Jalan-jalan cari makan.. yeah.. destinasi kali ni dekat Senibong. Kepada sesiapa yang gilakan makanan seafood sampai termimpi-mimpi boleh lah cuba makan dekat sini. Memang terbaek wok.. Makanan dia sangat-sangat fresh. Seafood nya semua segar dari ladang.. eh.. hahaha
Pemandangan yang sangat-sangat cantik!! I very the loike lah!
Sejukkan tekak dengan Jeli Kelapa dulu..
Eh kepala Ziera tumbuh pokok klapak... eh kelapa..
^__^
Gerai No 6
6 Corner Seafood Pilihan JJCM.. Pilihan Kami..
6 Corner Seafood Pilihan JJCM.. Pilihan Kami..
Terbaek bro!!!
Hoola!!
Hoola!!
Semua untuk kamu
& yang 1 ini untuk aku.. slurpp :)
Gambar makanan tak sempat amik sebab semua dah kebulur gile... tunjuk pinggan kosong je pun ok lah kan
^__^
Erkk.. sendawa 88xx
Sedang berangan berenang-renang dekat laut tu :)
Terbaek!!
Ada orang enterprem pulak.. haiyya!!!!
RESTORAN 6 CORNER
SEMARAK bauan ikan bakar pastinya membuka selera sesiapa yang mengunjungi Restoran 6 Corner di Kampung Senibong, Permas Jaya. Kampung Senibong adalah lokasi makanan laut yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing. Bersebelahan dengan laut, pastinya ia menyajikan pemandangan yang menarik dengan barisan bot berdekatan jeti.
Restoran 6 Corner menawarkan pelbagai hidupan laut segar yang ditangkap di Selat Melaka dan Selat Johor. Antara yang menarik ialah ketam masak lada hitam, udang majerin, sotong tepung, siakap tiga rasa dan kerang masak pedas.
Sambil menghirup udara laut yang segar, pengunjung pastinya berselera menikmati juadah disediakan.
Alamat: Restoran No 6, Jalan Persisiran, Kg Senibong, Permas Jaya, Masai