MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, January 9, 2012

AJL Punye Pasal..

Angah esok artis-artis AJL nak turun Angsana.. pegi jom... Esok? Emm ari Ahad eh.. emm jap aku fikir dulu... boleh boleh sebab aku takde dating hihihi..

Ceh adik aku ni seboleh-boleh ajak aku pegi Angsana sebab nak tengok artis-artis yang datang sempena Road Tour AJL. Dahlah Faizal Tahir tak de... kalau dia ada semangat membara lah sikit aku nak pergi tengok ^__^. Boleh aku bawak banner sekali wat support.. jadi pom-pom girl ke.. ciss ko ingat pertandingan bintang realiti nak bawak banner.. jadi pom-pom girl bagai? :P

Walaupun FT takde tapi artis-artis yang datang not bad lah jugak. Yang paling aku nak tengok antara ramai-ramai tu cuma 3 suara je.. Shila, Ning dengan Jac.. yang lain tu ok2 jelah kot huhuhuhu

Antara yang datang Projek Pistol, 3 Suara, Hafiz AF7, Alyah, Cheryl, FBI, Hazama... yang lain entah aku pun tak amik port sangat.

Aku tolong jadi kameraman untuk adik aku je lah time ni huhuhu..




Manusia punya lah ramai... migrain aku tengok.. nak jalan pun susah.. tepi sikit lah weh!



Aku memang tak kuasa nak bersesak-sesak dengan orang ramai macam ni... aku merayap kat atas dok window shopping dengan adik aku. Jalan punya jalan jumpa 1 barang yang hargenya berpatutan. Boleh guna untuk majlis nanti... yippi.. Alhamdulilah 1 barang setel hik hik.. 

Nak tau barang apa? Eh mana boleh... kena tunggu dulu... ^___^

Oklah Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

No comments:

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails