MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, August 22, 2010

Sesi Mengemas 2 - Kegilaan Masa Dulu

Tomok aka New Boyz..

Mak aii memang kelaka gile... aku masa zaman muda-muda dulu (walaupun skang mantain muda) memang fanatik habis ngan grup ni.. Masa tu kalau tak silap aku baru form 1 ke form 2.. lupa lak. Pertama kali jatuh cinta (bluwekk ayat tak boleh blah hahaha) bila aku tengok muka dorang keluar kat majalah..sume muka comel-comel gitu kan tapi tak ingat lak majalah apa.. Mangga kot. Then sibuk cari lagu dia. Masa tu paling femes lagu Sejarah Mungkin Berulang.. Kalau korang rasa tak pernah dengar.. cuba korang layan jap lagu nih... feeling tol huhuhuh.


Start dari dengar lagu tu lah.. tido NB, makan NB, semuanya NB.. peh betul-betul aku menghayati zaman kanak-kanak aku hahaha... boleh dikatakan kebanyakan rakan sebaya yang satu sekolah ngan aku tau betapa gilanya aku kat grup ni dulu... Sampaikan album-album dia semua aku beli.. yang original lagi tau.. bayangkan masa tu baru form berapa... sanggup kumpul duit sekolah semata-mata nak beli album dorang ni hahaha... kelaka betul kalau ingat time tue.. & yang paling tak boleh lupa.. bila abis je waktu sekolah... duk kat dalam library dengar lagu-lagu NB kat walkman.. siap share earphone lagik ngan bf... hahahha romantik kan.. ngee... 

Bekas nya je yang ada.. dalamnya tak dapat dikesan huhuhuh

Poster dalam album Wirama

Poster ni lah yang aku dok tampal kat dalam bilik aku suatu ketika dulu hahaha

Ni gambar original tau.. kawan aku ni dulu jiran ngan dia.
So dengan baik hatinya dia telah mendapatkan gambar ni untuk aku
(idung kembang kuncup sebab bangga :P)

Yang ni pulak ialah kad raya yang kawan aku bagi kat aku...
comel kan.. masa ni rasanya tahun 2005 kot

Zaman kegemilangan mereka ni suatu ketika dulu memang betul-betul bagi memori terhebat buat aku... Thanks NB.. aww... upss hahahah :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sesi Mengemas 1 - Banyak Betul Harta Yang Aku Jumpa

Asyoom... syoom.. syoom.. alamak buruknya bunyi selesema aku nih huhuh ( pertukaran dari 'i' kepada 'aku' - terasa lebih selesa) Oleh kerana hari ni hari cuti so dengan rasminya aku perlu kemas bilik yang rasanya dah berabad tak berkemas nih :P. Sebenarnya bukan bilik tapi segala harta-harta karun aku yang berlambak kat dalam bilik ni.

Dari pagi sampai ke petang, dari petang bawak ke malam... tetap tak siap-siap jugak. Ni pun elok dapat kemas separuh je... lagi separuh.. campak dalam plastik, kenalah sambung esok. Banyak jugak harta karun lama-lama yang aku jumpa & selamat jugak aku buang barang-barang tu semua hehehe... Eh bukan semua.. mana-mana yang aku rasa dah tak perlu simpan je yang aku buang.. mana yang perlu simpan aku tetap simpan lagik.

    


Mata dah mengantuk tahap maksimum dah ni... esok aku akan kongsikan apa yang aku jumpa tu ye.. jeng jeng jeng :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, August 18, 2010

Erk Gelinya

Salam Ramadhan... Siang tadi balik keje i gi bazar jap. Konon-konon nak cari lauk & sikit makanan tambahan untuk berbuka puasa. Jalan punya jalan cari punya cari still tak tau nak beli ape... tiba kat 1 gerai jual kuih ni i ternampak kuih cara... ala kuih yang atas dia ada daging tu... 

I teringat yang adik i memang suka kuih tu, so ingat kan nak beli lah untuk dia. Baru je nak ambil plastik tetiba i perasan ada taik lalat kat situ... erk... hilang terus selera... mata i ni walaupun rabun-rabun ayam huhuhuh tapi peka gila kalau ada taik-taik lalat yang melekat ni... ei geli lah... 

Ikutkan hati nak je i cakap kat orang yang jual tu tapi tak sampai ati lah pulak kan... takut dia malu lak nanti then i terus blah je.. kompom pasni takkan datang situ lagi... ish ish

P/S : Kepada semua peniaga kat bazar ni plizzzzzz lah jaga kebersihan... memanglah semua sakan cari duit lebih untuk raya tapi janganlah sampai memudaratkan kesihatan orang ramai.





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, August 16, 2010

Musibah Bazar Ramadhan - Amaran Allah



Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN? 


Apa tidaknya.. cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja (baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja? 

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat. 

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau (kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.













Kepada mangsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk merenung diri dimana silapnya.. kerana bala dan murka Allah SWT, itu diturunkan Nya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena.. baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu ! 

P/S : BERSAMALAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR TERHADAP PERKARA INI

SUMBER DARI :


EMEL YANG DITERIMA DARI SEORANG KAWAN...



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, August 15, 2010

Dah Anak Dara Dah Dia Ye :P

Ini awek manyak comel woo.. kicik-kicik sulah pandai itu pose.. Itu pandai bergaya-gaya depan kamela... hehehe sebenarnya i nak cerita pasal anak sedara i iaitu anak kepada satu-satunya kakak yang i ada dalam dunia ni... Nama dalam ic Nur Aina Faqihah binti Mohd Taufik.. nama glemer Aina aka Kakak. Umo baru je masuk 2 tahun. Insya Allah dalam penghujung bulan 9 ni Aina akan dapat adik & i akan dapat anak sedara boy... Insya Allah.. yang penting semoga kakak saya itu selamat melahirkan anak ke 2 nya ini... Amin..

8/8/2010 hari tu kami sekeluarga menyambut besday Aina yang ke 2 tahun kat rumah atuk ngan neneknya di JB. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Kami buat kenduri doa selamat & juga majlis hari lahir untuk Aina. Semoga menjadi anak yang solehah, kakak yang baik juga menjadi seorang wanita comel macam aunty Aina ni :P. Insya Allah.

Happy Birthday Aina

Antara menu pada hari tu... sedap gile..nyummy :P

Kaler Cekelat - Hadiah untuk games (Rebut kerusi, kotak beracun, tiup belon sampai pecah)
Goodies Bag - Ole-Ole dari Aina & family untuk tetamu yang hadir

Sementara tunggu mama dia bersiap... peace

Hoola Guys..

Mama.. Aina nak mekap... kecik-kecik dah pandai bergaya ye hehehe



Potong kek bersama mama & papa

Kek sponsor by Aunty & Nenek...

Comel kan saya.. peace :P



Bersama mama juga aunty2 nya

Hadiah untuk Aina.. thanks buat semua


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sila Jaga Diet Kamu Ok!

Setiap kali nak berbuka puasa, dalam fikiran mesti terbayang-bayang makanan yang enak, lazat hingga menjilat jari kaki. Kadang-kadang tu jam baru pukul 11.00 pagi dah sibuk terbayang nak makan apa time berbuka.. ish buat hilang pahala puasa je tau. Ada orang bila bulan puasa berat badan maintain, ada pula yang berat badan turun & ada juga berat badan yang bertambah-tambah. Macam i maintain je hahaha.. poyo gile :P

Gambar kat bawah ni masa i ngan geng gi makan kat Stonegrill, Jusco Bukit Indah. Mula-mula punye plan i ajak dorang gi Festive Street Mall sebab nak cari tudung. Tetiba ada lah sorang ni pedajal i cakap ada 1 kedai tudung baru bukak kat situ. I yang sememangnya dah lama tak pergi sana percaya bulat-bulat cakap dia. 

Sampai sana, kitorang gi tempat lain dulu sebab masing-masing bershopping sakan cari baju dengan seluar baru. Almaklumlah baru dapat gaji huhuhuh. Lepas dorang sume perabih duit, tiba masa pulak i nak cari tudung, kawan i yang beria cakap ada kedai tudung baru bukak kat situ duk menyenyapkan diri dia. Ceh hampeh betul.. gila-gila i menyirap kat dia... ish.. sabo je dapat kawan cam ni. But its ok.. disebabkan i ni baik hati so i maafkanlah dia.. dia saja je tu nak gurau-gurau hahaah.. ayat tak boley blah.. ngee

Nak tutup cerita, tudung tak dapat ape pun tak dapat huhuhu.. yang dapat kenyangkan perut je.. oklah tu kan :P










P/S : Sila jaga makan di bulan puasa ini & jangan berbelanja ikut nafsu ye :P 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails