MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, June 30, 2011

Jom Karok.. Yiehaaa :P

Disebabkan ari tu diri berada dalam keadaan yang sangat-sangat stress.. (bukan diri aku tapi di dalam diri kawan-kawan aku... hehehe aku teka saje :P) Mereka semua mengajak aku melepaskan stress mereka :) Ini lah dia aktiviti yang kalau boleh tiap-tiap bulan mesti nak ado :P

Walaupun mengakui suara takde lah sesedap mana pun... cuma kadang-kadang macam boleh tahan jugak :P aku pun dengan rela hati nak join all the ladies.. ececeh :) 


Sempat lagi nak berpossing sebelum semuanya "menyumbangkan" suara..
cayok-cayok gugurl.. ahaks 
"" ___________"" 


 Minah rockers.. nyanyi lagu Rock Kapak masa zaman muda-muda dolu.. 
cayalah sis :)

 Alalala Cik Yaya kita.. feeling sungguh ngeh ngeh

 Eh Mak Cik Dayah.. Hampa 1.. Track No 7 huhuhuhu

 Peace Yo.. disebabkan suara aku yang paling sedap so aku takmo nyanyi hahaha..

 My Box Not Jamban Box 
Auwww "] [" 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, June 27, 2011

Berkampung Dengan Raja Buah..

Salam Ladies... hehehe.. buat Jejaka-Jejaka tampan jugek... eh nak yang tampan aje kau :P.. 

Hari tu kami sekeluarga berkampung dengan Raja Buah.. Family aku ni semua nya boleh di katakan memang feveret ngan buah durian ni.. sampaikan anak sedara aku yang masih kecik-kecik cili padi tu pun suka benor makan buah durian. Upss cume aunty die ni je yang tak minat & tak suka makan durian. Aku pun tak tau lah kenapa. Maybe sebab bau dia tu kot yang kureng enak untuk dibau.

Eh tapi yang pelik sepelik nya dulu-dulu aku masa kecik memang feveret oke makan buah durian. Akak aku pulak yang memang alergik dengan durian ni. Tapi sekarang terbalik sudah, bila dah umo makin meningkat dewasa ni " __________ " aku jadi tak suka dia pulak yang jadi feveret.. terbalek sudeh :P

Nak dijadikan moral of the story.. eh bukan.. story mori.. time tu kitorang baru balik dari kampung.. time dalam perjalanan nak balik umah tu la my father.. ececeh.. abah aku nampak orang jual buah durian kat tepi jalan.. disebab kan peminat setia buah durian abah aku beli sampai rm100 ++.. amboi mak pakat shopping almaklumlah anak cucu dengan menantu balik umah kan :P

Sampai-sampai umah.. bentang surat khabar... terus berkampung hehehe.. walaupun aku tak boleh nak makan.. aku menyibuk jadi jurugambar tak bertauliah untuk mereka hehehe.. aku menyibuk jugak.. just cuit-cuit je buah durian tu buat rasa-rasa """ _________ """

Jom aku tunjukkan kepakaran aku mengambil gambar hehehe.. (tak mo komplen-komplen oke hehehe)

  
Sesi merewang dah bermula ngeh ngeh


 Tengok budak kecik ni.. seronok sungguh tengok buah-buah tu.. slurrpp 

Aunty.. tu Aina punya... (paling suka gila makan durian ish ish)

Sedapnye.. nyum nyum.. Ammar kecik-kecik dah makan durian.. sedap tau Aunty :P 

Salah satu cara untuk menghilangkan panas badan 


Finish already... erkkk konyang... 

Salah satu buah durian tu sangat ajaib.. kat tengah-tengah ada buah. 
Cuba tengok betul-betul macam gambar apa... Masya-Allah.. Subhanallah tanda-tanda kekuasaan Allah
Akak aku rasa sikit buah ni.. dia cakap sangat-sangat tawar..  

 Subhanallah 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, June 25, 2011

Berpisah Lagi 2

Gambar-gambar sewaktu kami meraikan 3 rakan seopis kami








BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, June 14, 2011

Berpisah Lagi...

Oh tidak.... lagi 2 orang seopismate aku a.k.a sedepartment telah berhenti... sedih rasa hati, walaupun baru 6 bulan bersama tapi kami semua dah serasi. Almaklumlah diorang berdua ni duduk sederet dengan aku. Kalau time kat opis, doranglah mangsa yang aku ajak bergosip... bergurau senda... menyanyi time keje... mengumpat... eh tetttt :P

# Ryna
~Aku paling ingat masa kau mula-mula masuk kerja. Aku tengok muka kau macam kerek je kan :P. Soalan first aku tanya.. "Umur berapa?" kau jawab "La masuk mana-mana semua nak tanya umur.." Eh dalam hati.. mantul betul budak baru ni.. tapi aku diamkan je huhuhu.. Bila dah lama kenal kau, baru aku tau kau ni memang gila-gila orangnya.. seorang bakal ibu yang berasal dari sabah.. boleh bah kalau kau " _____ " 

~Kau comel oke... suka tengok muke kau... nanti lepas bersalin make sure badan  jadi solid.. boleh jadi ratu kebaya hehehe.. Rindu gile nak dengar suara kau memekak-mekak nyanyi time keje.. tapi takpe aku maafkan sebab suara kau sedap.. bak kata kak jihah.. ryna ni kalau nyanyi suka separuh-separuh tak nak bagi abis :P & yang paling-paling akan aku rindu ialah... aku rindu nak tengok kau makan... kau kalau makan buat aku pun berdouble-double selera nak makan sekali... seyes beb... :(


# Ena
~ Tak sangka aku dapat jumpa kau lagi kat Al-Ikhsan, dapat 1 department ngan aku... duk pun sederet lagi.. sebelum ni aku kenal kau pun just gitu-gitu je kat sekolah.. tapi dengan adanya kita berkolaborasi bersama.. cewaah penggunaan ayat aku tak boleh blah hehehe.. membuatkan kita jadi rapat.. Kau memang ibu yang hot.. walaupun dah ada 2 orang anak.. tapi still mantain gitu :P

~ Kau memang wanita bisnes.. ada je yang kau nak bisnes untuk kitorang.. tapi aku suka sebab aku memang malas nak gi shopping-shopping kat luar.. kalau nak order baju ke tudung ke beli je kat kau hehehe.. Lepas ni dah tak dapat nak dengar kau jerit HA???????.. ish seyes naik cair taik telinga aku dengar jeritan kau huhuhu.. Walau apa pun aku harap kita akan dapat jumpa lagi.. almaklumlah kan sekarang kau tengah jadi rebutan kat dept lain :)


Seyes rindu korang.. uhuk uhuk :(





  
Dari mereka untuk aku.. thanks sis :( 

LIZAHye cik Liza yang comel cantik manis ( saje je nak mengampu.. hahaha ) Seronok duduk sebelah engkau.. Kalau dah ketawa,memang tak ingat orang belakang hahaha… Kalau aku ader wat salah ker,cakap salah ker,mintak maaf banyak-banyak yer ( nie mintak maaf sekali sempena raya,mana taw tak sempat jumpa… ) Thanks lah sebab kau nak jugek layan kepala gile2 aku yang tak seberapa nie hihihhi… Moga cepat2lah khawen2 k.. bleh jemput aku makan nasik minyak kat umah kau… ( Kalau nak aku jadi kendarat pun aku sanggup hihihihih ) Pasnie dah tak  dapat dah nak bergosip ngan kau… pasal AF lah,Pasal Mentor lah.. dan yang sama waktu dengannya….

*liza:   I like ur style….cool je walaupun orang buat ko macam bola….tendang sane sini….teruskan usaha untuk buat orang lain lebih percaya kan ko…tabahkan hati….jangan selalu sangat pendam ape yang ko rase….nanti ko yang “sakit”….

P/S:  Sabar dengan apa yang telah berlaku. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Tuhan Lebih Tahu & Maha Bijaksana.



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, June 13, 2011

Danga Cruise 8.. Terbaek!!!!

Sejak-sejak ni emosi aku tak stabil... mungkin selepas banyak perkara nightmare yang berlaku dalam hidup aku.. juga kawan-kawan yang sewaktu dengan ku. Tahun 2010 memang tahun yang sangat nightmare untuk kami. Semuanya berubah selepas seorang lelaki yang muncul dalam hidup kami. Sampai sekarang wajah dia.. kata-kata dia.. perbuatan dia sentiasa menghantui hidup kami.

2011? Nampak gaya makin teruk dari tahun 2010.. cuma ianya berlaku secara slow n steady.. ish memang pandai gile die memainkan peranan & watak.. syabas.. Ish tak nak fikir benda-benda gile macam ni... 

Lama sungguh tak hapdated belog.. Tadi duk belek gamba-gamba lama terpandang kat folder masa gi Danga Cruise 8, Danga Bay last year. Masa tu kunun-kunun nak buat Reunion Student Form 6.. mula-mula ramai yang setuju nak join... Last-last minit semua buat kelakar tak dapat datang.. punyalah kitorang semua semangat waja & berjati diri datang, siap buat tema lagi warna putih.. last last yang datang cuma 4 orang je.. yang paling tak boleh lupa, member aku yang jadi organizer terpaksa tebalkan muka untuk cancelkan tempahan yang budak-budak tak datang tu.. ish lawak-lawak..



 

Adeh susah pulak nak upload gambar.. line tenet lembap gile... menghilangkan tahap kesabaran daku... grr


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, June 12, 2011

Gile Siot.. Bad Day.. Argh!!!!!!!!!!!!!!!

Bulan ni memang bulan aku.. apa yang aku buat semua tak kena.. aku memang dah agak suatu hari akan tiba jugak hari tu... Kawan-kawan lain dah jadi mangsa.. sekarang giliran aku... Ye giliran kau Leezack.. Gile-gile aku kena tiaw.. Ya Allah malunya aku... Aku ni manusia yang ada perasaan.. Aku tak boleh berlagak kuat depan orang padahal aku bukan orang yang jenis macam tu.. 

Aku dah cuba buat yang terbaik.. aku dah jalankan tangunggjawab aku dengan sebaiknya tapi... entahlah.. cakap salah tak cakap lagi lah salah... Aku redha je dengan apa yang bakal berlaku lepas ni. Semoga Tuhan beri kan aku kekuatan.. Semoga pintu rezeki aku akan lebih terbuka luas.

Kepada orang itu semoga dia bahagia & selesa dengan apa yang dia dah ada sekarang. Tuhan lebih mengetahui segala-galanya... Sesungguhnya pangkat & kemewahan tak akan bawa seseorang itu kemana-mana.. Kepada yang kaki-kaki ampu.. tolonglah.. kau ingat kau mengampu satu hari nanti kau tak kena macam apa yang kami semua kena.. please lah jangan cuba nak jadi hipokrit.. 

Jangan sesekali nak menghalang atau cuba nak tutup periuk nasi orang. Sekali kau buat pada orang selama-lamanya orang yang teraniaya itu akan ingat segala dosa kau pada dia. Kalau orang yang teraniaya tu tak maafkan dosa kau buat selama-lamanya macam mana? Ingat.. kita ni insan kerdil.. sangat-sangat kerdil di sisi Allah.. Jangan nak tunjuk baik depan orang bagi alasan kau bekerja kerana Allah... Satu je kau kena ingat.. orang yang baik tak kan mengaku diri dia baik... 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails