MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Tuesday, November 29, 2011

Psst… Seseorang Dah Bergelar Tunangan Orang ^__^

Alhamdulilah..berkat doa semua & hasil perbincangan kata sepakat dari kedua-dua belah pihak akhirnya pada 12.11.2011 yang lalu aku sudah selamat diijabkabulkan..eh bukan-bukan…dah selamat menjadi tunangan orang :) (tak sabar betul kau ye hikhik)

Ramai jugak kawan-kawan yang terkejut bila tetibe je dapat tau lepas tengok gambo kat FB… hehehe saja je aku tak nak kecohkan…. Lagipun tunang je kan… perlu ke aku nak kecoh-kecoh… dalam majlis tu pun aku tak jemput ramai… cuma saudara-mara, jiran-jiran & beberapa orang kawan-kawan terdekat je.

Tq kepada semua yang sanggup datang walaupun korang ade banyak program & jemput pun secara last minit… TQ sangat-sangat yek :P

Buat kawan-kawan yang aku tak dapat nak jemput tu mintak maaf banyak-banyak, Insya Allah masa kawin nanti aku jemput oke!

Majlis berjalan lancar walaupun hari hujan.. Alhamdulilah.. TQ sangat-sangat dengan semua yang membantu terutamanya family. Really-really appreciate!!

Family incik tunang datang merisik masa 10.7.2011 yang lepas. Time tu pun yang datang cuma incik tunang, mak dengan abah dia je. Berdebar-debar jugak hati masa mak dia sarungkan cincin sampai tak sempat nak mintak adik snap gambar… cuak punye pasal hikhik. Time tu family dia bawak sebentuk cincin dengan sepasang kain.. (cincin emas putih yang sangat-sangat simple tapi aku sangat-sangat suka.. sampaikan semua kawan-kawan tak perasan aku dah dirisik hehehe..tq incik tunang :P)

My E-day @ 12/11/2011 @ Sabtu 

Ini lah rupe aku lepas di conteng oleh mak andam.. Memang aku yang nak dia conteng simple-simple je..
Dekat kening tu agak tebal sebab aku tak nak mak andam cukur… seboleh-boleh mak andam tu nak buang sikit kening aku ni..tapi aku tetap pertahankan..sayang woo hikhik..

Ni masa sarung cincin.. yang sarungkan tu Mak Ngah.
Mak incik tunang tak dapat datang sebab kena hadir jemputan kat area rumah dia..
Almaklumlah ramai yang nikah 11.11.2011…

Kasi cium sikit..muaaah huhuhu

Dari Aku untuk Incik Tunang
(Kelabu + Krim)

Dari Incik Tunang Untuk Aku
(Gold)

Sesi perbincangan kedua-dua belah pihak

Bersama akak, adik-adik & anak-anak sedara yang sangat-sangat
awesome!

Dengan abah & mak tercinta!!!!
Terima kasih atas jasamu…luv both of u..muah!!!

Family kesayanganku…
Nex year nampaknya bertambah lagi lah ahli keluarga baru hikhik

Ehem ehem ini lah dia wajah Incik Tunang..
Aww malu-malu gitu ^__^

Dua-dua muka nak blushing..akmaklumlah ramai sangat yang tengok…
(time ni actually orang dah tak ramai mana pun sebab majlis dah nak abis n ramai yang dah balik tapi tetap aku malu jugak…camne lah gaknye nanti time nak sanding…peh segan siot!)

Bersama dengan kawan-kawan yang hadir… TQ guys sebab sudi datang memeriahkan majlis aku ni ^_^

Oh macam biasa, muka-muka yang wajib ada hehehe..
Ni lah dia muke click-click aku…
(Cik Ainn, Pn Rye, Pn Shima & Cik Shaq)
Nex candidate kaler pink pulak yek hikhik.. 

Ha ini dia geng-geng se-opis & se-dept..
Korang memang best lah…muaah!
(Cik Lizz, Pn Jihah, Aisyah dengan ibunya Pn Diana, Pn Kina, Cik Ieza, Cik Zeera, Pn Ifa)
(Pn Tina, Qaseh, Aidil & Cik Jannah)

Gamba belah atas dengan geng-geng sekolah
(Pn Yana & Cik Ain)
Gamba yang dengan jejaka-jejaka kat belah bawah tu kawan-kawan opis
(Payed, Ezry & Abe Topik)

Ok yang belah kiri tu adalah Lizz.. kawan seopis merangkap sedara aku hikhik… kalau ade yang nak berkenalan boleh je…upss tapi agak-agak BF dia marah tak?? :P
Yang belah kanan tu adalah Humairah… geng 1 click jugak…dia datang lambat tapi its oke dear..yang penting ko datang jugak…thanks a lot lalink!
Yang budak cute tu Aina, anak sedara aku…cute macam aunty dia jugak hikhik..

Tu jelah kot yang boleh aku cite pasal majlis pertunangan ni. Nex time aku ingatkan nak buat close-up pasal majlis ni. Maybe boleh jadi rujukan untuk korang-korang yang ada plan nak tunang jugak kan…

Tapi tunggulah kalau aku ada free time..nanti aku share yek ^^__^^

Ok bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, November 25, 2011

BFF Wedding.. Congrates Pn Raihana & Incik Johanis ^__^

Selamat..Pengantin Baru… Selamat Berbahgia…lalalala…lagu ni aku tujukan khas buat salah seorang BFF aku yang sudah selamat mengakhiri zaman ciknya pada 29/10/2011 yang lepas & kini meniti zaman bergelar puan berserta status seorang isteri bersama dengan cik abe nya yang  tercinta…aww..I loike! ^__^

Aku sebagai kawan sangat excited bila dapat tau kawan-kawan ada yang dah dirisik.. ada pulak yang nak bertunang… & ada jugak yang sibuk buat preparation untuk majlis perkahwinan… aku pulak yang suka overan ngeh ngeh..

Dah dah aku tak mau nak celoteh banyak-banyak…tak sabar aku nak share gamba yang cantik-cantik masa majlis nikah & majlis resepsi BFF aku nih… jom sekodeng jom!

~ Majlis Tunang 

Tema kaler biru…cantik kan kan…
Eh korang perasan tak muka aku masa ni macam kanak-kanak riang..
adakah kerana aku sedikit kurus ketika itu…ahh tidak!!!

Alalala..cumilnye die!!!

~ Majlis Akad Nikah…

Tema kaler baby pink + dusty purple…
Ciuman kasih seorang isteri..alalala syahdunye :P

Lepas akad nikah… muka lega sungguh hehehe..
U look gorgeous beb!

Bersama incik suami..

Bakal-bakal nak jadi puan jugak semua ni…eh yang tengah tu belum boleh lagi yek huhuhuh…

~ Majlis Resepsi… 

Meja makan damai…
Time majlis ni dia buat serentak dengan resepsi abang dia sebab tu ada 2 pasang meja makan pengantin..kombinasi warna yang menarik gitu!

Pelamin…
Wah suke.. nak tumpang baring boleh tak..upss heheheh

Tema kaler grey
Alahai sepadannye mereka kan…

Peh gila banyak aku makan…. Syyhh jangan buat-buat terkejut pulak ye..diam-diam sudah ngeh ngeh

Ish nak hadoo jugak budak-budak ni bergambo…adeh! 

~ Majlis Sambut Menantu
(kredit to : Cik Sharq..memandangkan aku tak dapat pegi, so aku amik dari FB dia je…tq sharq!)

Ish baju dia sangat-sangat cantik oke!!! I loike lah!!

Wah berseri-serinya dia!!

Alalala tersenyum simpul suami isteri ni.. comel gitu hikhik

Kepada Puan Raihana dengan suaminya Incik Johanis Azizi.. aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru to both of you. Semoga tabah melayari kehidupan rumah tangga. Kena saling sabar & percaya… Semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke syurga.. Aminn..

Cepat-cepat dapat baby…. Tak sabar aku nak dapat anak sedara baru ^___^

Ok bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, November 24, 2011

Semangat Bola…Harimau Muda.. Harimau Malaya… Aummmm

Aku jadi orang pertama yang tunggu kat kedai mamak…hikhik…kenapa kau gelak? Tak percaya ke… mamak-mamak kat situ semua dah kenal aku tau.. (eh jangan percaya tu hanya propa hikhik)

Ha betul kan aku cakap..pertama kali aku datang mamak cepat semata-mata nak tengok harimau beraksi..meja pun semua kosong lagik (padahal baru lepas hujan.. memang lah meja kat area situ kosong hikhik)

Sebelum aku mengeluarkan suara sebagai pom-pom girl, bagi aku pekena teh mamak encem ni kejap…upss!

Makanan dah abis.. baru boleh fokus tengok harimau…go go go! Malaysia Boleh!!!

Gol!!!

 Grrrrrr...

 Aummmmmmm....

Ok bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Semua Orang Gila Macaron Aku Pun Nak Hadoo Jugak ^__^

Sana sini orang dok cerita macaron..aku ni pantang dengan benda-benda yang trend ni.. bukan nak try tapi saja je nak kepoh nak ambil tau.. kalau aku rasa trend tu best baru lah aku try tapi kalau aku rasa macam takde datangkan pekdah selalunya aku wat bodo je.  

Dah lama jugak aku dok sekodeng ape kebendenya macaron tu… 1st time aku tau wujudnye mende ni masa aku terbaca entry ni dekat belog Annas Easkey.. cuba korang SEKODENG KAT SINI masa tu dia rekomen macaron kat web FB..cuba KLIK KAT SINI peh terus aku sekodeng fb damiabites…seriously terus aku jatuh cinta nak rasa macaron..asik terbayang-bayang je warna dengan bentuk dia yang comel gila tu.

Masa tu memang aku dah usha-usha dah tanya kat Damia tentang macaron yang dia buat tu. Memang berkenan sangat-sangat..seriously aku nak beli macaron dia. Tapi masa aku plan nak beli tu timenya  tak kena.. aku nak guna untuk tarikh lain tapi masa aku duk tanya dia tu, timenya awal sangat… so aku tunda dulu.

Last-last lepas aku sekodeng-sekodeng kat belog lain tetibe aku terjumpe BELOG NI yang jual macaron jugak.. so tanpa fikir-fikir lagi terus je aku order kat dia… salah 1 sebabnya akak ni pun duk kat JB jugak, so dari situ dah tak payah nak pening-pening nak bayar transport charge sebab dia terus hantar kat depan rumah aku.. by hand lagi beb :P segar dari ladang.. panas-panas lagi..sangat suke!

Nak tengok camne gaya rupenye macaron yang aku order ni… jom-jom kita sekodeng..

Aku order 25pcs je tapi akak ni bagi 27pcs.. free 2..hehehe tq kak :P

Yummy!!! aku mintak all flavor dengan kaler yang terang-terang (tapi lupe lak flavor ape) comel kan..

Wah rangup..sekali gigit terus merekah sebab dia agak rapuh…rasa dia agak manis… 
tak boleh makan selalu sangat tak elok untuk kesihatan…tapi kalau sesekali nak makan oke je..

Kalau siapa yang duk kat area KL boleh lah order dengan DAMIABITES kalau yang duk kat area JB boleh lah order dengan DAPURKEK.BLOGSPOT tapi kalau korang yang duk kat luar daripada area-area dorang tu boleh jugak kalau nak order..cuma kenalah deal betul-betul dengan owner dia yek… 

Selamat mencuba!

Ok bye!

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Adakah Umur Yang Semakin Meningkat Membuatkan Tinggi Saya Semakin Membantut??

Hahaha tetibe tajuk entry macam tak boleh blah… Ini semua gara-gara bila aku amik gamba dengan adik-adik aku secara berdiri & aku dapati dorang lebih tinggi dari aku.. ahh tidak!! Adakah aku perlu pakai heel 5 inci baru menampakkan aku seperti seorang model? (kadang-kadang tatabahasa aku agak terabur… gara-gara terpengaruh cerita Upin Ipin dengan watak budak India yang ada bela lembu tu… lupe plak nama dia huhuhu)

Ni gambo adik aku yang no last dengan 2nd last..dah anak dara dah adik-adik aku nih!

Eh aku yang lagi rendah ke? Tidak!!!

Dah macam muke kanak-kanak riang pulak aku tengok muka aku ni bila mata aku lagi 2 aku tanggalkan kejap ish ish

Dasat dasat.. tinggi adik dah nak melebihi kakaknye..tak boleh jadi ni..aishh!

Emak kesayangan dengan anak-anak daranye hikhik

Sebenarnya masa gamba ni diambil aku ngan family aku beraya kat umah atuk sempena Raya Aidil Adha aritu.. punyelah lambat gile aku nak hapdated belog…cerita pun dah nak basi dah huhuhu.. 

Ni masa aku singgah rumah akak sepupu aku… betul-betul khusyuk husband dengan menantu dia lapah daging

Gambar kakakku sekeluarga sambut Raya Aidil-Adha kat KL.. 
Alahai Aina pakai tudung… Si kecik Ammar tido agaknye..
 Ok bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails