MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, September 19, 2010

Yeay Dapat Anak Sedara Lagik

Alhamdulilah pada 18/9/2010 (Sabtu) my sis selamat melahirkan anak keduanya ... Seorang bayi lelaki seberat 2.75kg yang dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur pada pukul 8.04 malam. 

Tarikh sebenar yang doktor jangka adalah pada 22/9/2010 (Rabu) . Baby keluar cepat 4 hari.. agaknya sebab dah puas makan kuih raya kot huhuhu. Yang penting my sis & anaknya selamat.. Alhamdulilah.. 

Kakak & Abang Ipar sepakat bagi nama pada anak kedua mereka Muhammad Ammar Thaqif Qayyum bin Mohd Taufik.

Muhammad = Yang Terpuji
Ammar = Yang Memakmurkan, Kuat Iman, Lemah Lembut Dalam Percakapan, Nama sahabat Nabi S.A.W
Thaqif = Bijak & Cepat Faham
Qayyum = Abadi, Kekal

Semoga Ammar menjadi seorang anak yang soleh & juga bijaksana seelok namanya... Amin...

Hari pertama Ammar selepas dilahirkan (18/9/2010 Sabtu 8.04 pm)


Hari kedua Ammar  (19/9/2010)

Nur Aina Faqihah Bte Mohd Taufik 
( Kakak Ammar lahir pada 19/7/2008 Sabtu 2.30pm)
-Hari pertama selepas dilahirkan

Hari Kedua Aina (20/7/2008)

Nur = Cahaya
Aina = Mata Yang Cantik
Faqihah = Cerdik


P/S = Sangat-sangat gembira kerana akhirnya ade jugak hero dalam family... so Ammar dah boleh geng ngan Atuk :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, September 18, 2010

Sesi Mengemas 5 - Aku Kartun Ke Kartun Tu Yang Aku?

Kartun yang kat bawah ni sememangnya adalah aku.... eh jangan gelak ok... cuba korang tengok baik-baik... comel pe kan.... gambo kartun aku yang comel ni di lukis oleh kartunis Padi (Majalah Ujang) :P

Masa ni (21/2/2009) aku ikut abang ipar aku gi family day tempat keje die kat Genting Highland. Memang happening sangatlah.. Banyak aktiviti menarik yang ada kat situ. Aku nak join segan hahhaha... antara acara yang aku join just game budak-budak kecik macam kat fun fair tu... tu pun kalah. Wat malu je hahaha





P/S : Serupa ke? Aku tengok banyak kali tak serupa pun... tapi comel lah jugak kan hahahahha


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sesi Mengemas 4 - Rock Cintan

Rock Cintan... sila abaikan perkataan cintan itu dan sila tumpukan perhatian anda pada perkataan Rock itu sahaja ok :P

Antara salah satu yang membuatkan aku tertarik nak beli album ni ialah lagu-lagu dia. Memang semua nya Rock.. This is Slow Rock..  bukan Cintan Rock hahaha. Tapi macam biasa isi kandungan die ntah merayap ke mana xtau le... ish ish





Antara lagu-lagu yang ada dalam album ni ialah : -

Teratai - Sweet Charity
Kejora - Search
Dua Insan Bercinta - Ella
Lagenda Cinta - Lefthanded
Pertama & Terakhir - Rusty  Blade
Seribu Tahun Takkan Mungkin - BPR

Untukmu Sayang - Febians
Cintamu Mekar Di Hati - May
Sentuhan Kecundang - Ekamatra
Sekuntum Bunga Di Gurun Sahara - Mega
Tiara - Kris
Srikandi Cintaku - Bloodshed

Sejati - Wings
Masih Aku Terasa - Gersang
Butakah Cinta - Spring
Bukan Ku Tak Sudi - Iklim
Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana
Cinta & Air Mata - CRK

Di Alam Fana Cinta - Fotograf
Tika & Saat Ini - Medicine
Rahsia Pohon Cemara - Exists
Aku Tidak Bersalah - Pearl
Penantian - Black Rose
Gerimis Mengundang - Slam

Ambik ko... betul-betul meleleh r lagu-lagu die tapi sayangnya tinggal cover je... dalam dah ilek huhuhuh


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, September 17, 2010

Sesi Mengemas 3 - Oh Kak Siti

Hello... sekarang masih lagi dalam mood raya. Ada jugak rakan blogger yang bertanya samada sesi mengemas aku tu dah siap ke belum... Dah lama siap cuma belum sempat nak updated barang pe lagik yang aku jumpa masa sesi mengemas aritu.

Selain NB aku memang minat habis kat awek nie... Selain orang nya cantik... suara dia mak aii memang power habis. Pelik kan kenapa ramai yang anti gila ngan dia ni. Padahal aku tengok die ok je.   Tapi xpelah masing-masing punya citarasa sendiri kan.

Sanggup kumpul wit sekolah semata-mata nak beli album ni... tapi isi dalam dia skang dah tak tau gi mana... sadis sungguh





Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London antara konsert yang terbaik. 
Kalau tak silap masa ni lah bermula kisah cinta antara Siti ngan Datuk K.. ehem ehem :P

Ni kad besday. Member aku bagi, tapi bukan die yang wat... die minx adik die yang buatkan. Kantoi kat tulisan sebab tulisan adik die lawa sikit hahaha...


Tiga-tiga gambo ni gambo original... time ni kalau xsilap gi beli kat kedai gambo kot.. lupe r huhuhuuh



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, September 8, 2010

Rahsia Iklan TV3

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.
Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?


Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar





Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).


** Gambar dan Maklumat diambil dari http://www.okbeb.com/





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, September 5, 2010

Makan Yang Mendamaikan

Tinggal lagi beberapa hari je nak raya.. baru semalam aku berkesempatan bawak mak ngan adik-adik makan kat luar. Cume abah ngan adik yang no 4 je tak ikut... ish sungguh rugi mereka :P. Ikut pada plan awal nak bawak mak gi shopping raya. Tapi disebabkan bonus tak dapat dengan perasaan dukacitanya aku terpaksa mengcancelkan plan aku tuh.. cis hampeh tol..

Then mak ajak jalan-jalan kat Pontian. Disebabkan tu tempat aku berdating so tak de masalah untuk aku bawak mak jalan-jalan kat sana hehehe. Aku bawak mak ngan adik-adik makan kat salah satu tempat yang aku selalu gi bila aku turun sana. Betul-betul kat tepi laut... sangat-sangat mendamaikan. Makanan kat situ pun sedap. Debot Corner nama Restoren tu. Sambil menghirup udara segar, ada masanya air laut tu menyapa... peh memang best huhuhuh

Wit Mom & Adik Terkecik 

Lovely Mom

Adik terkecik & Adik No 3

Adik Terkecik wif Mom

Poyo sudah

Otak-Otak Pontian

Ayam Goreng Kunyit

Kailan Ikan Masin

Telur Dadar

Tom Yam Campur

Siakap 3 Rasa

Peh lapar lak bile tengok makanan-makanan ni huhuhu... ok daa


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sudah Bersawang

Mak aii dah berkurun lama aku tinggalkan blog aku ni kesepian. Antara beberapa sebab ialah 

1) Tak bayar bil P1WIMAX
2) Busy skit (walaupun tak bz tapi buat-buat je bz :P)
3) Banyak benda nak story sampaikan tak tertulis kat sini
4) Sekodeng blog orang je ngee heehehe

Muke nak perasan cumel... adehh!!!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails