MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, May 9, 2011

Seorang Yang Bernama Mak

Rasanya masih belum terlambat untuk aku wish Selamat Hari Ibu buat Emak yang teramat aku cintai. Seseorang yang menjaga, membesarkan dan mengajar aku erti dan nilai sebenar kehidupan. Terima Kasih Emak.. 




Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah

Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar ku bawa ke alamku
Hasil ukiranmu selama ini

Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada Junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa

Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya


P/S : Angah sayang mak sangat-sangat... 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Manusia Berseni? Terbaek Wok :P

Hye readers... Wah betul-betul rindu gile nak hapdated belog.. Seorang rakan seopis aka rakan blogger telah memberi aku sehelai? seorang juga seekor? sebijik? Alamak... tak reti nak guna penjodoh bilangan apa untuk menerangkan dia..

Oke oke meh sini aku cerita sikit kat kau orang pasal orang yang baik hati tu ye.. eh eh ala-ala mengampu tak ye? Nama beliau Kurt-Dean.. sebut betul-betul... Kurt-Dean... kalau korang orang Malaysia boleh sebut Kudin...nak sleng-sleng sangat kang tergeliat lidah jadi keding pulak.. ups.. ngeh ngeh. Umo muda lagi.. baru je 27 tahun dan baru ada seorang isteri.. " _______ " 

Dah tak mahu cerita lebih-lebih pasal dia.. kang esok masuk opis kembang-kuncup je tersenyum tak sudah. Sebenarnya aku nak cerita pasal kekreatifan dia melukis dan membuat kartun hidup letak kat atas meja (tak tau ape benda nama saintifik dia.. so aku pakai bedal je lah nama tu hehehe)

Yeay.. aku dah dapat satu.. disebab kan aku insan-insan terpilih so aku dapat free je (tu sebab aku mengampu dia ni hahaha)... TQ Bro :) tapi seyes memang cantik beb.. meh sini aku tunjuk kat korang ye kartun hidup letak kat atas meja tu " __ P

Time ni dia tak bangun lagi... cuba tengok gambar kat bawah ni..

Jeng Jeng Jeng
  
 Yeay... tengok tengok dia dah berdiri dah.. magic kan? sekarang dia setia menemani aku kat opis.. ececeh.. jiwang lah kau :P


~ Kepada sesiapa yang berminat nak order kartun hidup letak kat atas meja atau lebih sopan guna nama saintifik nya dekorasi meja kerja ni, boleh lah terus berhubung & deal dengan Incik Kurt-Dean sendiri dekat BELOGNYA.. Kenangan Yang Terindah atau FBNYA.. Encik Ekaiy. Jangan risau dia tak makan orang hehehe.. tapi kalau agak-agak takut nak tanya dia.. boleh lah tanya kat saya.. nanti saya tolong deal kan dengan Incik Kurt-Dean & akan pastikan saya dapat komisyen yang berbaloi-baloi ngeh ngeh.



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 1, 2011

Paranormal - Penunggu Istana

Oh aku dah tengok filem terbaru iaitu PARANORMAL - PENUNGGU ISTANA. Merupakan sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). 

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini

Diambil dari : SINEMA MALAYSIA


Dalam filem tu ada part masa 2 orang pelajar dibunuh oleh salah seorang kawan mereka. Tapi dia tak tunjuk waktu mereka dibunuh. So aku nak tunjuk gambar keadaan mereka. Kalau takut nak tengok sila tutup mata oke 



Gambar sumber dari : UNCLESEEKERS

Dulu pun aku pernah jugak tengok filem english tentang paranormal.. tak ingat pulak masa tu tahun berapa. Tajuk dia Paranormal Activity. Seram jugak cerita tu..





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tolong... Ada Dinosaur Terlepas.. Tapi Takpe Saya Telah Jinakkan Mereka :P

30/4/2011 ~ 1 hari berada di Batu Pahat... nak tau sebab apa? RAHSIA.. huhuhu.. dah macam artis ler pulak kan jawapan kau :P.. Petang itu sewaktu sedang berjalan-jalan mengambil angin segar tiba-tiba aku ternampak beberapa ekor dinosaur. OMG... nak lari ke tidak ye.. agak-agak kalau aku pergi dekat diorang, diorang makan aku tak?

Masa tu aku bawak sekali air 100 plus almaklumlah cuaca panas so aku bawak lah bekalan air bagi penambah tenaga, lagi pulak tekak ni madah haus je. Nampak gayanya dinosour tu macam haus jugak je.. so aku dengan rasa berani tak beraninya pergi pada mereka.. dengan tujuan nak bagi air & juga konon-konon nak jinakkan.. harap-harap mereka tak makan aku  ^ ________ ^

Alamak, dia mula baran.. mula dah nak mengamuk.. tulun!!!! 

Mulut dah ternganga... tangan dah mula terangkat.. dia nak cekik & makan aku.. tulun!!!! 

Alamak, dia panggil member la pulak... tulun!!! 

Aku nak curik telo dinosour ni boleh tak :P 

Tengok aku berjaya menjinakkan mereka... aku dah bagi mereka minum 100 plus tu.. yess  

Possing dengan ekor dinosour..peace yo! 

Lepas berjaya jinakkan beberapa dinosour.. telah tiba waktu untuk pulang.. chow chin chow ^ ________ P 

P/S : Rasa-rasanya boleh masuk dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD tak ngeh ngeh 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails