akan membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari  kamu yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu. Amin amin ya rabbal alamin





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, April 19, 2010

Lawak Tak Lawak Sangat Lah :P

Arini sambil melayan tibi (ups televisyen aka tv :P) tetiba teringat lak kenangan masa zaman mude-mude dulu ~aww!~ ni kenangan yang boleh dikategorikan sebagai lawak jugak lah huhuuh..

Cerita 1 - Nampak bas, tahan bas, bayar tambang &.. alamak bas penuh le pulek.. so terpaksa berdiri dengan keayuan yang terserlah huhuhu.. pemandu pelancong ups pemandu bas membawa dengan cara tak berapa nak sopan .. sambil mata meliar memandang suasana di luar bas tetibe en drebar menekan brek.. kemudian suasana kembali pulih.. mata i tetibe terpaku melihat kawan i yang sedang terduduk kt dalam bas tu.. alamak malunye.. nak ngaku kawan ke tak ni ye? :P (sebenarnya i pun tak ingat sape yang jatuh terduduk tu.. i ke kawan i ye hahaah)

Cerita 2 - Nampak bas, tahan bas, bayar tambang eh belum sempat nak bayar tambang, masa kawan i baru nak melangkah masuk dalam bas tetibe kasut die tercabut lak.. hahhaha memang lawak gile ..i yang berada kat belakang dia kena tolong amikkan kasut die tu...tu lah sape suruh ko pakai kasut cam gitu ish ish

Cerita 3 - I ngan kawan i gi IOI Mall Kulai sebab nak teman die tengok KEFLI AF3.. Die yang minat kat kefli i pulak yang excited gile.. masa tu kami berada die tengah2 shopping mall tu.. betul2 depan stage tetibe i jerit nama kefli (peh memang xterbayang betapa kuat jeritan i tu sampaikan kefli atas stage boleh dengar) die tengok ke arah kami then i buat PRAAPPPPPPP (trademark kefli) tapi sekali salah buat daa hahah..(kalau nak tau boleh jumpe i nanti i tunjuk demo) :P

Cerita 4 - Kat kampung i ada kolam air panas, tapi i bukan nak cite pasal kolam air panas tu tapi kolam untuk kita cuci badan pas mandi kat kolam air panas tu. I gi kat kolam tu, duk kat tepi kolam pastu nyanyi sambil berangan. Tetibe i sedar i ada dalam kolam tu sebab lemas.. hahah ade ke orang lemas dalam kolam? orang lain memang xde tapi i ada ~ngee. Menjerit-jerit minx tolong, then pakcik i datang merangkap hero datang konon-konon nak selamatkan i.. ceh sebelum die selamatkan i ade ke sempat die kutip duit-duit yang berterabur kat dalam kolam tu? hampeh tol mentang-mentang lah kolam tu cetek je..:P





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, April 16, 2010

Penantian 1 Penyeksaan

Penantian itu satu penyeksaan.. u all sokong tak dengan pepatah ni? i memang 100% sokong. I memang paling tak suka menunggu orang. Biarkan orang yang tunggu i.. tu tak pe huhuhu.. jahat tol :P Bagi i bukan tak boleh langsung nak tunggu tapi berpada-pada lah kan. Kalau kena tunggu sampai 2 3 jam, sape pun akan meyirap tol tak.

Bak kata orang-orang tua, lembu berpegang pada talinya manusia berpegang pada janjinya. U all nak ke jadi macam lembu? Sentiasa kena ikat kat tali.. mesti tak nak kan? So kalau rasa manusia kenalah berpegang  pada janji.

Pernah dulu masa zaman muda-muda (muda skit r dari sekarang ~ngee) I ade lah wat janji ngan kawan i ni. peh nak menunggu die punya lah berejam.. i sampai kat umah die, die leh rilek je bukak pagar ngan pakai baju tido (i bukan nak citer pasal baju tido die tu seksi ke tak k huhu) tu maknenya die tak mandi lagi lah..

Masa tu darah dah naik kat kepala, hantu dah masuk ke seluruh badan i, i mengamuk kat situ jugak.. (dasat kan? sape leh bayangkan i mengamuk hahahaha) U all agak-agak i macam hulk ni tak hahaha


Pas i marah-marah die tu i tak rasa bersalah pun.. lagi rasa puas adalah :P bes pe kan sekali-sekala marah kat orang hahahah...Kepada sesape yang selalu kena marah tu cubelah sekali-sekala marah kat orang. Mesti rasa bes gile hahaha (gelak setan :P)



P/S : i pun selalu jugak wat orang tunggu i hehehehe :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, April 15, 2010

Syhh...

Fuh lama gile rasanya i tak updated blog.. rindu lak nak menulis hehehe.. sebenarnya banyak sangat perkara menarik yang i nak kongsi dengan u all tapi i tak tau nak mulakan camne :P 

Ok sebenarnya sejak akhir-akhir ni i busy sangat-sangat.. busy dengan kerja.. busy dengan bf.. ups hahahha.. terlebih sudah ~ngee :P walaupun busy tapi i happy.. happy sangat-sangat.. i rasa i dah jumpa apa yang i nak. Tuhan banyak membantu i.. i harap apa yang i akan buat kali ni tidak akan sia-sia. Semoga keputusan yang i ambil tak akan menghampakan hidup i..

Eh mesti ramai yang fikir i dah nak kawin kan? hahhahaha gelak sampai tertonggeng.. lom lagi lah :P kan mude lagik ni hehhehe.. 

Nak tau tak sebab apa i happy sangat-sangat? sebab... 

EMM SEBAB APA YE ? I PUN TAK TAU SEBENARNYA.. SAJA JE NAK TULIS CAMTU HAHAAH..



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, April 11, 2010

Impian, Cita-Cita & Harapan

Beberapa hari yang berlalu ini, otak i pening dan serabut memikirkan tentang sesuatu perkara. Ianya tentang masa depan. Adakah kehidupan selepas ini akan berlalu dengan kemewahan.. kesenangan & kegembiraan yang berpanjangan ataupun sebaliknya? I sendiri pun tak pasti. 

Setiap orang akan berharap dapat mengubah kehidupan sekarang menjadi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Bagi yang dah kahwin, nak kan keluarga yang bahagia dengan adanya anak-anak & kehidupan yang selesa hingga ke hari tua. Bagi yang belum berkahwin.. selagi belum tiba masa untuk berkahwin mesti impian mereka selain berumah tangga ialah untuk membantu keluarga. Itu merupakan salah satu cara untuk membalas jasa mereka yang pasti tak akan dapat kita balas sampai bila-bila.

Tersangat sukar untuk seseorang membuat keputusan..tak kira lah dalam hal yang betul-betul menguji kita ataupun sekadar dalam hal yang remeh-temeh

Diharap keputusan yang i ambil ini betul..

Ya Allah bantulah hambamu ini & semoga kau permudahkan segalanya.. Amin..


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, April 10, 2010

Colour Oh Colour

Salam all.. Hari ni i nak kongsi dengan u all satu fakta yang sangat-sangat menarik. I tertarik dengan ceramah agama yang diberikan oleh ustaz kami iaitu USTAZ MOHD RIFQI BIN MYIDDIN tentang tajuk warna. Menurut ustaz Rifqi warna sangat memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tak kira pada keadaan sekeliling mahupun di dalam tubuh badan kita sendiri.

Fakta itu juga diambil melalui kajian yang dilakukan oleh Dr Norhisham Wahab - Pengasas Colour Vibration Therapy.

Antara contoh-contoh yang dapat dilihat dengan jelas ialah:-

1) WARNA BIRU - Menurut petua orang-orang tua apabila seseorang itu terkena penyakit beguk, mereka akan menyapukan nila di sekitar leher. Ini adalah kerana bahagian leher diliputi dengan warna kebiru-biruan yang menjadi kawalan sistem imun tubuh daripada  serangan virus. Oleh itu warna biru iaitu nila akan disapukan bagi mengembalikan warna biru yang telah terganggu pada bahagian itu.

2) WARNA HIJAU - Bahagian ini meliputi dari bahagian dada hingga perut yang mengawal perasaan.

3) WARNA KUNING - Bahagian perut.

4) WARNA MERAH - Bahagian pinggul

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik laman ini


 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, April 8, 2010

Hari-hariku

Di kala bosan pasti di hati terdetik untuk menulis. Tak kira samada dengan cara menaip ataupun menarikan pena di atas kertas. Perasaan itu pasti akan muncul. Namun setelah lama ditinggalkan pasti  akan ketandusan idea. Otak dan minda tidak mampu lagi lincah berfikir dan ligat bermain dengan kata-kata
Ketika waktu persekolahan tangan ini rajin mencoretkan sesuatu. Cerpen, madah, puisi.. ada saja yang berlari-lari di kotak fikiran untuk dimuntahkan ke luar. Itu bukan bererti jiwang atau suka syok sendiri, tetapi sekadar mengisi masa lapang & mencoretkan sesuatu yang ketika itu pasti akan berfikir sesuatu
Selepas meninggalkan alam persekolahan dan kini telah beberapa tahun bekerja dan meninggalkan bidang penulisan, tiba-tiba hati terdetik untuk menulis lagi. Kemungkinan sejak mula mengenali dunia blogger yang memerlukan seseorang itu meluahkan apa yang mereka rasa. 
Sangat rindu untuk menulis.. sangat rindu untuk menambahkan koleksi-koleksi cerpen. Sangat rindu untuk menyiapkan novel itu. Tapi segala isi cerita telah lenyap ditelan arus masa. Bagaimana untuk menyiapkan semua cerpen & novel itu..

Sangat buntu ketika ini :(



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails